Friday, May 28, 2010

Mari berdiet!

Sedang bermain dengan berat badan..kejap 50kg..kejap turun jadi 49kg..sekarang naik 52kg..what the..??!!! tidak boleh menerima kenyataan apabila berat mencecah 52kg..eventhough 50.5kg pun boleh duduk terkejut juga..lagikan pula 52kg???? flashback apa yang telah dimakan sepanjang cuti ni sehingga badan dah jadi macam belon..owh~ hampir terlupa..duduk di rumah dilayan bagai sang puteri..makanan sentiasa ada..walau roti gardenia tinggal separuh..walau masih ada instant food yang belum dibuka..walau chocolate bar masih ada yang belum dibuka..mumy akan segera topup semula..risau anaknya ini kelaparan di rumah sepanjang ketiadaannya..fuhh!!macam mana lah badan tak sebulat sekarang..dah boleh panggil HumptyDumpty2 mungkin -_-

Duduk sambil berfikir alternatif yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini..okeh..DIET!!..kalau princess boleh berjaya dengan diet beliau..kalau ruhaify pun boleh bertahan untuk diet..kalau Hanis Zalikha yang dah slim tu pun masih nak berdiet..why don’t me??? Mungkin ramai yang akan annoy bila cakap pasal diet..kenapa perlu diet??makan saja sudah!! Kalau u’all fikir orang yang berdiet ni hanyalah untuk kurus then you are definitely WRONG!! Diet bukan hanya untuk kurus semata-mata tapi sebenarnya untuk mengawal cara permakanan kita agar tak didatangi pelbagai penyakit..macam obesiti and so on..

Sudah terang2 kita hidup di Bumi Malaysia ini dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan terutama makanan tradisi Malaysia seperti kaum Melayu; rendang ayam, ayam masak lemak..kalau kaum India; dengan pelbagai manisan..wahh!!tahukah anda betapa bahayanya jika diambil berlebihan?? Kita mungkin tidak boleh mengelak makanan2 tersebut tapi kita masih boleh mengurangkannya..setuju??

Mungkin I perlu tukar cara pemakanan I?? Mungkin juga I perlu exercise lebih..sebab sepanjang cuti ni tak pernah lagi keluar berjogging..memulakan langkah pertama dengan mengambil secawan Milo panas dan dua keping roti untuk sarapan pagi..cuba untuk mengelak makan nasilemak atau roti canai lagi..masih boleh diambil tapi mungkin untuk dua kali seminggu sahaja..yang penting sarapan pagi WAJIB diambil!! Supaya ada tenaga untuk melakukan aktiviti harian..

Makan tengahari masih tidak boleh diabaikan..Cuma perlu kurangkan kuantiti nasi..dari dua senduk mungkin hanya perlu satu senduk..elakkan makanan berkalori tinggi..perlu memberi pesanan kepada ahli keluarga terutama tukang masak utama di rumah; Princess untuk kurangkan masakan berminyak. Contoh;ayam goreng. Mungkin juga perlu pesan mumy untuk kurangkan beli ayam dan instant food; instead of ikan..rindu pula one time ago suka makan ikan masak stim..and most important?? Sayur adalah wajib dalam setiap meal! Tujuannya adalah untuk mengimbangkan balik makanan berkalori yang telah kita ambil..

Ada lagi eating habit rakyat Malaysia yang I fikir perlu diubah..makan laju and makan lewat malam!bila kita makan laju secara tidak langsung kita akan makan dengan banyak..cuba untuk mengunyah makanan perlahan2..selain kita akan cepat kenyang, makanan juga akan terhadam dengan baik..if I am not mistaken Rasullullah pun kunyah makanan 40kali kan??correct me if I am wrong..makan lewat malam??paling susah untuk dielak,bukan??sebab teenagers especially gemar keluar malam..lepas tuh program wajib mesti ada dalam list kalau tak singgah restaurant&bar..paling tidak pun kedai mamak..betul tak??sudahnya mestilah order makanan..lagi pula yang kepenatan satu malam berdansa, lepak kedai makan mesti order makanan..lepas tuh order nasi lemak pula tuh!!whoa3~~ balik rumah terus tidur!macam manalah badan tak macam dipam-pam..huhu~ statement ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.. T_T

Marilah kita bersama-sama megubah eating habit kita kepada yang lebih baik..untuk hidup yang lebih sihat selain mendapat bentuk tubuh yang cantik..hahaha~ tambahan sahaja =)

No comments:

Post a Comment