Friday, May 21, 2010

Guru sementara tak bertauliah

My mom has asked for my help to look at kanak-kanak yang datang ke rumah untuk tuition..mumy juga seisi rumah hampir terlupa malam ni memang tertulis ada kelas dalam schedule mumy..mumy got other things yang lebih penting untuk diselesaikan..sudahnya I lah pilihan yang terakhir..fuhh!pada mulanya mahu mengelak kerana memikirkan tiada basic mengajar dan tak suka pun nak ajar kanak-kanak kecil ni..T_T tapi melihat kesungguhan mumy meminta pertolongan..akhirnya diri ini terpaksa mengalah..dalam hati siaplah wahai kanak-kanak!huhu~ kamu sudah mengganggu perancanganku..

Kelas sepatutnya bermula jam 8malam tapi mereka lewat..haish makin lewat mereka datang makin lewatlah kelas tamat..kerana kebiasaannya kelas must be completed in 2hours..wuaa~mengira2 jam sama ada sempat lagi atau tidak untuk keluar malam ini..bertanyakan lokasi Mohd Izzuddin Najmi pada masa itu..malangnya beliau sudah berada di Petaling Jaya..dengan rasa sedih terpaksa membuat keputusan untuk tidak turut serta beliau malam ini..T_T kelas dimulakan..lima kanak-kanak kesemuanya bermula dari yang paling kecil di Tahun2 hingga paling besar di Tingkatan1..bertanyakan lagi subjek apa yang mereka pelajari untuk malam ini..sebab I tak pernah ambil tahu pun sebelum ni..mereka menjawab ‘Matematik’..fuhh!lega bukan subjek Science, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris..memang tak tahulah nak ajar macam mana.. -_-

Beraksi seperti seorang guru yang garang..hahaha~ “cepat!buka buku!”..hehehe..
Semua kanak-kanak patuh..=) mudah sahaja cara I.. “cuba buat..tak faham baru tanya kakak” I buat kerja lain; dengar MP3 sambil menghantar pesanan ringkas kepada kawan2 untuk meluahkan rasa sedih T_T ..okeh..mereka pun mula tunduk dan buat kerja masing-masing..tidak lama selepas itu seorang demi seorang mula meluahkan rasa ketidakfahaman mereka tentang kira-kira yang mereka buat...dan bermulalah I sebagai guru..huhu~ penerangan pertama masih tidak difahami dan terpaksa diulang beberapa kali baru mereka faham..dah kata I tiada basic mengajar lagikan pula nak mengajar kanak2..hancur! tapi tetap teruskan usaha sehingga mereka betul2 faham kerana memikirkan amanah yang diberikan mumy..cuba untuk mengikhlaskan diri..dan akhirnya berjaya..wee~~

Pada mulanya kanak2 tersebut nampak seperti takut kat I..tapi selepas beberapa tika..mereka mula ‘ngam’ dengan I..ternyata apabila yang paling kecil atau kami panggilnya Dina@Tahun2 mula mengendeng-ngendeng kat I..haish~ di sebalik mereka yang cuba buat2 baik dengan I rupanya ada agenda lain..tak sampai sejam belajar..seorang bangun dari tempat duduknya dan pergi bermain..seorang lagi mengikut..dan seterusnya..akhirnya seorang sahaja yang kekal bersama I, iaitu kakak Dina; Ieya@Tahun4.. yang lain dah main kejar-kejar satu rumah..argh!biarlah..taknak ambil tahu asal tak usik barang2 mumy sudah..tetapi malangnya keadaan jadi tidak terkawal apabila tirai di pintu bilik I tertanggal..Incredible Hulk mula bangkit dari tempat duduknya!I lah orangnya tuh..huhu~ “siapa punya kerja?pasang balik!”..terkedek2 kanak2 tersebut memanjat bangku..sungguh2 mereka memasang balik..dah kata pun budak kecil..apa yang mereka cuba lakukan pun I tak pasti..akhirnya I jugalah kena panjat bangku dan betulkan sendiri..agak lucu bila melihat mereka menahan bangku yang I sedang panjat..tak dapat betulkan tirai tuh dapat protect kat Aniesz pun jadilah ya??alahai budak kecil~

Melihat mereka masih teruskan bermain..jam pula hampir menunjukkan pukul 1030malam..I biarkan sahaja..budak2 ni tak boleh paksa..I teruskan memantau si Ieya yang tampaknya sangat rajin berbanding lain..selesai si Ieya datang si kecil Dina meminta dibuatkan air minuman..eh?I terlupa untuk menjamu mereka even minuman..habislah entah apa mereka report kepada ibu bapa mereka..dah habis kelas baru nak bagi minum? I cepat2 turun ke dapur dan membancuh air milo sahaja..laju betul mereka minum..sangat haus barangkali..manalah I ingat kena sediakan air dan seumpamanya..dah selesai secawan milo seorang demi seorang, ambil buku masing2 dan meminta izin untuk pulang..amboi! dah kenyang minum terus nak balik?alahai budak~ bagi jelah balik..lagipun jam sudah menunjukkan pukul 11malam..nanti tak pasal2 ada mak bapak orang fikir I culik anak mereka pula..huhu~

Berakhirlah sudah sesi menjadi guru sementara yang tidak bertauliah ni..membuat andaian next time bila mereka datang lagi pasti mereka cari I lagi..huh!perasan sungguh! Kalau ada kesempatan lagi bolehlah kalau nak mintak tolong ajar..tapi jangan sampai kacau perancangan kakak lagi macam malam ni..wee=p

No comments:

Post a Comment