Monday, May 24, 2010

makan masih disuap??

Actually I am proud to have a great mom like Mdm Irene Azizah..walaupun tak dinafikan kami sering bercanggah pendapat..tapi I tetap respect beliau..mumy sangat penyabar orangnya..terutamanya melayan kerenah kelima2 anaknya..setiap seorang ada perangai tersendiri..dari I yang susah nak dengar cakap beliau..lagi dilarang lagi dibuat..hahaha~ sorry ya mumy..princess pula mumy perlu melayannya bagai seorang puteri..dah panggil pun princess..sakit tangan sikit sebab mengadun tepung macam sakit patah tangan..sudahnya mumy tolong urutkan tangan..abang pula sometimes bila dia diam..diam sangat..sampai mumy terpaksa confront abang dan cuba menyelami hati anak bujangnya itu..mengada2 namanya tuh..adik pula suka dilayan bagai anak bongsu walhal dia second last..suka menjadi mangsa keadaan abang dan baby..baby;yang terang2 bongsu memang jelaslah kemanjaannya..setiap kali sebelum tidur perkara wajib dia akan buat ialah 'hempap' badan mumy..cium2 badan dan tangan mumy..kemudian baru dia balik ke kedudukannya yang sepatutmya..kasihan sungguh mumy..tak sedar badan dah berat macam tong gas..=)

Okeh, back to the story..sebenarnya ada lagi perangai kami adik beradik yang I rasa mumy sahaja sanggup layan..kalau mak orang lain dah kena buku lima kot..huhu~ kejam2..tak mungkin ada mak orang sebegitu kejam..okeh..perangai adik beradik kami yang dimaksudkan tuh ialah makan masih disuap..hahaha~ pasti menjengkelkan anda semua..tapi itulah sebetulnya.. =p terterbitnya idea untuk share entry ni sebab melihat adik disuap makan tengahari oleh mumy siang tadi..kebelakangan ni mumy sangat sibuk..terbukti bila melihat meja penuh dengan dokumen2 yang entah apa2..tapi melihat anak keempatnya seakan tak terurus..mana nak pakai baju..mana nak kemas beg..mana nak makan..mumy yang juga sedang sibuk menyiapkan diri terus melupakan dirinya sebentar..mengambil makanan tengah hari; nasi ayam (beli siap sahaja) di dapur dan kemudian menyuapkan adik..itu lah bangun lambat lagi!

Melihat kesabaran mumy..teringat I kadang2 pun kalau malas nak makan..lapar sebenarnya tapi malas untuk menyuap sendiri makanan..minta sahaja mumy suapkan..huhu~ tapi I tidak sebegitu kejam..I akan menunggu bila saat beliau sedang makan..alang-alang suap I sekali..kihkihkih~ sungguh mengada-ngada.. princess pun sama macam I nampak mumy makan dia pun mahu tumpang sekaki..mumy memang baik sebab layankan sahaja kerenah kami..abang sahajalah yang I rasa tak pernah nampak lagi meminta untuk disuapkan..control macho konon!! Adik&baby tak perlu disangkal, kalau boleh setiap kali makan mahu disuap..kalau datang ngada2 terlebih adik; tak suap tak nak makan! Baby pula paling sakit nak melayan bila meminta untuk makan waktu tengah malam lepas tuh minta disuap! Kadang2 mumy dah nak masuk tidur pun dia ganggu juga..

Ada lagi satu sikap mumy yang kami terharu..tak tahulah adik2 terharu tak..tiap kali makan rambutan mumy akan kupaskan hampir kesemua kulit rambutan untuk kami; memudahkan kami untuk terus ngap!sesiapa yang pandai kupas, kupaslah sendiri.. (sebenarnya tak pandai kupas kulit rambutan..leceh dan lambat..tahu gigit sahaja tapi nanti rasa pahit)..lagi kelemahan I ialah kopek kulit udang..princess pun sama!saja tak mahu nampak kelemahan seorang diri..sebenarnya tak lah tak pandai..leceh pakai tangan..akan mengambil masa yang lama untuk mengopek satu udang..kalau pakai folk and spoon..gagal terus!sudahnya tak jadi makan udang dan beri kepada sesiapa..sobb2 T_T sesiapa yang makan bersama I atau princess kalau rasa kasihan kepada kami pasti tolong kopekkan udang untuk kami..( adillah, khairul syiran, ruhaify dulu2 paling sanggup melayan I ) yang lain “nak makan udang kopek sendiri, tak nak kopek sendiri tak payah makan!”, sedih sungguh.. T_T cuba belajar untuk kopek sendiri sebab nanti kena marah dengan HumptyDumptyku..

Jangan contohi perangai kami adik beradik..manja terlebih =P kalau mak orang lain dah kena 'baling' dengan kuali kot..mungkin~ heee =)

2 comments:

  1. haha~
    aku pon slalu jek mkn disuap mama..
    kekeke!
    manje terlebeh..

    ReplyDelete
  2. rindu zaman keanak-anakkan..hehe~~

    ReplyDelete