Saturday, November 6, 2010

kemestian yang mesti buat

pernah tak korang duduk mengelamun sorang-sorang then pikir masa-masa lepas; benda pahit manis masam yang pernah jadi, benda jahat pernah korang buat, benda lucu yang pernah jadi kat korang..??mestilah pernah kan??ahhhhh tipu kalau sapa kata tak pernah mengelamun,berangan kejap! kalau tak jugak baik check balik diri sendiri..korang manusia betul ke tak nih???hahahaha:)


semalam before tidur camtulah jugak jadi. lepas buat satu benda nih tiba-tiba tergelak sorang-sorang terus ter'refresh' balik benda-benda yang pernah buat lagi. tahu tak apa benda yang I buat tuh?? guess what!hoho:) baru semalam terperasan yang I ada habit yang mesti buatlah, jarang tak buat before letakkan kepala atas bantal yang empuk tuh, before peluk bantal 'wangi' merah I...ops!hahaha:) before selubung satu badan dengan selimut merah I tuh jugak, dan kemudian tutup mata.

***

I am sure semua orang pun ada habit yang diorang akan buat tiap kali sebelum masuk tidur. contoh macam Dilla; dia mesti main-main rambut dia before tidur.what they called that? gentel??haaa...hahahah:) gentel rambut! macam my little brother a.k.a baby Ameer; habit dia before tidur mesti nak peluk mymom dulu, usap-usap cium-cium lengan mumyto lepas tuh baru balik kat kedudukan asal then tidur.tak tahu lah buat lagi tak dia sekarang. kalau hubby I..hmm haa tahu apa dia buat. dia mesti nak guling-guling dulu.sebab selalu kalau call then tanya tengah buat apa selalunya dia akan jawab tengah guling-guling..*dalam mind dah terpikir guling-guling macam Shin Chan buat tuh ke???hahahaha:) alala comel~~


amboi gelakkan orang no.1 eh Aniesz! tak pikir apa dia buat! ceh! okehlah nak share jugak apa habit I tiap kali masuk tidur. satu kemestian lah jugak buat benda-benda nih. tapi kadang-kadang ter'miss' jugak sebab sama ada terus lompat katil dan tutup mata takpun sebab tidur bilik orang.First thing;


Letak bedak kat rambut

huh??!! apa kejadah letak bedak kat rambut? betullah.ni agak baru jugaklah buat.tips dari seorang kenalan,Eryn dan dia pun khabarnya dapat tips ni dari kenalan I jugak a.k.a BrassBand-mate; Hanis Zalikha. *Hanis!jangan blame I eh kalau salah bagi tips.I dengar pun dari classmate I.dia kata dia baca kat blog you.hahaha:) Eryn cakap letak bedak kat rambut, rambut boleh lembut.patutlah rambut Eryn giler lembut macam baby!heh:) tapi I buat tak lembut-lembut pun T_T takpa2 practices make perfect! tapi I tak letak bedak terus atas rambut tau instead I tabur atas bantal lepas tuh tepuk-tepuk.hahaha~dengan bantal-bantal pun jadi lembut nanti.haha:)

***

pasang MP3 sekuat yang mungkin

haa..ni memang wajib! actually dari zaman sekolah lagi I tak boleh tidur kalau tak dengar lagu. reason-nya dulu I nih penakut.sekarang pun penakut jugak.heh:) kalau dulu takda MP3 lagi I akan on radio kat bilik tuh sampai pagi.hoho~konon macam legalah kalau terjaga tengah malam still dengar suara orang lain (suara dalam radio).heh! macamlah kalau pencuri masuk rumah kau orang dalam radio tuh boleh keluar dan tolong!and macamlah 'hantu' taknak kacau kau sebab dengar suara orang lain jugak.aduyai~ kesian kat semua roomate especially my sister terpaksa layankan je kakak nih.heh:) tapi sekarang dah besar dah ada MP3 sendiri,tak perlu kacau orang tidur lagi.boleh on lagu dengar sorang-sorang sampai pagi! kadang-kadang dah tak sampai pagi pun.tiba-tiba rasa annoying pulak dengar suara orang melalak-lalak dalam MP3 tuh,kacau je orang tengah mimpi indah!hee..terus off!


ada lagi benda I buat tau before tidur, cuma ni antara yang jarang sangatlah 'miss'..boleh kira berapa kali tak buat. benda-benda lain yang I kadang-kadang buat??hmm..macam sapu lotion kat satu badan.ni perkara biasa untuk seorang perempuan macam I lah.heh:) sikat-sikat rambut. juga guling-guling macam hubby i mungkin..hahaha:) kesian dia jadi mangsa buli dah pulak!heee -_-

sebenarnya benda paling penting yang kena buat before tidur, yang mesti jadi kemestian. eh no. wajib buatlah! basuh kaki dan baca doa tidur! haish! Aniesz Aniesz~~ barulah tidur pun tenang.hantu pun takut nak kacau.apelah! okeh lepas ni kena ingat baca doa tidur eh Aniesz!

Selamat Pagi Malaysia! Selamat Pagi Hubby! Selamat pagi Semua! hehe:)

Wednesday, November 3, 2010

nota C.I.N.T.A


tadaa!! hahaha:) introducing the new Superman of the earth.erk~takboleh takboleh.ni Superman I sorang je.kalau korang nak korang cari Superman lain..heh~(kalau dia baca nih mesti dah malu-malu kucing dah..haha:) sorry eh awak..entry kali nih nak mengumpat pasal awak je..hee:) given name as Mohd Anwar Ramli or can be called as Nwa. nama facebook?? sorry tak boleh nak publish kat sini atas sebab-sebab tertentu.*padahal takut jealous ramai orang add him as friend..wee;) takboleh takboleh! (gile kedekut aniesz!ceh!) siapa dah tahu tuh diam-diam je eh!


this guy really makes me crazy!tuh je boleh cakap.everytime bercakap dengan dia ada je benda nak gelak.gelak sampai sakit perot pulak tuh.kalau jumpa depan-depan lagilah.memang jadi mangsa I.tulah sapa soh buat muka 'chumel' sangat! kan dah kena!:) I'd never felt like this before.the most happiness I ever had.mungkin sebab dia dah curik hati I kot.ops!hahaha:) mesti ada orang akan cakap ex-boyfriends before nih tak happy ke? diorang tak curik hati you ke? sorry to say,I dont want to re-open the book. what is in the past is already past. Everyone should be given a new chance to create a new happiness.betul tak?


mana I kenal dia??haaaa~~macam susah nak jawab.everybody has been asking the same question.yelah tuptaptuptap Aniesz dah ada hubby.tiba-tiba je keluar kat profile picture eh?hahaha:) giler kontroversi. okeh bukan taknak share..rasanya cukuplah kot sekadar tahu we've known each other EIGHT years ago. masa tuh I Form3 dan dia Form5.ter'lost' contact lepas dia habes SPM.*I dah cite dah lah kat previous entry, 'Ive met him'. lepas tuh I yang jumpa dia balik kat facebook. congrats to Aniesz!heh:) excited ouh jumpa this guy balik.rasa cam back to eight years ago.hmm kalau kita tak jumpa awak kat facebook, rasanya takda dah jadi cam sekarang,kan??




nak tahu kenapa panggil dia superman?mesti orang cam annoyed kan.hey perlu ke nak bagi-bagi nama kat boyfriend?sukati I lah! I dont care what people will say as long as he is okay with that,and I'll continuosly call him 'Superman'..you know what,he got the same as superman's well-being except terbang lah! kalau dia boleh terbang tak macam pelik pulak. I 'couple' ngan manusia ke apa nih??hahahah:)


I LOVE MY SUPERMAN
He will save me everytime I am in trouble
He will be by my side whenever I cry or laugh
He will protect me always and forever
He will take me 'fly' wherever I want to go
He loves to share everything with me
He makes me smile every single second
He makes me melt with each single word he says,
each single thing he acts
and he loves me so much..
I love you too,sayang

p/s:okeh aniesz ke yang create nih?hmm dah boleh masuk Poem Contest dah nih..hahahah:)




I wish the happiness, the love we've created will last forever. I wish you're my Mr.Right as I dreamt for this while, as my mom wished too. Thank you for giving me a chance to love you and to be loved by you. *Thank you jugak sebab terima untuk jadi mangsa Aniesz lepas nih..eheh:)


I LOVE YOU SO MUCH!

Friday, October 29, 2010

cicak mangsa keadaan


tengah-tengah sedap menjamu lunch.. tengah-tengah best berbalas sms dengan hubby..tengah-tengah khusyuk layan facebook..tiba-tiba datang hamba Allah ni rosakkan mood! Yunee!!(the freehair one) sangat tak boleh terima bila dia bawak CICAK sekali! orang takut cicak lah! tolonglah faham!! Dilla dan roomatenya tukang gelak je.ceh!!


tak pastilah cicak yang Yunee bawak tuh cicak betul ke or just a toy.tak kesahlah.tengok lembik semacam je dah macam cicak betul dah! congrats to Yunee atas usaha gigih anda nak takutkan saya dan anda telah pun berjaya.sobb2 T_T punyalah dia berusaha nak takutkan saya sampai cubaan nak masukkan cicak dalam baju! oh my God! dengan tangan kotor-kotor tak habis lagi makan..dah panjat katil baling-baling bantal kat Yunee..konon nak defend diri sendiri tapi tak berjaya T_T gelak terguling-guling sume orang! dah lah makanan tak hadam lagi. makan pun tak settle lagi. yang dapat; sakit perot sebab gelak over plus jerit-jerit..sumpah jerit tak boleh blah sampai dah nak terkeluar anak tekak sampai dah terduduk-duduk pegang perot! takut punye pasal.jahatnya Yunee!!


I HATE CICAK!
jom sama-sama join Kelab Anti-cicak! huahaha;)

actually, it is not just scared but lebih kepada geliiiiii~dengan badan cicak yang lembik dan hodoh tuh! tambah mata bulat terkeluar.kalau comel takpa jugak.mata hubby saya lagi comel.hahaha;) haish! tak boleh imagine kalau Yunee berjaya masukkan cicak tuh dalam baju dan lepas tuh cicak confirm-lah tak duduk diam.oh damn! demam seminggu terus! trauma dengan cicak.huhu -_-


congrats to Yunee again sebab dah jumpa kelemahan saya.takpa2 akan ku balas suatu hari nanti. Yunee paling takut hantu. paling takut ditinggalkan sorang-sorang.okeh dah ada point!tunggu kau!hahahaha:)


Monday, October 25, 2010

you're my superhero


I dont tell anyone about the way you hold my hand
I dont tell anyone about things that we have planned
I wont tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall down

I wont tell anybody how you turn my world around
I wont tell anyone how your voice is my favourite sound
I wont tell anybody
They want to see us fall



I miss you so much, Mister Chumel! haha:)

oh God! giler obvious mata lebam! ..gara-gara tak cukup tidur..

Thursday, October 14, 2010

I've met him!.

it has been a long time..I had never seen him and even, heard any news bout him! almost EIGHT YEARS jugaklah tak jumpa si abang xxx neh! abang xxx?? okeh agak weird di situ. hey memang patut panggil abang pun. he's two years older than me..sila bold older. hahahaha:)

zaman dulu-dulu masa zaman muda-muda,sekarang pun muda lagi..haha~ dua-dua pun muka budak lagi. but now dua-dua dah lain. kalau dia dulu macam keping je, sekarang dia kata dia dah tough! ewww??takpalah bagi
peluang. tapi yang pasti jelas, terang dan benar.. aniesz makin cantik kan??(ayat bunuh diri neh) hahaha~~

janganlah hilang lagi bang oi..sombong betul! habis je sek
olah terus ignore zaman sekolah eh. sedihnya T_T nasib baiklah saya baik hati nak jugak cari si abang nih and finally jumpa.. thanks to Facebook. Facebook really connects everyone! haha:)



this is how they released tension..ngeee :)
awak kata kita budak kecik??awak pun sama k!haha:)

Friday, October 8, 2010

jumpa Senior Form 5 masa saya Form 1

seronoknya bila dapat jumpa kawan-kawan lama..kawan sekolah..kawan main basikal sama-sama..kawan buat nakal sama-sama..huh?? apa kau dah buat aniesz?? paling seronok dapat jumpa senior masa saya Form 1 diorang Form 5..cuba kira umur diorang berapa sekarang? Im now 22..so diorang 22+4=26 lah! wahhhh ramai dah jadi tunang orang, isteri orang, mak orang pun ye. so far dengar ada yang dah ada 2anak pun ye..perh!!

dulu masa I Form 1 masa zaman-zaman baru nak naik..heh! I rapat ngan senior berbanding kawan sebaya.silalah percaya. bila dah kawan ngan senior lama-lama I pun dah terikut style diorang.like sisters lah konon!haha:) lepas tuh senior baek-baek tak suka I sebab I suka break school's rules..haha..itu cerita lama okeh! budak-budak sekarang jangan contohi kakak ini..heee:ppp contohi perangai baek kakak ni takpa macam rajin belajar (rajin ke????) ewww~~

okeh nak cerita pasal jumpa kakak-kakak senior kat facebook. bila dah jumpa sorang habes semua pun jumpa.bagus-bagus! their impression bila approve I kat facebook. "dah besar dah budak ni".. "wahh makin gorgeous sekarang".. "dulu kecik manja-manja je"..hahahah:) kakak-kakakku, korang dah besar kita pun besarlah!heh:p gorgeous ke saya?? lagi suka diri yang dulu dari sekarang..dulu slim muka putih bersih je..now???hmmm~ suka satu statement dari sorang kakak kata dulu I kecik manja-manja je.aha:) sampai sekarang pun kita macam tu kak..wee~~

sedang mencari masa, mencari keberanian menegur semula kakak angkat yang dah 9tahun hilang.siapa?nanti..heh:) she's currently working in UiTM Segamat, boleh tak??terkejut I..nak tegur tak berani tengok dia macam dah tak kenal I je..sedih T_T


Friday, October 1, 2010

pesaing-pesaing hebat


the story of four of us! haha:) sebenarnya dah tak tau nak tulis apa tapi jari-jari mulus ni..aha~ gatal nak tekan-tekan jugak keyboard lappy. memandangkan I pun tak pernah introduce detail sal kawan-kawan I..here I come! eheh;ppp..photo above ni lah kawan-kawan rapat I since I masuk UiTM Segamat. memanglah rapat sebab dah satu kelas dari Part1 sampai Part4 sekarang and til Part6 I hope so~

I banyak kawan kat UiTM nih actually tapi beragak lah nak cite semua. sikit-sikit dulu eh:) ada kawan Brass Band, ada kawan-kawan lepak yang I panggil 'Jalan2mate'..haha:) yang ni kawan-kawan yang most untuk study sama-sama. diorang ni pandai babe! muka-muka Dean's List I tell you! bersyukur dapat kenal diorang.

Lets start with Daya@Siti Nurhidayah. ni boyfriend dia.ala seboklah Shaher.ni entry untuk girls I je! takpalah.Shaher ni selalu ada bila kitorang keluar makan ke.teman girlfriend kononnya.tapi takpa he's okay! Daya pandai dua kali Dean's List. Dia ada sifat sama macam I. sangat cerewet bila shopping. Daya je boleh teman I shopping berjam-jam sebab sama-sama choosy! aha:)



here they are; from left Eryn, Dilla, Shaher(extra..aha:) and Daya(wei asal kau camtu?)

okeh nak cite sal Eryn@Erni Safika(baju belang-belang)..and Dilla@Noor Adillah(yang paling comel ni)..hahahaha:) ni pun muka-muka pandai jugak. dua-dua ni ada sifat sama, sangat berjimat! bagus-bagus~~

Eryn ni paling rajin sikit. paling rajin buat notes, paling rajin kalau nak buat benda-benda yang memerlukan ke'kreatif'an..haha~ dia agak senyap dan sangat pemalu orangnya. masa awal-awal kawan Eryn ni macam takut dengan I..macam ada jurang between us.oh please Eryn.dont ever think like that.I am just an ordinary girl.haha:)

Dilla paling pandai.any subjects dia yang lebih faham dulu. kalau dia boleh shoot 120km/hour untuk faham satu subjek tuh, kitorang perlukan 100km/hour je.tak boleh nak laju sangat.bayangkan dia kalau dengar satu English song,dengar sekali dah boleh catch up lyrics. kalau I 3 4 kali rewind baru boleh hafal lyrics itupun intro and chorus je.haha:)

ni lah dia antara yang paling rapat dengan I while Im in UiTM Segamat. without them perhaps I'll lost in studies coz they are my spirit to study and continuing study. jeles ouh bila diorang dapat high marks in class, memang rasa di-pushpush untuk study kuat lagi..aha:)

Tuesday, September 28, 2010

Read his feet

Is he telling the truth?
Check the tip of his toes.
If you suspect your new man is being economical with the truth, check out whether his toes curve off to the side. If the toe is straight until the top part of it, which goes off at an angle, he could be very good at lying his way through situations.


Will he be faithful?
Check the width.
Men with slim feet are more likely to take their time over things, enjoying the aesthetic side of life. They love looking at beautiful sunsets, paintings...or a stunning woman. A man like this values looks so much, he's going to be looking for nothing less than Helle Berry.


Will he care about your feelings?
Check the pad of his toes.
A man with big toes pad will be a deep thinker. This man wont cheat, because he's more likely to have thought seriously about your relationship even before it started. However, if you want him to share his deepest thoughts with you, the width of the big toe is important. If it's very narrow, but the rest of the toe pad is very big, you got yourself the classic strong, silent type!
*taken from CLEO
'KAKI GEMBIRA'..haha:pp
* sapa tak tengok cite ni lagi baik tengok..comel:)

Monday, September 20, 2010

I know who is your girlfriend

Kalau engkau boleh stalk aku. aku pun boleh stalk engkau. eh tak pastilah ni namanya stalk ke hack?? haha:) almaklumlah I ni buta IT banyak benda banyak term I tak tau. main guna je. okeh back to the story, dia sendiri pun dah buat pengakuan yang dia pun sometimes stalk I. "I tengok blog you sambil lalu je", itu kata dia. Yang, tu namanya stalk lah:( ke I salah lagi?? nevermind yang penting engkau still update life aku.
cuma sedih kalau dia still nak berkawan dengan I kenapa taknak approve I kat facebook? kenapa? sebab dia dah ada girlfriend baru? dan nak jaga hati dia sebab kalau that girl tau dia berkawan dengan I,bakal gaduh dan tak bertegur 1bulan? I bukan nak conteng wall dia tiap-tiap hari macam I conteng wall Izzuddin, Farid Ridzuan, Fahmi Rahim..I conteng wall diorang pun sampai sekarang diorang okeh je dengan girlfriend diorang. takda pulak ada perempuan serang I sebab kacau boyfriend diorang. hey! I pun tau lah limit kawan dengan boyfriend2 orang nih! boyfriend orang je tak tau limit kawan dengan perempuan lain.ops! terlebih sudah;)
disebabkan dia taknak approve I sampai sekarang buat I wonder, confuse, plus curious.haha:) ambik engkau! di atas pertolongan sahabat yang agak terror bab-bab IT ni akhirnya I dapat STALK dia.yes! kalau I nak cari sendiri sampai bila pun tak dapat T_T kalau dia approve I kan senang takdalah I nak buat kerja sesusah ini. hmm..lawa plus nampak baik je girlfriend baru dia~~


to him: I am sorry for being a stalker OR hacker of your profile! kalau you tak layan I macam ni takdanya I terfikir sampai macam ni. orang lain pun ada girlfriend jugak. ada girlfriend diorang tu baik je dengan I. ke you yang taknak kawan-kawan you tau you berkawan dengan 'perempuan' macam I?? okeh agak terkilan di situ T_T


tiba-tiba je sebak. nape nih?? haish!!

Thursday, September 16, 2010

gara-gara ulam raja


tak kesahlah orang nak cakap apa,, I memang tak suka makan ulam-ulaman ni...ulam raja ke ulam permaisuri ke segala apa ulam lah..timun terung kacang panjang pun I tak makan lagilah ulam yang confirm-confirm paet tuh..bukan nak kutuk ulam-ulam ni tapi I tak boleh terima rasa die plus ada certain vegetables kalau I makan I akan pening, macam terung, pucuk apa entah tapi bukan pucuk kayu, dan ulam raja (baru notice siang tadi)


having a lunch kat rumah ayah, dihidangkan ulam raja and kuah lemak apa entah tapi dah campur dengan petai. okeh dah mula hilang semangat T_T ayah offer ulam raja depan I. katanya ulam baik untuk kesihatan. "yes dady, I knew it" untuk menjaga hatinya ambiklah sikit ulam raja. simbah dengan kuah pecal banyak-banyak so that tak rasa sangat ulam tuh.


You know what,, ulam raja taklah pahit tapi ada satu rasa pelik yang I tak boleh terima. baru gigit suku dengan rasa tak bersalah terus letak kat pinggan ayah. "I dont want this" ayah terpaksa memahami anaknya ini.haha:) okeh teruskan makan ambik kuah lemak. sangat berhati-hati takut tergigit petai..dan nampak satu petai dan letak terus kat pinggan ayah! tak bersalah langsung anak dara nih! ayah sangat penyabar..haha:)


disebabkan makan segigit ulam raja,, sampai malam I pening kepala. tak perlu disangkal.pening bukan sebab tak makan ye bukan juga sebab terlebih tidur tapi sebab ulam raja! nak buat camana memang tak boleh makan..maaf ye ulam raja -_-


kenapa ulam raja yang jadi mangsa keadaan ni?

Tuesday, September 14, 2010

MASSARI - REAL LOVE

I am just a hidden friend??

I know who I am. I know I am such an evil girl til you wont see me even at one eye. You feel embarrass to approve me as your friend. You feel embarrass to let them know that I am your friend. I know I am bad! I know I am an evil! I know I am such a BITCH! Why must you treat me like this? You promised to keep me as your friend but why should you treat me like we'd never known each other?Im your hidden friend? Im such an unknown person to you? fuhh! I'd never felt like this. nevermind, if that is what you think..you are actually pray for me. Despite what you think about me, I'll always pray for your happiness regardless.
I am so frustrated, really down T_T

Saturday, September 11, 2010

Am I truly strong?

Only by overcoming life's problems and obstacles can we become truly strong? If everything always goes smoothly, we will grow complacent and be unable to build a solid foundation for our lives. Only by experiencing suffering ourselves can we understand the suffering of others and deepen our compassion.

Tuesday, September 7, 2010

ada aku kesah??

frankly say, I'm not expert as my sister in baking cake and cooking especially. but it doesnt mean I do not know how to do all those things. basically I KNOW how to cook..how to bake a cake though it's not good or 'tip-top' as Princess did!! do not under-estimate me okeh! I dont deny my sister is most expert in doing housework compared to me; because she's 24hours home..you should be doing that! furthermore you're going to be someone's wife soon..you should be practising that as I am not going to be married yet =p so, no matter how I dont care what people will say to you, what people will say to me! just mind your own business okeh??

Saturday, September 4, 2010

saya lecturer UiTM sebenarnya

Dalam perjalanan balik ke KL, duduk sebelah seorang lelaki lingkungan umur 35-40 mix mamak-mamak sikit dan bulat comel macam ex-humptydumpty..serta sangat ramah!

He: nak balik mana?
Saya: Klang..pakcik?
He: kampung saya pun kat Klang..Kampung Jawa..
Saya: owh, really? saya Andalas.
He: hensem boyfriend..
Saya: huh?? (hensem ke u Iesz Witticsm?hahaha :)
He: kat bawah tadi mesti boyfriend awak sebab tengok awak letak phone dia pun letak phone.
Saya: hee :)
He: belajar ke dah kerja?
Saya: saya?belajar lagi..kat UiTM..
He: owh I see..ambik bidang apa?
Saya: Accountancy
He: Dah berapa lama?
Saya: Lagi setahun nak habis..
He: bagus-bagus..belajar betul-betul selagi ada peluang ni. accountancy bidang yang interesting.
Saya: aah..
He: belajar English?
Saya: belajar.kalau Accountancy sampai Part 5 belajar English.course lain sampai Part 3 je.
He: English sangat penting bila awak dah masuk dunia bekerja nanti. siapa ajar English sekarang?
Saya: Mr. James Kuna..kenapa?kenal ke?
He: masa Part 1?
Saya: Hmm..Madam Nazatulshima..kenal?
He: owh...
(kenapa dia tanya nama-nama lecturer ni)
Saya: By the way, pakcik kerja kat mana?
He: saya?owh saya sebenarnya kerja kat UiTM tu..pernah nampak?
Saya: as what?
He: I am English tutor..
Saya: huh??! okeh..


Ini adalah keratan dialog perbualan I dengan English tutor tersebut..terkejut I bila tahu dia tutor UiTM sebenarnya.nasib baik dia tak tanya lebih-lebih sangat.nasib baik I tak terlepas cakap..terkutuk UiTM..kalau tak memang cari nahas! entah-entah kena kick out terus..whoa3 T_T

terima kasih ye en.Izzuddin teman sampai I naik bas!

Friday, September 3, 2010

patah bahu!

okeh terpaksa terima menjelang nak raya nih semua orang pun nak balik kampung..Time tu lah budak-budak U nak balik..time tu lah budak-budak sekolah asrama nak balik..time tu lah abang-abang kakak-kakak Indon nak balik kampung halaman mereka..haish :( kat mana-mana sesak dengan orang..

moment paling menyakitkan hati I bila di KL Central! ingat nak ambik Komuter ke Klang 430pm then ayah fetch kat KTM Klang sebaik beliau habis kerja..last-last ayah terpaksa balik dulu rumah..TIGA kali komuter sampai I tak dapat naik sebab dah penuh!mungkin disebabkan sistem KTM sekarang mengasingkan coach ikut jantina tambah perempuan memang lagi ramai dari lelaki lagi menyukarkan keadaan bila tengah musim nak balik kampung nih..Komuter keempat sampai I nekad dengan beberapa perempuan lagi untuk lenjan je masuk coach lelaki..kalau nak ikut sangat coach perempuan I rasa sampai malam pun tak naik-naik..sudahnya dari 430pm tunggu 550pm baru dapat naik Komuter..


bayangkan orang sesak kat KL Central macam orang sesak kat MTV World Stage dah!


konon dah naik Komuter dah lega dah..rupanya tak! double-off pressure! sesampai Stesen Batu Tiga..lagi tiga stesen dah nak sampai Klang nih tiba-tiba dapat announcement "kepada penumpang ke destinasi Shah Alam dan berikutnya sila buat pertukaran di Platform 2"..what the *&^%$#??semua turun dah blur-blur dah..kenapa kena buat pertukaran pulak?khabarnya ada satu komuter dari Pelabuhan Klang ada masalah jadi kesian kat penumpang yang nak ke KL dah tunggu lama terpaksa korbankan kami yang dari KL nih.kiranya komuter yang kami naik tuh patah balik pergi KL lah..terpaksalah tunggu komuter satu lagi..


lagi tambah sakit hati disuruh ke seberang untuk tukar komuter..dah seberang nih tiba-tiba komuter yang nak ke Pelabuhan Klang tuh datang ke seberang pulak..kena seberang balik!!haish~semua pun dah sumpah seranah, buat penat puasa pahala jadi kurang maki hamun orang KTM! sepatutnya I boleh sampai Klang jam 530petang last-last 740pm baru sampai..terus ambik teksi ke rumah ayah sebab dah mintak ayah balik dulu..kesian tunggu lama..naik teksi pun buat masalah!okeh this time I yang create problem..sebab tak ingat nama taman ayah sampai terlajak nak pergi Puncak Alam dah..


badan dah flat enough dah..mana taknya..bawak beg galas belakang plus beg tepi..dua-dua beg dah macam isi full-pasir dah..lepas tuh naik komuter dari KL tak dapat duduk langsung! dah macam nak patah bahu dah! wuaa T_T really hate this situation! taknak jadi camni lagi..jangan sampai I benci naik Komuter lagi..jap lagi payahlah lelaki-lelaki silalah jemput dan hantar saya ke rumah ..hahaha :)


Monday, August 23, 2010

tetiba teringat..

entah kenapa semenjak dua menjak ni teringat dia..siapa dia??dia pernah jadi milik I one time ago..sekarang dah jadi sejarah. semua atas silap besar I.tak tahu apa yang I tak puas hati lagi sampai tersilap langkah terlajak kata..and finally we're break-off! dia orang pertama yang berani tegur I pakai macam ni pakai macam tuh behave macam ni behave macam tuh.dua tahun bersamanya adalah satu jangka masa yang agak lama okeh. dia dah cukup kenal I and I pun dah cukup kenal dia.mungkin juga kerana dah cukup kenal jodoh perkenalan kami sampai situ je??mungkin kerana dah cukup kenal kami rasa kami tak sehaluan??mungkin sebab itu juga kami terpaksa putuskan hubungan,walaupun pernah cuba untuk bersama lagi tapi gagal juga.dengar-dengar dia pun dah ada orang baru.harap-harap itulah jodohnya.tak sanggup nak dengar dia kecewa lagi macam dia kecewa dengan I dulu.I do apologize T_T berharap dia dapat kebahagiaan yang dia patut dapat.I'll always miss him~he'll be in my book always and forever~

Saturday, August 21, 2010

nak kawen,boleh??

hahaha~bila umur dah makin meningkat nih..meningkat tak semestinya tua okeh??perasaan nak naik pelamin..pakai gaun lawa-lawa atau dalam erti kata lain; KAHWIN makin menjadi-jadi..makin menjadi bila ramai rakan sebaya dah jadi bini orang dah pun..dua orang kenalan dah ada baby..bahagianya :) bila pulak turn saya??


Maka nak dijadikan cerita, dah mula pasang angan-angan nak wedding yang cam mana..nak gaun design yang camni..nak wedding cake yang camtu..huhuhu~makcik nih dah berangan terlebih dah..payah-payah -_-



first for most, mestilah cincin..love this diamond-ring; simple but nice~




lawa giler gaun nih! symbol of elegance_


nak kek camni boleh?? pastu nak roses kat keliling kek kawen saya nanti..hee ;)

bilalah boleh pakai all these things??tak lama lagi..aminnnn~doakan saya dapat jodoh yang baik, and live happily ever after..eh??hee ;)

Friday, August 20, 2010

penatnya!!!

this week is the most stressful week to me and my friends especially for Part4 DIA.we have to sit for common tests, and presentations!started with LAW presentation on Monday, followed by roleplay regarding to problems in a workplace, and the most stressful moment would be the common tests!
we've just finished Costing paper today, and 3papers will be completed by tomorrow! 8-10am Accounting Information System (AIS), 10-12pm Macroeconomics, and last would be Financial Accounting (FAR250) at
2-4pm..arghhhh!!!!



okeh tonight kena pegang buku saja.no facebook no blogging no ym!!

Monday, August 16, 2010

3 kali tukar train!

Sedih tak dapat buka puasa hari pertama dengan keluarga..nekad hari kedua kena usaha jugak nak sampai rumah sebelum azan Maghrib..prefer naik train sebenarnya; lagi selesa dengan seat yang empuk, sejuk, ada TV plasma, ada toilet, dan yang penting; ada cafe bila tiba-tiba sejuk dah tahap beku boleh pergi beli hot milo..
Tapi train ke KL cuma available jam 5petang..jam berapa I nak sampai rumah?akhirnya akur ambik bas saja jam 230petang..nasib baik perjalanan berjalan lancar..bas cepat ekspres cepat seperti namanya..tak buat hal..sampai KL tepat pada masa; 530petang.
sesampai Bukit Jalil dah mula kusut..kat mana nak ambik LRT?hubungi Daya..beliau kata turun-turun bas dah nampak stesen LRT..I dengan lurusnya pusing 360darjah cari mana stesen LRT..okeh belakang bas I turun tadi..satu masalah lagi nak lintas jalan..banyaknya kereta! baiklah ikut orang lain lintas jalan~~
berdiri depan kaunter LRT blur kejap nak ambik tiket ke mana nih? flashback apa Daya pesan; ambik LRT ke Masjid Jamek.dah beli tiket blur lagi bila tak tahu nak pergi platform mana.berdiri tengah-tengah antara dua escalator.hubungi Izzuddin then beliau jawab, "jangan berat mulut boleh tak?pergi tanya orang"..baiklah tapi tak pergi pun..hubungi Daya lagi.Daya kata tuju platform yang ramai orang tuju.okeh naik escalator belah kiri sebab paling ramai orang tuju..dah rasa selamat sikit bila dah naik LRT..
dah sampai Masjid Jamek macam Daya kata turun-turun terus ambik Putra LRT ke KL Central..tapi I turun-turun tak nampak pun Stesen Putra. Hubung Daya lagi buat kali ketiga.Tengok keliling ada tak Burger King.takda pun!.."nampak tak orang ramai-ramai lintas jalan tuju satu tempat?ikut diorang"..okeh nampak dan dengan lurus lagi ikutlah orang-orang tuh lintas jalan sampai diorang masuk Stesen Putra.
Dah sampai Stesen Putra pun masalah lagi.kali ni tak tahu nak naik atas ke turun.hubungi Daya lagi buat kali keempat.pasti Daya fikir kusut sungguh I.selalu jalan KL tapi tak tahu stesen-stesen LRT&Putra.tulah manja sangat nak berhantar berambik je.dah takda orang nak ambik baru menggelabah.okeh Daya suruh turun escalator.
Finally, I berjaya sampai KL Central.dah sampai KL Central dah tak kusut dah.KL Central I expert.ceh!berlagak~pernah satu hari Izzuddin suruh tunggu kat sekian-sekian entrance tapi tak jumpa!expert lah konon~dah sambung; tukar train terakhir Komuter straight to Klang.akhirnya sampai juga rumah walaupun lambat beberapa minit orang dah start buka..letih sangat sebab tak pernah dalam satu hari dalam masa 2jam je tukar sampai 3 train..

Friday, August 13, 2010

First Ramadhan at Muar


mula-mula macam nak sedih dah terpaksa berbuka puasa sendiri-sendiri kat UiTM tuh.dengan Dilla kata first Ramadhan bazar tak buka lagi..telefon mumy macam nak meraung dah.telefon Izzuddin terus meraung T_T tiba-tiba dapat ajakan dari Anne untuk buka puasa hari pertama kat rumah beliau di Muar.I terus kata okeh!laju je~~


Turut serta trip ke Muar; Dilla si comel, Daya budak kecik, Eryn si slim, Hal yang memang banyak hal, dan semestinya tuan rumah; Anne.Hari pertama puasa,Lagi setengah jam before 12pm kami gerak ke Muar dengan bas.pertama kali naik bas ke Muar dengan kawan-kawan pula tuh.so exciting :) kerja membuli Hal yang sangat banyak hal.Dilla si ketua pembuli.




ketua pembuli; Dilla in red dan Daya (asal pakai tudung?hahaha~saja je nak dengki Daya)


okeh lepas satu jam setengah sampai di Muar.daddy Anne jemput kami di stesen Muar.balik rumah jumpa mama Anne,solat Zohor terus cabut keluar.kami shopping selendang di Muar.serius I cakap lawa-lawa selendang kat Muar plus murah pula tuh.I je beli tiga jenis.Daya pun tiga.Eryn paling banyak borong.I siap kena perli 'you ni beli banyak-banyak macam pakai je?'..eh confirmlah pakai.kalau tak pakai kat kepala boleh buat gantung kat leher.selesai shopping selendang kami pergi Giant Muar.macam Muar je ada Giant kan?kusut budak-budak ni.takpalah beli sekali keperluan-keperluan kat kolej.dan akhir destinasi paling penting; Bazar Ramadhan.Anne bawa kami ke bazar paling besar,paling banyak gerai,paling banyak makanan,dan paling penting paling banyak orang.sesak nafas I last-last keluar bazar tak beli apa-apa pun,,



Tuan rumah; Anne bertudung pink (ayu je keluar UiTM..ceh!) dan Eryn si manis purple ;)





konon nak pakai tudung for the whole Ramadhan..kononlah tapi first day dah failed..huhu~sebelah; Hal si macam-macam hal..


Mama Anne buat Roasted Chicken.sedap plus unik cara masak dia.ayam seekor diletak atas tray then simbah dengan planta sikit, perencah kurma, kentang, tomato dan main ingredient; roti yang dah dihancur-hancur, so bila dah masak kuah dia looked-like chicken gravy.sangat likat.I nak take photo tapi takut pulak family Anne cakap apa bawak handphone kat meja makan.lagi Auntie serves mihun goreng and bubur jagung;I most like!


Malam kami study FAR250 sama-sama sebab esok pagi-pagi dah kena balik Segamat untuk kuiz.habis kuiz FAR250 pergi kelas BEL312 then terus shoot balik KL.penat gila wehh the whole day..nanti nak story-mory I balik KL sorang-sorang pulak..lagi kusut!

Saturday, August 7, 2010

jangan gaduhlah!


I tak faham betul kenapa semua masalah..eh bukan semua tapi most of the problems mesti diakhiri dengan gaduh??why..and why??itu tanda dah makin tak faham dengan sikap budak-budak sekarang yang tahu nak gaduh je T_T

tak boleh ke satu-satu masalah tuh di'settle cara baik..bak kata Izzuddin 'table-talk'..duduk satu meja selesaikan..bagi peluang kat semua orang luahkan apa yang tak puas hati..dan yang paling penting cari jalan penyelesaian..bukannya dah panas dengar sipulan-sipulan defend dirinya lepas tuh korang pun bangun nak gaduh..tak sabar betul!! kesian kat orang yang datang nak settle cara baik tuh last-last dapat sebijik!

lagi I tak faham kenapa wujudnya gaduh-gaduh ni??kerana mulut tersalah cakap pun boleh timbulkan gaduh kan??pelik-pelik..lainlah kalau engkau kacau bini orang silaplah lelaki dia nak diam..kalau lelaki dia diam..hmmm must be something wrong~~

we as human kenalah ikut peraturan hidup..jangan ingat duduk atas jalan je kena ikut peraturan jalanraya..Tuhan pun tak suka kita gaduh-gaduh ni..sebab bila gaduh akan terjadinya pecah-belah..bila dah pecah-belah maksudnya takda unite..kalau masyarakat tak unite macam mana nak bangunkan satu-satu institusi??betul tak??...entah apa I bebel ni...ye kan jelah!!

cuba jadi macam I takda pun nak gaduh-gaduh..hehe~gaduh perang mulut tuh biasalah..kalau tak takdalah I lahir as perempuan..at least perempuan-perempuan macam I takdalah sampai naik tangan kaki bila tak puas hati dengan orang..boys should be like girls!!macam band Boys like Girls..cuba tanya diorang kenapa boleh pilih nama tuh untuk band diorang..mungkin sebab diorang suka cara girls face dengan masalah-masalah hidup..hahaha~sukahati je=p contohi benda-benda macam ni takpa bukan contohi in a way of dressing or else okeh??you know what I mean~~

dah-dah tak moh gaduh-gaduh dah eh..weee ;)

PEACE NO WAR!



Friday, August 6, 2010

saya tak suka ini

mungkin bila orang baca entri ni makin ramai tak suka saya..makin ramai nak jauhkan diri dari saya..mungkin akan ada ramai yang fikir saya seorang yang sangat 'demand'..mungkin juga ada yang fikir saya berlagak 'high-class'..okeh sebelum apa-apa saya terima seadanya..


I am 22 dan dah kenal macam-macam orang macam-macam ragam..I pernah rasa putus cinta..I pernah rasa ditipu..I pernah rasa dipermainkan..but I took those experiences as a lesson..Those experiences actually built myself up..so, to GIRLS especially,boys pun boleh; just be careful! below got something that I want to share..something that I dislike perhaps hate too..something that I dont want it happens to other people..


First; I hate those yang bangga dengan perkara tak elok yang dia buat..for example; perlu ke cerita kat semua orang yang you tuh 'kaki club'??kalau setakat nak cerita kat kawan-kawan baik I think it is still okeh..ini tak baru kenal orang tuh baru jumpa sekali engkau dah cerita yang engkau 'kaki club'..adui~lagi those yang bangga dia 'drunker'..do you know what I mean??pergi hypermarket lalu kat tempat jual alcoholic drinks boleh terkinja-kinja depan tuh..what the...???pergi one event ambik gambar pegang botol arak lepas tuh post kat facebook..boleh tak I nak cakap diorang ni 'bodoh'??!!


Second; I hate orang yang berlagak banyak duit tapi tak pun sebenarnya..engkau nak bangga income engkau sebulan lebih 5k..duduk condominium..beli kereta untuk family sampai berapa-berapa bijik..wehh silaplah nak show off kalau duit rokok pun aku payung..bawak perempuan keluar pun pakai kereta orang..kata beli kereta untuk family lebih sebijik takkan biarkan diri sendiri takda transport??lepas tu pinjam kereta boyfriend perempuan yang dia bawak keluar tuh..malulah beb!! konon nak tackle memang tak dapatlah!



Third; I tak suka orang yang terlampau fikir nak enjoy..alasannya masih muda..I dont deny sometimes we need some entertainment..tapi takdalah sampai tiap-tiap hari..macam dah jadi compulsory lepas habis kerja je kena keluar lepak..lagi bengang bila kita tegur dia jawab " I lelaki takkan nak duduk rumah je"..okeh ni fokus untuk lelaki..habis kalau you dah kahwin nanti macam ni jugaklah..balik kerja terus cabut keluar or come to worst habis kerja terus tuju tempat lepak instead of balik rumah..you nak kata bila dah kahwin nanti you dah lain??kalau you dah biasakan diri macam ni I believe sampai dah kahwin pun you buat macam ni..dalam kepala fikir nak lepak je..


Forth; I tak suka those yang spend duit dia lebih dari apa yang dia ada..eh macam mana nak spend duit lebih dari own saving??jawapannya berhutanglah!haish~plan ini plan itu tapi duit tak cukup..disebabkan nak jugak semua plan dia jalan,,sanggup berhutang..bila ditegur alasan duit boleh cari yang penting kepuasan..aduhai~semua orang memang nak cari kepuasan untuk diri sendiri tapi kenalah berpada dan ikut kemampuan diri sendiri..kalau you tu Bill Gates ke Donald Trumph ke lainlah cerita..nak buat apa semua jalan..ini tak..dapat duit disalah guna lepas tuh diri sendiri sakit..serve your right!


Fifth; I tak suka orang yang banyak cakap tapi satu pun tak jalan..plan itu plan ini tapi sampai sudah tak gerak..konon plan nak pergi Singapore siap plan nak pergi berdua je..tapi sampai sekarang tak dengar pape..lagi teruk dia terus senyap! ini adalah satu pengajaran tak salah nak buat planning tapi berpada..do not be too excited! kalau rasa plan nak pergi lama lagi janganlah buat plan lebih-lebih..relax sudah! kumpul duit dulu sampai dah confirm nak pergi baru buat exact plan..ni tak kesian kat pasangan dia last-last angan-angan musnah! bak kata Izzuddin, cakap nak lebat! hahaha~dah terikut dia dah..


Sixth; I tak suka orang layan orang sekeliling dia setaraf macam dia..orang tahu you kaya..you come from rich family tapi janganlah fikir semua orang macam you..duduk rumah sewa tapi nak rumah tu complete dengan facilities..kalau duduk ramai-ramai bolehlah..ni kalau setakat duduk berdua sakitlah member sorang lagi yang tak sekaya you..lagi contoh bila satu kumpulan presentation dan memerlukan kita agih handouts kat classmates..print satu copy then photostat kan boleh..why nak kena print semua??bapak kaya!!rasanya kalau Robert Kuok pun dia akan fikir the lowest cost should be used..


Sebenarnya, banyak lagi benda nak share tapi those at above are most important points that i should share..ini supaya orang-orang di luar lebih berhati-hati dengan orang yang dekat dengan dia..tak semestinya boyfriend okeh! juga kepada orang-orang yang dia rasa dirinya dalam kategori di atas supaya perbaiki diri sendiri for your own good..okeh??


P/S: for those yang terasa dirinya dikata di atas..I am so sorry..niat cumalah nak buat you all berfikir and decide what you should do..nak improve youself or just ignore apa i bebel kat atas..its up to you..sorry again!have a nice day =) pehal tetiba nih??




Thursday, August 5, 2010

Good Morning Sunshine!


wow! hari ni saya bangun awal! padahal takda kelas pun pagi ni.. mungkin sebab last night tidur awal..gara-gara gaduh dengan hubby-ku..eh! takdalah gaduh sangat actually..tunggu dia pujuk tak pujuk-pujuk pun..sobb2 T_T pujuk jelah diri sendiri~~


okeh! lets start our day with smiles =)



Yasin untuk arwah

Hari ni turn bilik I dan bilik depan conduct baca Yasin..for those who didnt know..dah jadi tradisi UiTM tiap-tiap minggu ada Yasin Wing..setiap minggu ada dua bilik conduct..
Dah lama jugak lah tak baca Yasin..huhu~last week takda dah gerak keluar UiTM..last two weeks tak boleh baca..hehe~cuti-cuti Malaysia..hahaha~~minggu ni kena baca..dah lama tak sedekah Yasin untuk arwah nenek dan atuk tersayang Siti Khamisah dan Ismail Effendi, juga arwah pakcik; Mohd Zain dan Zainal Abidin,,serta arwah makcik; MakNgah..tak tau nama dia dan Ning Zarina..ni semua sebelah mumy..belah ayah??untuk sorang uncle juga tak tau nama..aduhai teruk betul I nama uncle aunt pun tak tau.. T_T sedekah Yasin juga untuk arwah-arwah yang tak sebut kat atas..
Lepas Yasin ada makan-makan sikit..menu malam ni Nasi Goreng Kampung..Dilla kejar makan dulu..tak senonoh!!

Tuesday, August 3, 2010

berdiri 6jam dalam hujan

Berbaloi topup Celcom RM50..eh tak..RM100 sebab yang first RM50 tersalah buat..sepatutnya register MTV dulu baru topup tapi I topup dulu baru nak register..sudahnya terpaksa beli lagi credit RM50..jadi orang kaya kejap topup RM100 in a day..fuyoo!! berbaloi lagi terpaksa balik KL semata-mata nak redeem passes MTV..topup RM50 dapat two passes..sapa nak bagi babe??kalau beli kat luar satu pass je RM125 and something..



Hari tiba 31July2010..gerak balik KL awal..konsert Sabtu..Khamis I dah gerak balik KL..thanks to Izzuddin sebab sanggup jemput kat Segamat ni..penat dia..baru balik kerja terus shoot Segamat..I tak suruh you datang ambik kan??you nak datang sendiri kan??okeh! I taknak rasa bersalah! Sementara tunggu hari Sabtu buang masa kat KL tuh..adui~



The concert started at 6pm..tapi crowd dah sampai since 4pm I guess..queue panjang dari Sunway Lagoon Entrance sampai ke Restoran Bidara,Sunway..wahai budak-budak Subang! you'all mesti tahu kan Restoran Bidara?? can't you imagine berapa panjang orang queue?? amboi,,konsert je laju! cuba kalau ada seminar kepimpinan ke pasti takda queue sepanjang tuh..orang yang datang pun boleh kira..





The performers of the day were Bunkface si budak tamanku, Sri Andalas! WonderGirls yang damn sexy..boys tak toleh sesaat pun tengok diorang menari! Tokio Hotel, si vokalis Bill Kaulitz yang sangat comel.. tak peduli walaupun tahu ramai boys tak suka dia sebab dia tak macam originally lelaki..so what?? you'all boleh nyanyi sesedap suara dia?? show me first!haha~~dan terakhir Si comel Katy Perry..tunggu dia nak perform je dah dekat satu jam sampai dah longgar lutut..mana taknya dia bawak semua props macam dalam video clip California dia tuh..takpa yang penting she's damn hot!










Benda paling penting nak share di sini; belum masuk entrance lagi the crowd dah dibanjiri hujan..bukan hujan biasa okeh..hujan lebat! nasib baik i pakai shorts and simple T-shirt..kasihan mereka yang bergaya sakan siap pakai dress macam nak pergi Night Club last-last baju basah kuyup..kasihan mereka yang make-up tebal 3inci last-last cair kena hujan..lagi kasihan mereka yang dress up macam Katy Perry siap dengan rambut biru last-last hujan tanggal jelah rambut tuh!huhu~takpa yang penting semangat ada!hahaha =p agak lewat kami diberi raincoat..dah basah kuyup satu badan baru dapat raincoat sorang satu..






Eventhough cuaca tak berapa baik the whole night tapi kemeriahan MTV World Stage tetap ada! walau sesesak 15ribu orang..walau sesejuk musim salji..tapi crowd still tunjuk response yang sangat baik..terlompat-lompat semua bila satu-satu selebriti buat show..cuma tak tahan disebabkan crowd yang sangat ramai..memang takda space nak duduk santai..6jam terpaksa berdiri dalam kesesakan orang ramai..dapat duduk pun kejap je tak boleh lama-lama tak pasal-pasal nanti kena pijak pulak!


The celebrities were superb..best!! semua lagu best!! sebab diorang bawak top songs bolehlah..one celebrity had performed about 5 songs per person if im not mistaken..memang happening! walau terpaksa berdiri 6jam sampai lutut dah macam nak tercabut dah..dalam hujan pulak tuh..sampai melecet-lecet tapak kaki Izzuddin..tapi excitement still ada..buktinya mereka bertahan sampai last celebrity si Katy Perry perform..at the end a number of big balls yang memang big lah dilepaskan dari tali dan hitted us..best sangat!





Keluar-keluar Surf Beach @Sunway Lagoon semua pun kejar Coffee House cari drinks dulu..mana taknya duduk dalam berhimpit-himpit..nak keluar beli air pun tak boleh! kalau keluar dari tempat asal confirm tak boleh balik tempat tuh..dah terpaksa duduk belakang lepas tuh tak nampak Tokio Hotel perform..haha~kenapa mesti Tokio Hotel? sebab I love them! =p masuk carpark Sunway Pyramid semua ke hulu hilir cari auto-pay machine..bertambah bengang semua orang..badan dah flat auto-pay machine pulak buat hal tak terima notes..gila weh nak bayar RM9 pakai coins!! turun bawah naik atas cari auto-pay machine yang boleh terima notes..



Bill Kaulitz @Tokio Hotel kata dia proud datang Malaysia..he doesnt expected the numbers of crowd!! Katy Perry pun cakap benda sama..eleh! semua country yang korang pergi pun korang cakap benda yang sama kan??taktik nak attract audiences!cett~~


Sunday, July 25, 2010

one handphone is better than two

rata-rata sekarang dah macam compulsory ada dua handphone..konon satu untuk celcom..satu untuk maxis..padahal diri sendiri pun pakai dua juga..huhu~pernah jumpa a girl pakai TIGA handphone..mungkin satu lagi untuk digi..ada ke record lain sampai pegang empat handphone??kalau ada let me know ok~



tak kesahlah nak pakai berapa banyak handphone pun..tapi using lebih dari satu handphone mestilah bersebab kan??macam I main reason rata-rata kawan I pakai Maxis..family pakai Celcom..so untuk mudahkan I dan jimatkan credit juga credit mereka; I pakai dua handphone..


second main reason orang pakai handphone lebih satu ni, based on my research..diorang nak buat back up! kalau travel jauh ataupun keluar rumah untuk jangka masa yang lama..yang boleh buat batery handphone makin lama makin low then mati terus..gunanya handphone satu lagi tuh as back up lah..tak mungkinlah dua-dua handphone nak mati kan??tak tahulah kalau dia gayut dua-dua handphone~tak pun satu gayut satu main game..haish!



sangat tak boleh terima bila orang ada dua handphone tapi dua-dua tak boleh guna..alasan batery takda..dua-dua pun out?? ini adalah satu pengajaran bila keluar rumah silalah charge handphone anda awal-awal..tak dua-dua satu pun jadi..at least satu mati satu lagi ada..tak lah menyusahkan diri sendiri nak contact orang lain juga menyusahkan orang lain nak contact dia especially bila parents nak contact..cuba fikir kalau ada emergency ke yang memerlukan korang balik ke rumah??kan dah susahkan semua orang~



yang si girlfriend pasti dah 'panas' bila the whole day tak dapat contact boyfriend dia..mulalah fikir negatif..dia ni keluar dengan girl lain ke??dia ni dah tak nak kat kita ke??haish~yelah dua-dua handphone call tak dapat..satu hari suntuk pulak tuh..wahai boyfriend-boyfriend sekalian silalah aware dengan perkara macam ni sebab sometimes benda simple macam ni pun boleh jadi perang besar..simple ke kalau sehari suntuk si girlfriend tak dapat contact si boyfriend??huish! sangat serius~~



kepada pemilik-pemilik handphone lebih dari satu..silalah guna handphone anda sebaik-baiknya..ada handphone bukan untuk dibiar out of batery..kalau rasa nak keluar rumah dan balik lambat atau tak nak balik terus..silalah charge handphone tuh awal-awal..paling selamat bawak je charger tuh..bukan berat pun..kalau benda simple ni pun tak boleh buat baik pakai SATU handphone je..sekurang-kurangnya ada alasan kukuh bila semua orang tak dapat contact dia..




Saturday, July 24, 2010

perempuan-perempuan masuk kebun getah

difikir jungle trekking dekat-dekat UiTM..tengok-tengok dah sampai ke hujung kampung mana entah..masuk kebun-kebun getah orang..terpaksa berjalan 8km jauhnya..ini gara-gara terpaksa menghadiri Modul Part 4 lah ni..wajib ikut program Modul ni every semester..kalau tak tak boleh grad..

selalunya Modul pelajar akan duduk di kelas dibahagikan kumpulan-kumpulan..buat aktiviti dalam kelas je..dan dengar ceramah di dewan..tapi untuk Part 4 lain pula..kena jungle trekking pula..kelam kabut semua orang..tak pasal-pasal kena balik kampung halaman semata-mata ambil kasut sukan..konon dah takda kokurikulum dah tak perlu kasut sukan..haha~bapak skema panggil kokurikulum..Ko sudah!
hari dimulakan dengan berkumpul di Dewan Sri Peria..satu-satu kumpulan dilepaskan..ada 9 checkpoints perlu dihabiskan..I was in Group 11..pada mulanya risau takda kawan yang kenal langsung..dah masuk dalam group then jumpa college-mate..hehe~Cik CT Wawa yang comel lagi ayu..Cik Azureen sepatutnya group dengan I juga tapi dia tak datang..khabarnya pergi konsert Yuna!ceh! sanggup delay modul ke semester depan..kalau I tak sanggup..

Cik Ct Wawa

cuba bayangkan berjalan sejauh 8km tapi ada 9 checkpoints je??jarak antara checkpoints bapak jauh..setiap checkpoints ada ujian-ujiannya..

Checkpoints:

Pertama: Dari DSP berjalan lalu kolej Siswa; Sempana Riau dan Taming Sari..juga lalu dua kolej Siswi; Nilam yang tak siap-siap dan Baiduri..

Kedua: Soalan tentang UiTM termasuk nama naib canselor UiTM yang baru..nama pengarah baru UiTM Segamat..nama library Shah Alam..visi dan misi UiTM..ada berapa cawangan UiTM di seluruh Malaysia..dan banyak lagi..ternyata pelajar UiTM hanya sekadar nama 'pelajar UiTM'..bila ditanya pasal UiTM semua garu kepala..'title' naib canselor pun salah!haish~

Ketiga: Main Sudoku..hahaha~jelas group I bukan dari golongan pakar matematik..main hentam je..asal kotak-kotak Sudoku tuh berisi..
Keempat: selesaikan teka-teki..teka-teki luar biasa dari kami pernah jumpa..untuk jimatkan masa kami jawab ikut logik je..salah satu teka teki yang I ingat; bila kita pegang dia mati..bila lepaskan dia hidup tapi lama-lama dia mati..apa benda tuh?? pening-pening~~lagi satu; kuda bertukar jadi ayam..tikus bertukar jadi ayam..ayam bertukar jadi apa??jawablah kalau tahu..
Kelima: ujian berpasangan..2pasangan dipilih..setiap seorang diikat tali pada tangan kemudian disimpul dengan tali pasangannya..ujiannya,setiap orang perlu lepaskan diri masing-masing tanpa tali terlepas dari tangan..faham tak??buat-buat faham jelah..yang pasti group I memang tak lepas..sampai dah berpusing-pusing badan..

Keenam: Hias 5 model menggunakan flora-flora di kawasan sekitar..I dan Cik Ct Wawa antara model yang volunteer diri..nak tunggu orang lain sampai sudah pun tak gerak kot..huhu~~setiap ahli wajib make-up..guna tanah merah okeh! T_T



behind; the two kings of 11's..dan nampak rambutku dihias-hias daun hijau..eheh~



Ketujuh: Sudoku lagi! tapi agak ringkas dan senang berbanding sebelum ni..siap sebelum masa tamat!yes! dan kena nyanyi lagu Raya untuk fasilitator..puasa pun belum!

Kelapan: Selesaikan Silang Kata..tak silap I ada 100 soalan kena selesaikan tapi kami sempat habiskan 1/4 saja sebab masa diberi cuma 3minit..

Pause! eheh~ada selingan sebentar sebelum sampai checkpoint terakhir..sedang berjalan plus perut tengah lapar..tiba-tiba kelihatan satu pokok rambutan..banyak betul buah rambutan plus merah-merah..nak petik pokok tuh milik orang..team-mates I hanya mampu menjerit saja tengok pokok rambutam tuh..dan tiba-tiba...muncul seorang makcik offer buah rambutan tuh..apa lagi berlari semua budak-budak tu..lagi semangat si satu-satunya dua jejaka dalam group I..bukan saja rambutan..makcik tu siap bagi satu plastik buah langsat!berbaloi budak-budak tu jerit..sekurang-kurangnya dah teralas perut budak-budak tu..kembali bersemangat berjalan ke checkpoint terakhir..

sempat lagi budak-budak ni melantak buah rambutan~


Kesembilan: Ujian Kerohanian aka bab agama..ada sepuluh kesemuanya..dan I tak jawab satu pun..duduk di hujung menanti jawapan dari mereka yang lain..ternyata Ilmu agama I sangat lemah..antaranya soalan yang diajukan; lawan sifat nabi (menyampaikan)??..nak dalam bahasa Arab..rukun tayamum ada berapa?maksud sifat Allah-Qidam..eh betul ke??correct me if I am wrong! dan lain-lain lagi..group I berjaya jawab 8 betul dari 10..okehlah tu..

Group kami tamatkan ekspedisi jam 1230 tengahari; seperti dijangka! terus balik bilik..perlu rehat secukupnya untuk ceramah 3jam pula..singgah Unimart beli Ribena dan dadih untuk alas perut..perut kosong tak boleh tidur~

Ceramah petang yang agak membosankan..bukan agak tapi memang bosan! nak tidur tak boleh sebab I duduk tepi..kalau duduk tengah pun penceramah boleh nampak..sudahnya ambil handphone dan on Facebook! berbalas-balas comment dengan budak-budak dalam dewan tu juga..melepaskan rasa ketidakpuashatian dengar ceramah waktu tengahari yang sepatutnya diisi dengan TIDUR! kalau penceramah dapat tahu dirinya dikata-kata pasti budak-budak ni kena panggil! silap-silap kena repeat modul! oh tidak~~


Alangkah bahagianya bila modul tamat..cepat-cepat keluar dewan pergi dining hall beli nasi ayam..tambah ayam goreng satu! haha~lapar sangat! yeah2~lepas ni dah takda apa yang boleh mengganggu hari mingguku..