Monday, May 17, 2010

Kanak-kanak ketagih main Facebook

Jangan nafi yang u’all juga antara pengaruh kepada kanak-kanak sekarang..hee~ kalau tiada yang mulakan shuffle dance..baby tak akan terbawa2 sampai sekarang..kalau tiada yang mulakan style pakai seluar yang seakan-akan ‘londeh’..adik tak akan macam sekarang..rasa macam nak tarik terus sahaja seluarnya.. =p kalau tiada yang mulakan perangai kacau anak dara orang..baby tak akan kacau anak orang di sekolahnya juga..hahaha =) kenapa baby saja jadi mangsa ni?? Maaf ya baby..last statement tu gurau saja..

Back to the main point, budak2 sekarang senang terpengaruh dengan budaya di kelilingnya..even I sendiri yang dah tua ni.. tua ke?? Tukarlah..besar..even I yang dah besar ni pun masih senang terpengaruh dengan budaya2 yang entah apa2..huhu~ inikan pula kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia..kita sendiri pun boleh nampak kanak2 sekarang.Sebagai contoh;ada one day tu I pergi Sunway Pyramid dengan kawan2..sedang seronok melihat orang2 main ice skating tiba2 ada sekumpulan kanak2 lelaki yang kami rasa umurnya lingkungan 10-12tahun, perh..dress up mengalahkan abang2!I rasa ikon fashion macam David Beckham pun boleh kalah dengan mereka..haha~menipulah tu..tapi serious..yang kami lihat tu mereka seakan-akan bergaya hoppers la konon..dangan seluar ‘baggy’nya..tshirt besar..cap lagi besar dari kepala..tak cukup accessories, dengan rantai dan rings di jari2 kecil mereka..alahai adik!dah cukup ilmu ke nak ikut style ‘hoppers’ tu??main sarung je mana dia rasa cantik dan stylo..

Okeh2..dah jauh dari topik sebenar ni..semenjak duduk di rumah ni..kalau tak mendapat undangan untuk keluar hang out mana2..I akan duduk rumah sahaja dan masa banyak dihabiskan depan tv dan laptop..bila dah buka laptop kerja I hanya surf Internet sahajalah di samping kadang2 main game yang entah apa2..kalau dah nama online perkara wajib mesti pergi mestilah facebook, yahoo messenger, dan terbaru dah semakin ketagih dengan blog..disebabkan I jelah muka yang menghadap laptop ni mungkin faktor adik-adik..anak2 datin&datuk juga yang suka lepak di rumah kami (pernah melepaskan rasa tidak puas hati di facebook) haha =) untuk belajar main facebook..untuk adik&baby I sudah pun sign up their own account..nama apa??cari sendiri..haha~

Sudahnya sekarang,bukan sahaja adik&baby dah ketagih dengan facebook..khabarnya anak2 jiran juga sudah ketagih..silap2 semua kanak-kanak di housing area ni dah ada facebook..sudah~ tiap kali I buka facebook..adik mesti pesan, “lepas kakak sign out bagi adik pula ya”..dia tak akan dapat sebab once I dah online I akan ambil masa berjam2..huhu~ melainkan ada agenda lain yang tidak boleh dielak..tapi pantang saja nampak laptop tengah free adik akan buka sendiri..sekarang dah boleh surf Internet selepas I sendiri yang mengajarnya..perlu ajar otherwise dia akan keep asking “ni macam mana..lepas ni nak tekan apa pula”..sekarang dah pandai tiada persoalan lagi dah..

Kanak2 ni lagi terang, jelas dan nyata lebih ketagih facebook dari kami yang besar2 ni..hinggakan dah online di rumah..lepas tu pergi rumah jiran sebelah pun sambung online balik..haish~ tiap2 hari main bersama pun masih nak post comment di facebook..gaya macam jarang jumpa..yang paling tak boleh terima..hanya post “hye” di wall kawan tersebut..kawan sebelah rumah saja kot..kusut sungguh kanak2 ni..

Ada baik juga mereka didedahkan dengan those thing, as we are now living in a Cyber World..wajib tahu pasal IT even tidak master (macam I) otherwise kita akan dipanggil ketinggalan zaman..tapi kanak2 ini masih perlu dikawal supaya tidak surf benda2 yang tidak berfaedah dan mendatangkan keburukan..do not conteng otak mereka yang terang2 masih bersih tu~

No comments:

Post a Comment