Tuesday, May 25, 2010

rumah kena pecah masuk!


Pernahkah rumah anda dipecah masuk? Atau pernahkah anda terfikir rumah anda akan dimasuki orang? Sudahkah anda terfikir langkah berjaga-jaga yang perlu diambilkira?mungkin kita perlu simpan satu pedang samurai atau sekurang-kurangnya pisau dapur ibu-ibu anda yang sememangnya tajam, mungkin boleh diletak sentiasa di sisi sebagai persediaan jika ada musuh muncul di sisi anda, hanya capai senjaata2 tersebut dan zzappppp!!hehehe~jangan salah orang sudah =)

Mengikut pengalaman kami sekeluarga, sudah dua kali rumah dipecah masuk padahal kami semua ada di dalam rumah tersebut..dibuai mimpi-mimpi indah..sepanjang dua kali rumah dipecah masuk sebenarnya kami telah dipukau..sebab ada sekali kejadian handphone sebelah telinga I saja, pencuri ambil tapi I tak sedar..begitu juga handbag mumy letaknya di atas kepala mumy sahaja tapi mumy pun tak sedar..tetapi Alhamdulillah setakat dua kali rumah dipecah masuk tiada kecederaan dilaporkan..semua tak sedar!dan pencuri hanya mengambil handbag mumy..itupun diambil duit sahaja..card credit tak ambil..pandai sungguh..kemudian diletak handbag tersebut di atas peti sejuk..handphone pula hanya diambil yang mahal2 dan canggih sahaja..sungguh demand pencuri tersebut!dijangka dua kali kejadian pecah masuk ini dilakukan oleh orang yang sama sebab mereka pecah masuk ikut tingkap yang sama..lepas dua kali terjadi benda yang sama barulah kami ambil langkah security..first time kena pecah masuk boleh buat biasa saja..dah dua kali baru cuak!

Malam semalam entah kenapa hatiku berdebar-debar sangat..terasa macam serba tak kena..jam menunjukkan pukul satu pagi tapi I masih tak boleh tidur..kebelakangan ini I selalu terbayang sesuatu yang buruk berlaku kepada keluarga..macam siangnya I terbayang rumah terbakar gara-gara gas meletup..oleh sebab terlalu takut.. sekarang I dah takut nak guna dapur gas..prefer pakai dapur elektrik..perkara buruk lain yang selalu menghantui hidup I; rumah dipecah masuk lagi..I selalu mimpi orang jahat masuk rumah..bukan saja niat nak curi barang2 tapi bunuh kami juga..takut~pernah mimpi I sahaja selamat sebab I sempat lompat keluar dari tingkap bilik..jadi stunt woman kejap..huhu~tak baik kan fikir I seorang saja yang selamat..dalam mimpi macam tuh nak buat macam mana??

Menghubungi HumptyDumptyku apa perlu dibuat untuk menghilangkan rasa takutku..beliau mencadangkanku duduk diam sahaja di dalam bilik dan baca selawat banyak2..chop!nak tergelak kejap..tapi difikir semula perlu diambil serius! I cuba buat macam beliau suruh dan finally I berjaya tidur dengan tenang..itupun sesudah jam 4pagi..

Kepada sesiapa yang mengalami perkara yang sama macam I..tak perlu takut sangat..kalau takut sahaja tapi tak buat apa2..sampai bila2 pun takut tuh akan menghantui kita walaupun sebenarnya tiada apa yang akan berlaku..paling penting PASTIKAN sebelum tidur semua pintu dan tingkap telah dikunci..yang menggunakan security alarm pastikan ianya sudah diaktifkan..pasang lampu garaj atau mana2 satu lampu di luar rumah agar rumah tak kelihatan macam tak berpenghuni.. bagi kaum perempuan, kunci pintu bilik anda!itu sangat penting..sebab orang jahat sekarang bukan hanya nak merompak..dengan anak2 dara mereka nak ‘rompak’!!jahat!!

Dan paling penting sentiasa berdoa kepada tuhan agar rumah dan seisi keluarga dilindungi dari segala malapetaka..amin~~

No comments:

Post a Comment