Friday, May 14, 2010

First time siang ikan keli!

Sudahlah lama tak buat kerja dapur..mumy pula saja tinggalkan ikan keli yang masih belum disiang! Princess pula saja pengsankan diri di katilnya.. adik mengadu nak makan..ikutkan hati mahu je bagi maggi..haha =) tapi nanti dia mengadu kat mumy pula..
Agak lama berdiri di depan sinki berfikir macam mana nak siang ikan keli ni?? Menghantar pesanan ringkas kepada semua orang..mangsa2 termasuk Izzuddin, Adillah, Hidayah, Farid Ridzuan, Khairul Syiran, Fahmi, kalau nak sebut semua sampai bila pun tak habis -_- TAPI..semua tak memberi feedback yang baik..ternyata kawan2ku juga tak tahu siang ikan keli..hahaha =)

Setelah berfikir lama, akhirnya ambil keputusan ambil semua pisau dan gunting yang ada di dapur untuk siang ikan keli..TUJUH ikan keli kesemuanya..mumy memang suka beli extra satu untuk I..thanks mumy sebab memahami kegemaran anakmu ini..heee~ okeh..langkah pertama, keluarkan kesemua ikan keli dari packaging yang mumy beli dari supermarket..sangat murah 2ekor=RM2.60..berbanding beli yang sudah dimasak di UiTM 1ekor=RM2..okeh..ambil satu ikan untuk mula menyiang! Flashback apa mumy pernah buat..potong hujung kepala dia..keras sungguh hingga tercampak.. tak berputus asa..teruskan lagi..dan akhirnya berjaya..belah perut ikan pula..wuaaa sangat geli melihat isi-isi di dalam..lalukan air pada ikan supaya tak terasa geli sangat..bersihkan dalam ikan hingga bersih macam mumy selalu buat..okeh selesai..dianggar 1 ikan mengambil masa 2-3minit untuk disiang sebab bila sampai ikan ke-tujuh tengok jam, dah hampir setengah jam saya ambil untuk siang ikan je.. T_T pasti ramai gelakkan saya..cubalah sendiri..ikan keli sangat liat okeh..tapi makan lembut pula..haish~

Ingat balik apa mumy buat, basuh ikan keli dengan air asam..untuk hilangkan bau hanyir..tak pastilah betul tidak apa saya buat..marinate ikan dalam air asam jawa selama 5-10minit..untuk pastikan bau hanyir betul2 hilang..meanwhile tengok adik bersihkan cage ‘white’ di belakang rumah..okeh masa dah cukup..masa untuk masak..berfikir lagi nak masak apa..paling simple, mudah, cepat, dan yang pasti sedap! Membuat keputusan untuk masak merah sahaja..basuh dahulu ikan..siapkan segala accessories untuk lauk sebelah dapur supaya kerja lebih mudah..tak perlu keluar masuk dry kitchen..siap semua kelengkapan ‘on’ dapur, panaskan minyak dan mula menggoreng..adalah satu kelemahan saya bila minyak terpercik pada anggota badan, tapi Alhamdulillah menggoreng ikan keli tidak sesusah mana..habis menggoreng..masih pakai kuali yang sama tapi dibuang minyak yang lebih dahulu..makanan berminyak tidak baik untuk kesihatan okeh~ walaupun kita tidak boleh mengelak makanan berminyak di Malaysia tapi sekurang2nya kita boleh mengurangkannya.. =)

Siap sambal merah, kemudian simbah atas ikan keli yang sudah digoreng..siap! Secara keseluruhannya, mengambil masa 1jam untuk siapkan lauk ikan keli!termasuk siang menyiang okeh =p ini adalah kali pertama I served ikan keli..so agak lama ambil masa nak siang ikan, berfikir nak masak apa..kalau macam mumy atau princess, tak perlu fikir-fikir sebab mereka sangat expert dalam memasak..I pun boleh jadi macam mereka, soon..haha~ lepas ni kalau ada makcik2 jiran suruh siang ikan keli ke dah tak perlu takut sebab dah pernah siang -_-

3 comments:

  1. da besh lol !!
    hehehhe
    niway, tahniah !!!

    ReplyDelete
  2. babe, nak goreng je ikan keli tu, kena salut dengar apa2 je takyah? ke goreng mcm tu je? i confused ni -.-

    ReplyDelete