Friday, May 28, 2010

Mari berdiet!

Sedang bermain dengan berat badan..kejap 50kg..kejap turun jadi 49kg..sekarang naik 52kg..what the..??!!! tidak boleh menerima kenyataan apabila berat mencecah 52kg..eventhough 50.5kg pun boleh duduk terkejut juga..lagikan pula 52kg???? flashback apa yang telah dimakan sepanjang cuti ni sehingga badan dah jadi macam belon..owh~ hampir terlupa..duduk di rumah dilayan bagai sang puteri..makanan sentiasa ada..walau roti gardenia tinggal separuh..walau masih ada instant food yang belum dibuka..walau chocolate bar masih ada yang belum dibuka..mumy akan segera topup semula..risau anaknya ini kelaparan di rumah sepanjang ketiadaannya..fuhh!!macam mana lah badan tak sebulat sekarang..dah boleh panggil HumptyDumpty2 mungkin -_-

Duduk sambil berfikir alternatif yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini..okeh..DIET!!..kalau princess boleh berjaya dengan diet beliau..kalau ruhaify pun boleh bertahan untuk diet..kalau Hanis Zalikha yang dah slim tu pun masih nak berdiet..why don’t me??? Mungkin ramai yang akan annoy bila cakap pasal diet..kenapa perlu diet??makan saja sudah!! Kalau u’all fikir orang yang berdiet ni hanyalah untuk kurus then you are definitely WRONG!! Diet bukan hanya untuk kurus semata-mata tapi sebenarnya untuk mengawal cara permakanan kita agar tak didatangi pelbagai penyakit..macam obesiti and so on..

Sudah terang2 kita hidup di Bumi Malaysia ini dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan terutama makanan tradisi Malaysia seperti kaum Melayu; rendang ayam, ayam masak lemak..kalau kaum India; dengan pelbagai manisan..wahh!!tahukah anda betapa bahayanya jika diambil berlebihan?? Kita mungkin tidak boleh mengelak makanan2 tersebut tapi kita masih boleh mengurangkannya..setuju??

Mungkin I perlu tukar cara pemakanan I?? Mungkin juga I perlu exercise lebih..sebab sepanjang cuti ni tak pernah lagi keluar berjogging..memulakan langkah pertama dengan mengambil secawan Milo panas dan dua keping roti untuk sarapan pagi..cuba untuk mengelak makan nasilemak atau roti canai lagi..masih boleh diambil tapi mungkin untuk dua kali seminggu sahaja..yang penting sarapan pagi WAJIB diambil!! Supaya ada tenaga untuk melakukan aktiviti harian..

Makan tengahari masih tidak boleh diabaikan..Cuma perlu kurangkan kuantiti nasi..dari dua senduk mungkin hanya perlu satu senduk..elakkan makanan berkalori tinggi..perlu memberi pesanan kepada ahli keluarga terutama tukang masak utama di rumah; Princess untuk kurangkan masakan berminyak. Contoh;ayam goreng. Mungkin juga perlu pesan mumy untuk kurangkan beli ayam dan instant food; instead of ikan..rindu pula one time ago suka makan ikan masak stim..and most important?? Sayur adalah wajib dalam setiap meal! Tujuannya adalah untuk mengimbangkan balik makanan berkalori yang telah kita ambil..

Ada lagi eating habit rakyat Malaysia yang I fikir perlu diubah..makan laju and makan lewat malam!bila kita makan laju secara tidak langsung kita akan makan dengan banyak..cuba untuk mengunyah makanan perlahan2..selain kita akan cepat kenyang, makanan juga akan terhadam dengan baik..if I am not mistaken Rasullullah pun kunyah makanan 40kali kan??correct me if I am wrong..makan lewat malam??paling susah untuk dielak,bukan??sebab teenagers especially gemar keluar malam..lepas tuh program wajib mesti ada dalam list kalau tak singgah restaurant&bar..paling tidak pun kedai mamak..betul tak??sudahnya mestilah order makanan..lagi pula yang kepenatan satu malam berdansa, lepak kedai makan mesti order makanan..lepas tuh order nasi lemak pula tuh!!whoa3~~ balik rumah terus tidur!macam manalah badan tak macam dipam-pam..huhu~ statement ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.. T_T

Marilah kita bersama-sama megubah eating habit kita kepada yang lebih baik..untuk hidup yang lebih sihat selain mendapat bentuk tubuh yang cantik..hahaha~ tambahan sahaja =)

Tuesday, May 25, 2010

rumah kena pecah masuk!


Pernahkah rumah anda dipecah masuk? Atau pernahkah anda terfikir rumah anda akan dimasuki orang? Sudahkah anda terfikir langkah berjaga-jaga yang perlu diambilkira?mungkin kita perlu simpan satu pedang samurai atau sekurang-kurangnya pisau dapur ibu-ibu anda yang sememangnya tajam, mungkin boleh diletak sentiasa di sisi sebagai persediaan jika ada musuh muncul di sisi anda, hanya capai senjaata2 tersebut dan zzappppp!!hehehe~jangan salah orang sudah =)

Mengikut pengalaman kami sekeluarga, sudah dua kali rumah dipecah masuk padahal kami semua ada di dalam rumah tersebut..dibuai mimpi-mimpi indah..sepanjang dua kali rumah dipecah masuk sebenarnya kami telah dipukau..sebab ada sekali kejadian handphone sebelah telinga I saja, pencuri ambil tapi I tak sedar..begitu juga handbag mumy letaknya di atas kepala mumy sahaja tapi mumy pun tak sedar..tetapi Alhamdulillah setakat dua kali rumah dipecah masuk tiada kecederaan dilaporkan..semua tak sedar!dan pencuri hanya mengambil handbag mumy..itupun diambil duit sahaja..card credit tak ambil..pandai sungguh..kemudian diletak handbag tersebut di atas peti sejuk..handphone pula hanya diambil yang mahal2 dan canggih sahaja..sungguh demand pencuri tersebut!dijangka dua kali kejadian pecah masuk ini dilakukan oleh orang yang sama sebab mereka pecah masuk ikut tingkap yang sama..lepas dua kali terjadi benda yang sama barulah kami ambil langkah security..first time kena pecah masuk boleh buat biasa saja..dah dua kali baru cuak!

Malam semalam entah kenapa hatiku berdebar-debar sangat..terasa macam serba tak kena..jam menunjukkan pukul satu pagi tapi I masih tak boleh tidur..kebelakangan ini I selalu terbayang sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga..macam siangnya I terbayang rumah terbakar gara-gara gas meletup..oleh sebab terlalu takut.. sekarang I dah takut nak guna dapur gas..prefer pakai dapur elektrik..perkara buruk lain yang selalu menghantui hidup I; rumah dipecah masuk lagi..I selalu mimpi orang jahat masuk rumah..bukan saja niat nak curi barang2 tapi bunuh kami juga..takut~pernah mimpi I sahaja selamat sebab I sempat lompat keluar dari tingkap bilik..jadi stunt woman kejap..huhu~tak baik kan fikir I seorang saja yang selamat..dalam mimpi macam tuh nak buat macam mana??

Menghubungi HumptyDumptyku apa perlu dibuat untuk menghilangkan rasa takutku..beliau mencadangkanku duduk diam sahaja di dalam bilik dan baca selawat banyak2..chop!nak tergelak kejap..tapi difikir semula perlu diambil serius! I cuba buat macam beliau suruh dan finally I berjaya tidur dengan tenang..itupun sesudah jam 4pagi..

Kepada sesiapa yang mengalami perkara yang sama macam I..tak perlu takut sangat..kalau takut sahaja tapi tak buat apa2..sampai bila2 pun takut tuh akan menghantui kita walaupun sebenarnya tiada apa yang akan berlaku..paling penting PASTIKAN sebelum tidur semua pintu dan tingkap telah dikunci..yang menggunakan security alarm pastikan ianya sudah diaktifkan..pasang lampu garaj atau mana2 satu lampu di luar rumah agar rumah tak kelihatan macam tak berpenghuni.. bagi kaum perempuan, kunci pintu bilik anda!itu sangat penting..sebab orang jahat sekarang bukan hanya nak merompak..dengan anak2 dara mereka nak ‘rompak’!!jahat!!

Dan paling penting sentiasa berdoa kepada tuhan agar rumah dan seisi keluarga dilindungi dari segala malapetaka..amin~~

Monday, May 24, 2010

makan masih disuap??

Actually I am proud to have a great mom like Mdm Irene Azizah..walaupun tak dinafikan kami sering bercanggah pendapat..tapi I tetap respect beliau..mumy sangat penyabar orangnya..terutamanya melayan kerenah kelima2 anaknya..setiap seorang ada perangai tersendiri..dari I yang susah nak dengar cakap beliau..lagi dilarang lagi dibuat..hahaha~ sorry ya mumy..princess pula mumy perlu melayannya bagai seorang puteri..dah panggil pun princess..sakit tangan sikit sebab mengadun tepung macam sakit patah tangan..sudahnya mumy tolong urutkan tangan..abang pula sometimes bila dia diam..diam sangat..sampai mumy terpaksa confront abang dan cuba menyelami hati anak bujangnya itu..mengada2 namanya tuh..adik pula suka dilayan bagai anak bongsu walhal dia second last..suka menjadi mangsa keadaan abang dan baby..baby;yang terang2 bongsu memang jelaslah kemanjaannya..setiap kali sebelum tidur perkara wajib dia akan buat ialah 'hempap' badan mumy..cium2 badan dan tangan mumy..kemudian baru dia balik ke kedudukannya yang sepatutmya..kasihan sungguh mumy..tak sedar badan dah berat macam tong gas..=)

Okeh, back to the story..sebenarnya ada lagi perangai kami adik beradik yang I rasa mumy sahaja sanggup layan..kalau mak orang lain dah kena buku lima kot..huhu~ kejam2..tak mungkin ada mak orang sebegitu kejam..okeh..perangai adik beradik kami yang dimaksudkan tuh ialah makan masih disuap..hahaha~ pasti menjengkelkan anda semua..tapi itulah sebetulnya.. =p terterbitnya idea untuk share entry ni sebab melihat adik disuap makan tengahari oleh mumy siang tadi..kebelakangan ni mumy sangat sibuk..terbukti bila melihat meja penuh dengan dokumen2 yang entah apa2..tapi melihat anak keempatnya seakan tak terurus..mana nak pakai baju..mana nak kemas beg..mana nak makan..mumy yang juga sedang sibuk menyiapkan diri terus melupakan dirinya sebentar..mengambil makanan tengah hari; nasi ayam (beli siap sahaja) di dapur dan kemudian menyuapkan adik..itu lah bangun lambat lagi!

Melihat kesabaran mumy..teringat I kadang2 pun kalau malas nak makan..lapar sebenarnya tapi malas untuk menyuap sendiri makanan..minta sahaja mumy suapkan..huhu~ tapi I tidak sebegitu kejam..I akan menunggu bila saat beliau sedang makan..alang-alang suap I sekali..kihkihkih~ sungguh mengada-ngada.. princess pun sama macam I nampak mumy makan dia pun mahu tumpang sekaki..mumy memang baik sebab layankan sahaja kerenah kami..abang sahajalah yang I rasa tak pernah nampak lagi meminta untuk disuapkan..control macho konon!! Adik&baby tak perlu disangkal, kalau boleh setiap kali makan mahu disuap..kalau datang ngada2 terlebih adik; tak suap tak nak makan! Baby pula paling sakit nak melayan bila meminta untuk makan waktu tengah malam lepas tuh minta disuap! Kadang2 mumy dah nak masuk tidur pun dia ganggu juga..

Ada lagi satu sikap mumy yang kami terharu..tak tahulah adik2 terharu tak..tiap kali makan rambutan mumy akan kupaskan hampir kesemua kulit rambutan untuk kami; memudahkan kami untuk terus ngap!sesiapa yang pandai kupas, kupaslah sendiri.. (sebenarnya tak pandai kupas kulit rambutan..leceh dan lambat..tahu gigit sahaja tapi nanti rasa pahit)..lagi kelemahan I ialah kopek kulit udang..princess pun sama!saja tak mahu nampak kelemahan seorang diri..sebenarnya tak lah tak pandai..leceh pakai tangan..akan mengambil masa yang lama untuk mengopek satu udang..kalau pakai folk and spoon..gagal terus!sudahnya tak jadi makan udang dan beri kepada sesiapa..sobb2 T_T sesiapa yang makan bersama I atau princess kalau rasa kasihan kepada kami pasti tolong kopekkan udang untuk kami..( adillah, khairul syiran, ruhaify dulu2 paling sanggup melayan I ) yang lain “nak makan udang kopek sendiri, tak nak kopek sendiri tak payah makan!”, sedih sungguh.. T_T cuba belajar untuk kopek sendiri sebab nanti kena marah dengan HumptyDumptyku..

Jangan contohi perangai kami adik beradik..manja terlebih =P kalau mak orang lain dah kena 'baling' dengan kuali kot..mungkin~ heee =)

Friday, May 21, 2010

Guru sementara tak bertauliah

My mom has asked for my help to look at kanak-kanak yang datang ke rumah untuk tuition..mumy juga seisi rumah hampir terlupa malam ni memang tertulis ada kelas dalam schedule mumy..mumy got other things yang lebih penting untuk diselesaikan..sudahnya I lah pilihan yang terakhir..fuhh!pada mulanya mahu mengelak kerana memikirkan tiada basic mengajar dan tak suka pun nak ajar kanak-kanak kecil ni..T_T tapi melihat kesungguhan mumy meminta pertolongan..akhirnya diri ini terpaksa mengalah..dalam hati siaplah wahai kanak-kanak!huhu~ kamu sudah mengganggu perancanganku..

Kelas sepatutnya bermula jam 8malam tapi mereka lewat..haish makin lewat mereka datang makin lewatlah kelas tamat..kerana kebiasaannya kelas must be completed in 2hours..wuaa~mengira2 jam sama ada sempat lagi atau tidak untuk keluar malam ini..bertanyakan lokasi Mohd Izzuddin Najmi pada masa itu..malangnya beliau sudah berada di Petaling Jaya..dengan rasa sedih terpaksa membuat keputusan untuk tidak turut serta beliau malam ini..T_T kelas dimulakan..lima kanak-kanak kesemuanya bermula dari yang paling kecil di Tahun2 hingga paling besar di Tingkatan1..bertanyakan lagi subjek apa yang mereka pelajari untuk malam ini..sebab I tak pernah ambil tahu pun sebelum ni..mereka menjawab ‘Matematik’..fuhh!lega bukan subjek Science, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris..memang tak tahulah nak ajar macam mana.. -_-

Beraksi seperti seorang guru yang garang..hahaha~ “cepat!buka buku!”..hehehe..
Semua kanak-kanak patuh..=) mudah sahaja cara I.. “cuba buat..tak faham baru tanya kakak” I buat kerja lain; dengar MP3 sambil menghantar pesanan ringkas kepada kawan2 untuk meluahkan rasa sedih T_T ..okeh..mereka pun mula tunduk dan buat kerja masing-masing..tidak lama selepas itu seorang demi seorang mula meluahkan rasa ketidakfahaman mereka tentang kira-kira yang mereka buat...dan bermulalah I sebagai guru..huhu~ penerangan pertama masih tidak difahami dan terpaksa diulang beberapa kali baru mereka faham..dah kata I tiada basic mengajar lagikan pula nak mengajar kanak2..hancur! tapi tetap teruskan usaha sehingga mereka betul2 faham kerana memikirkan amanah yang diberikan mumy..cuba untuk mengikhlaskan diri..dan akhirnya berjaya..wee~~

Pada mulanya kanak2 tersebut nampak seperti takut kat I..tapi selepas beberapa tika..mereka mula ‘ngam’ dengan I..ternyata apabila yang paling kecil atau kami panggilnya Dina@Tahun2 mula mengendeng-ngendeng kat I..haish~ di sebalik mereka yang cuba buat2 baik dengan I rupanya ada agenda lain..tak sampai sejam belajar..seorang bangun dari tempat duduknya dan pergi bermain..seorang lagi mengikut..dan seterusnya..akhirnya seorang sahaja yang kekal bersama I, iaitu kakak Dina; Ieya@Tahun4.. yang lain dah main kejar-kejar satu rumah..argh!biarlah..taknak ambil tahu asal tak usik barang2 mumy sudah..tetapi malangnya keadaan jadi tidak terkawal apabila tirai di pintu bilik I tertanggal..Incredible Hulk mula bangkit dari tempat duduknya!I lah orangnya tuh..huhu~ “siapa punya kerja?pasang balik!”..terkedek2 kanak2 tersebut memanjat bangku..sungguh2 mereka memasang balik..dah kata pun budak kecil..apa yang mereka cuba lakukan pun I tak pasti..akhirnya I jugalah kena panjat bangku dan betulkan sendiri..agak lucu bila melihat mereka menahan bangku yang I sedang panjat..tak dapat betulkan tirai tuh dapat protect kat Aniesz pun jadilah ya??alahai budak kecil~

Melihat mereka masih teruskan bermain..jam pula hampir menunjukkan pukul 1030malam..I biarkan sahaja..budak2 ni tak boleh paksa..I teruskan memantau si Ieya yang tampaknya sangat rajin berbanding lain..selesai si Ieya datang si kecil Dina meminta dibuatkan air minuman..eh?I terlupa untuk menjamu mereka even minuman..habislah entah apa mereka report kepada ibu bapa mereka..dah habis kelas baru nak bagi minum? I cepat2 turun ke dapur dan membancuh air milo sahaja..laju betul mereka minum..sangat haus barangkali..manalah I ingat kena sediakan air dan seumpamanya..dah selesai secawan milo seorang demi seorang, ambil buku masing2 dan meminta izin untuk pulang..amboi! dah kenyang minum terus nak balik?alahai budak~ bagi jelah balik..lagipun jam sudah menunjukkan pukul 11malam..nanti tak pasal2 ada mak bapak orang fikir I culik anak mereka pula..huhu~

Berakhirlah sudah sesi menjadi guru sementara yang tidak bertauliah ni..membuat andaian next time bila mereka datang lagi pasti mereka cari I lagi..huh!perasan sungguh! Kalau ada kesempatan lagi bolehlah kalau nak mintak tolong ajar..tapi jangan sampai kacau perancangan kakak lagi macam malam ni..wee=p

Tuesday, May 18, 2010

Laughter, the best medicine!

Have you ever laughed so hard that you doubled over, fell off your chair, spat out your food or wet your pants?? Or as we Malaysian would say, “laugh until stomach ache?” I wont deny that I always like that..hehe~ Laughter can be deemed the best traditional medicine in our life. It’s completely organic. It can be shared. And what’s more, it’s absolutely free! Below I would like to share with you some jokes that I found in my mom’s book..I trust all readers will enjoy the jokes in the right spirit..okeh?? (kalau tak gelak tu something is wrong with you =p)

Pretty or Ugly

Amy : Zul says I am pretty. Aqil says I am ugly. What do you think?
Ecah : A bit of both. I think you are pretty ugly.

Pretty Woman

Harris : I want to marry you. I love you now and forever.
Jane : But Harris, Im not in love with you. Find some pretty woman.
Harris : I don’t want a pretty woman. I want you!

Taking a bath

The telephone rings and little Kathy picks up the phone.
Voice: Hello, Kathy. Can I speak to your daddy?
Kathy: Daddy is in the bathroom having a bath.
Voice: In that case, can I speak to your mummy?
Kathy: Mummy is also in the bathroom having a bath with Daddy!

Golfing with Friends

Wife to husband: What’s your excuse for coming home at this time of the night?
Husband to wife: Golfing with friends, my dear.
Wife to husband: What? At 2am?
Husband to wife: Yes! We used night clubs.

Tailor

“My father is a tailor”
“So what?”
“What do you mean sew what? Sew buttons-lah! He also sew sarung! Sew baju! Sew whatever-lah!

Capital of America

Teacher: What’s the capital of America, Nasir?
Nasir: Washington D.C., Cikgu.
Teacher: And what does ‘D.C.’ stand for?
Nasir: Dot Com, Cikgu.

Emergency brakes

My dear wife doesn’t know anything about auto mechanics, but there’s no way she’s going to admit that to Foreman Wong.
“My car is making a noise, and Im pretty sure it’s the..uh..carbulator..carbonator..carbonizer..distribulator..I blew a brisket!”
And foreman Wong said, “It’s the hand-brakes you left it on!”

Sunway Lagoon

Three country bumpkins were in a car on their way to Sunway Lagoon. They saw a sign which says : SUNWAY LAGOON LEFT so they all went home!

Black Pepper or White Pepper

A French guest, staying at a budget hotel in Jalan Raja Laut KL phones Room Service for some pepper.
“Black pepper or white pepper, sir?” ask Room Service
“Toilette Pepper!” says the Frenchie.

Fly to Miri

A lady telephone the travel agent and asked how long it took to fly from Kuching to Miri. The clerk replied, “Just a minute.”
“Thank you,” said the lady as she hung up.

Zebra??

Mom: What animal is black and white AND pink?
Son: Er..(blush)..an embarrassed zebra!

Okeh..enough! I hope that I can share many jokes with you later on..(letih nak type dah..huhu~) I tell you again, laughter; it’s indeed good medicine. Just laugh as you can! You know what, a good laugh can also help us physically as well..macam ‘inner’ jogging lah..wish you happy all days!

Monday, May 17, 2010

Kanak-kanak ketagih main Facebook

Jangan nafi yang u’all juga antara pengaruh kepada kanak-kanak sekarang..hee~ kalau tiada yang mulakan shuffle dance..baby tak akan terbawa2 sampai sekarang..kalau tiada yang mulakan style pakai seluar yang seakan-akan ‘londeh’..adik tak akan macam sekarang..rasa macam nak tarik terus sahaja seluarnya.. =p kalau tiada yang mulakan perangai kacau anak dara orang..baby tak akan kacau anak orang di sekolahnya juga..hahaha =) kenapa baby saja jadi mangsa ni?? Maaf ya baby..last statement tu gurau saja..

Back to the main point, budak2 sekarang senang terpengaruh dengan budaya di kelilingnya..even I sendiri yang dah tua ni.. tua ke?? Tukarlah..besar..even I yang dah besar ni pun masih senang terpengaruh dengan budaya2 yang entah apa2..huhu~ inikan pula kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia..kita sendiri pun boleh nampak kanak2 sekarang.Sebagai contoh;ada one day tu I pergi Sunway Pyramid dengan kawan2..sedang seronok melihat orang2 main ice skating tiba2 ada sekumpulan kanak2 lelaki yang kami rasa umurnya lingkungan 10-12tahun, perh..dress up mengalahkan abang2!I rasa ikon fashion macam David Beckham pun boleh kalah dengan mereka..haha~menipulah tu..tapi serious..yang kami lihat tu mereka seakan-akan bergaya hoppers la konon..dangan seluar ‘baggy’nya..tshirt besar..cap lagi besar dari kepala..tak cukup accessories, dengan rantai dan rings di jari2 kecil mereka..alahai adik!dah cukup ilmu ke nak ikut style ‘hoppers’ tu??main sarung je mana dia rasa cantik dan stylo..

Okeh2..dah jauh dari topik sebenar ni..semenjak duduk di rumah ni..kalau tak mendapat undangan untuk keluar hang out mana2..I akan duduk rumah sahaja dan masa banyak dihabiskan depan tv dan laptop..bila dah buka laptop kerja I hanya surf Internet sahajalah di samping kadang2 main game yang entah apa2..kalau dah nama online perkara wajib mesti pergi mestilah facebook, yahoo messenger, dan terbaru dah semakin ketagih dengan blog..disebabkan I jelah muka yang menghadap laptop ni mungkin faktor adik-adik..anak2 datin&datuk juga yang suka lepak di rumah kami (pernah melepaskan rasa tidak puas hati di facebook) haha =) untuk belajar main facebook..untuk adik&baby I sudah pun sign up their own account..nama apa??cari sendiri..haha~

Sudahnya sekarang,bukan sahaja adik&baby dah ketagih dengan facebook..khabarnya anak2 jiran juga sudah ketagih..silap2 semua kanak-kanak di housing area ni dah ada facebook..sudah~ tiap kali I buka facebook..adik mesti pesan, “lepas kakak sign out bagi adik pula ya”..dia tak akan dapat sebab once I dah online I akan ambil masa berjam2..huhu~ melainkan ada agenda lain yang tidak boleh dielak..tapi pantang saja nampak laptop tengah free adik akan buka sendiri..sekarang dah boleh surf Internet selepas I sendiri yang mengajarnya..perlu ajar otherwise dia akan keep asking “ni macam mana..lepas ni nak tekan apa pula”..sekarang dah pandai tiada persoalan lagi dah..

Kanak2 ni lagi terang, jelas dan nyata lebih ketagih facebook dari kami yang besar2 ni..hinggakan dah online di rumah..lepas tu pergi rumah jiran sebelah pun sambung online balik..haish~ tiap2 hari main bersama pun masih nak post comment di facebook..gaya macam jarang jumpa..yang paling tak boleh terima..hanya post “hye” di wall kawan tersebut..kawan sebelah rumah saja kot..kusut sungguh kanak2 ni..

Ada baik juga mereka didedahkan dengan those thing, as we are now living in a Cyber World..wajib tahu pasal IT even tidak master (macam I) otherwise kita akan dipanggil ketinggalan zaman..tapi kanak2 ini masih perlu dikawal supaya tidak surf benda2 yang tidak berfaedah dan mendatangkan keburukan..do not conteng otak mereka yang terang2 masih bersih tu~

Friday, May 14, 2010

First time siang ikan keli!

Sudahlah lama tak buat kerja dapur..mumy pula saja tinggalkan ikan keli yang masih belum disiang! Princess pula saja pengsankan diri di katilnya.. adik mengadu nak makan..ikutkan hati mahu je bagi maggi..haha =) tapi nanti dia mengadu kat mumy pula..
Agak lama berdiri di depan sinki berfikir macam mana nak siang ikan keli ni?? Menghantar pesanan ringkas kepada semua orang..mangsa2 termasuk Izzuddin, Adillah, Hidayah, Farid Ridzuan, Khairul Syiran, Fahmi, kalau nak sebut semua sampai bila pun tak habis -_- TAPI..semua tak memberi feedback yang baik..ternyata kawan2ku juga tak tahu siang ikan keli..hahaha =)

Setelah berfikir lama, akhirnya ambil keputusan ambil semua pisau dan gunting yang ada di dapur untuk siang ikan keli..TUJUH ikan keli kesemuanya..mumy memang suka beli extra satu untuk I..thanks mumy sebab memahami kegemaran anakmu ini..heee~ okeh..langkah pertama, keluarkan kesemua ikan keli dari packaging yang mumy beli dari supermarket..sangat murah 2ekor=RM2.60..berbanding beli yang sudah dimasak di UiTM 1ekor=RM2..okeh..ambil satu ikan untuk mula menyiang! Flashback apa mumy pernah buat..potong hujung kepala dia..keras sungguh hingga tercampak.. tak berputus asa..teruskan lagi..dan akhirnya berjaya..belah perut ikan pula..wuaaa sangat geli melihat isi-isi di dalam..lalukan air pada ikan supaya tak terasa geli sangat..bersihkan dalam ikan hingga bersih macam mumy selalu buat..okeh selesai..dianggar 1 ikan mengambil masa 2-3minit untuk disiang sebab bila sampai ikan ke-tujuh tengok jam, dah hampir setengah jam saya ambil untuk siang ikan je.. T_T pasti ramai gelakkan saya..cubalah sendiri..ikan keli sangat liat okeh..tapi makan lembut pula..haish~

Ingat balik apa mumy buat, basuh ikan keli dengan air asam..untuk hilangkan bau hanyir..tak pastilah betul tidak apa saya buat..marinate ikan dalam air asam jawa selama 5-10minit..untuk pastikan bau hanyir betul2 hilang..meanwhile tengok adik bersihkan cage ‘white’ di belakang rumah..okeh masa dah cukup..masa untuk masak..berfikir lagi nak masak apa..paling simple, mudah, cepat, dan yang pasti sedap! Membuat keputusan untuk masak merah sahaja..basuh dahulu ikan..siapkan segala accessories untuk lauk sebelah dapur supaya kerja lebih mudah..tak perlu keluar masuk dry kitchen..siap semua kelengkapan ‘on’ dapur, panaskan minyak dan mula menggoreng..adalah satu kelemahan saya bila minyak terpercik pada anggota badan, tapi Alhamdulillah menggoreng ikan keli tidak sesusah mana..habis menggoreng..masih pakai kuali yang sama tapi dibuang minyak yang lebih dahulu..makanan berminyak tidak baik untuk kesihatan okeh~ walaupun kita tidak boleh mengelak makanan berminyak di Malaysia tapi sekurang2nya kita boleh mengurangkannya.. =)

Siap sambal merah, kemudian simbah atas ikan keli yang sudah digoreng..siap! Secara keseluruhannya, mengambil masa 1jam untuk siapkan lauk ikan keli!termasuk siang menyiang okeh =p ini adalah kali pertama I served ikan keli..so agak lama ambil masa nak siang ikan, berfikir nak masak apa..kalau macam mumy atau princess, tak perlu fikir-fikir sebab mereka sangat expert dalam memasak..I pun boleh jadi macam mereka, soon..haha~ lepas ni kalau ada makcik2 jiran suruh siang ikan keli ke dah tak perlu takut sebab dah pernah siang -_-

Thursday, May 13, 2010

Kena buat kerja rumah!

Setelah berbulan-bulan jugalah tak masuk dapur..eh tipulah tak masuk..i mean tak buat kerja-kerja di dapur macam memasak..basuh periuk belanga and so on..tiba-tiba hari ni I nak tak nak kena juga buat semua tu..kalau tak sebab tengok princess dah pengsan di bilik selepas satu malam tak tidur..mengerjakan muffin-muffinnya T_T mumy pula sibuk dengan kerjanya..call orang sini call orang sana..I pun tak tahu siapala mereka2 tu..terpaksa membantutkan niat untuk terus menonton cartoon programmes di televisyen..kalau bukan I yang menggantikan mereka siapa lagi??adik??hampeh..dapur pun sama tinggi dengan dia..hahaha =P maaf ya adik..baby??masih di sekolah..abang??lagi tak boleh diharap kerana kerjanya hanya menghadap handphone 24jam!mungkin selagi matanya tak berpinar-pinar baru dia stop and buat kerja lain..

Sebaik melangkah masuk ke dapur, berfikir sejenak apa benda nak buat ni??ni adalah contoh tak baik ya bila dah lama tak tak buat kerja rumah sampai tak tahu nak buat apa..okeh..basuh baju dulu dan sidai..ambil keputusan untuk sidai bawah bumbung sebab tengok langit macam nak hujan..next; pinggan mangkuk di sinki..ni kerja adik dan baby lah ni gemar tinggalkan sahaja pinggan cawan di sinki..abang pun kadang2..eh selalu juga.. okeh basuh jelah semua..lepas tu..masak nasi..tanya mumy berapa cup beras nak masak?mumy cakap 2cups?okeh..selesai..nasib baik tahu lagi macam mana nak sukat air beras..harap2 nasi menjadi.. =)

Dah sidai baju..dah masak nasi..berfikir lagi apa nak buat??tiba2 perut terasa lapar..owh terlupa belum ambil breakfast!semenjak duduk di rumah ni..breakfast adalah WAJIB, okeh..tak kesahlah lagi sejam nak lunch..huhu~ tengok2 dapur apa yang boleh dimakan..dan ternampak crab stick mumy beli malam tadi..seronok menggoreng di wet kitchen tiba2 terdengar suara sumbang dari dry kitchen.. “kakak!bukalah blind tu dulu..habislah asap berkumpul kat dalam!”..wuaaa kena marah dengan princess!mungkin ada segelintir yang kurang jelas tentang blind yang dimaksudkan.. ‘blind’ is a roll of something whether paper,rotan or plastic..tapi kami guna plastic..which you can pull down or up as a covering..bila malam tutup bila siang buka..kena marah lagi bila confuse macam mana nak tarik blind tu..wuaaa T_T mumy perli “budak asyik menghadap account sampai benda simple pun tak tahu buat”..sobb2..

Tak kesalah semua tu..breakfast dah siap..buatkan untuk adik sekali..kalau tak dia mintak nak cuit sedikit tapi sebenarnya banyak..okeh semua dah selesai..tinggal lauk untuk lunch..lari naik atas dulu..kalau terdesak tiada siapa nak masak untuk lunch..kalau princess meneruskan tidurnya..I lah jadi mangsa lagi..T_T takpa2 demi adik-adik supaya tak kelaparan..kakakmu bersedia untuk segala kemungkinan jika terpaksa turun dapur lagi..dalam hati berdoa cepatlah princess bangun =P

Tuesday, May 11, 2010

kenduri buat muffin!

Kalau orang luar masuk dapur mumy, pasti tertanya-tanya, “ada kenduri ke kat rumah ni?”..keadaan dapur mumy dah tak macam biasa..kalau kenduri doa selamat ke kesyukuran ke dapur pasti sesak dengan pinggan mangkuk, lauk-pauk, tapi kali ni dapur dapur tidak sesak dengan those things,sebaliknya tepung-tepung, chocolate bar, chocolate chip, muffin’s cups with variety size and style, berapa papan telor entah..

Rupanya, princess tengah buat muffin!..terliur kejap =p ada tempahan untuk Hari Guru..tak dapat teka berapa banyak..tapi bila dilihat cup-cup yang bersepah di meja dapur..bunyinya macam banyak!I tertanya-tanya kenapa tempahan Hari Guru? “It is a kind of request la”..owh yang I faham di sini pelajar beli untuk diberi kepada guru yang mereka suka or sayang..betul tak??

Princess punya style untuk semua jenis cake, muffin, or even bun, semua basic chocolate!nyum2~ mumy has provided her a 1kg of chocolate bar! It is not a chocolate for cooking purposes..it is a real chocolate!yang boleh makan macam tu je..and it is 1kg packed..tak kan jumpa pack kecil2..kami dah lama diperkenalkan dengan chocolate tu..actually it is made in Malaysia but for export purposes..so u’all memang payah la nak jumpa kat supermarket2 sekarang..Unfortunately I nak share nama chocolate and packaging die tapi princess tak bagi..she said, “ It is my secret receipe”..okeh saya hormat permintaan dia..


antara ratusan muffin yang berjaya disiapkan


Nampak gayanya dapur akan kelihatan macam tongkang-pecah selagi tak sampai 16may@Hari Guru..redha je lah..ada juga niat nak membantu..tapi baru pegang senduk dalam bowl dah kena jerit tak boleh pusing sesuka hati..nanti muffin tak jadi!okeh saya hormat dia lagi..saya buat keputusan untuk tidak membantu langsung..nanti kena marah..kalau packaging mungkin dipertimbangkan..

Budak 10 tahun ada handphone sendiri

Tak boleh terima bila budak 10 tahun dah pakai handphone sendiri..kalau zaman I dulu2 Form 1 I baru merasa pegang handphone sendiri..itu pun dah kira cukup bertuah compared to other friends..dia orang paling teruk dapat pakai handphone masa lepas Form 5..sobb2 -_- the purpose of giving me that handphone ialah untuk mudahkan I contact mumydady tapi I tambah purpose sendiri, gayut dengan boyfriend cinta monyet I..hahaha~sangat lucu bila dikenang balik..okeh2 dah too much ni..budak yang dimaksudkan tu ialah adik I or kami panggil baby..ei..badan da sama besar dengan abang Form 1 dia pun still nak panggil baby??malu2 T_T

Walaupun handphone baby tak secanggih handphone mumy,kakak dan abang dia..hanya nokia 2100..itu pun dah banyak history..asalnya princess punya..mumy pernah pinjam masa handphone mumy rosak..I pun pernah pakai sebab the same as mumy..haha~dah banyak berjasa handphone tu rupanya..tapi sekarang mumy dah belikan casing baru supaya baby tak terasa handphone tu buruk..purpose handphone tu diberi actually untuk senang panggil baby balik rumah kot..tak perlu nak mencari dia di sekitar perumahan untuk panggil pulang..hanya dial dan jerit dalam phone ‘baby!balik sekarang!’..pasti dia pun terus balik..haha~

Terbukti lagilah baby tu still lagi budak kecil..yang belum kenal cinta..tak nampak lagilah baby bergayut tengah2 malam atau ber’sms sambil senyum seorang diri macam abang dan kakak dia selalu buat..walaupun sebenarnya dapat report baby ada minat ramai budak sekolah dia..amboi!kecil2 dah gatal??nak kena ni..haha~Actually I sokong certain pendapat kata handphone adalah medium penting in our life lagi2 if ada emergency..tapi budak sekarang ramai salah guna..bawa handphone ke sekolah untuk ber’sms dengan boyfriend sekolah sebelah..dengar lagu dalam kelas..sudahnya cikgu mengajar sorang2..ada paling terok save notes dalam handphone untuk ditiru masa exams!ish3~lepas tu kantoi!itu lah,
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..

So, sekarang satu rumah dah ada handphone..tak cukup satu nak dua!alamak..kenapa terasa ni?? =) hope baby and adik tak salah guna handphone..bukan senang nak dapat mumy yang sporting bagi budak kecil pakai handphone..kesian sebab semua orang ada handphone sendiri..hehe T_T

Monday, May 10, 2010

adik pandai masak!

seronok jugak jadi kakak ni..ada pulak adik yang pandai masak..tak order pun dia yang offer diri nak masak..kadang2 tengah2 malam pukul 11-12 pun dia ajak teman pegi dapur..buat roti john la..muffin la..bun la..macam2..walaupun sebenarnya tak nak makan lewat malam..tapi terbantut sebab terliur bila princess baru sebut nak masak apa..tak tolong langsung..hanya duduk di kerusi malas sambil main handphone..juga tegur2 'white' yang dah terkurung dalam cage dia..dah siap makanan then tinggal ngup! hahaha...untung siapa yang ada adik macam princess(nama panggilan manja dia)

Sunday, May 9, 2010

Masa kosong!

cuti 2bulan kalau ditenung balik macam tak lama..tapi nak mengharungi hari2nya..(2bulan*30hari=60hari)..sangat lama babe!..akan mati kebosanan kalau tak buat apa2..macam budak universiti or kolej buat bila tiba cuti semester..buat PART-TIME JOB!..McD,7eleven dan apa2 keje yang halal..nak keje jugak tapi memikir nak keje apa?gaji berbaloi tak dengan keje tu..sebab macam 7eleven langsung tak berbaloi..keje macam separuh mati tapi income setakat cukup makan sebulan je..sobb2..(cerita berdasar pengalaman..nasib baik keje hanya suka2..mumydady still support)..tak kesahla u'all nak buat pape..yang penting kene pandai cari jalan untuk isi masa kosong u'all tu..jangan buat keje bukan2!macam budak sekarang buat..lumba haramla..kacau anak orangla..takde faedah langsung -_- kalau tak nak keje pun..duduk rumah pun ade keje pe?tolong emak lipat baju..basuh periuk belanga.banyak2! T_T
so,jangan buang masa kosong anda!buatlah apa2 selagi not against the rules!