Wednesday, June 16, 2010

Home Alone

Ditinggalkan bersendirian di rumah untuk 3hari..satu keluargaku pergi berkhemah di Gombak..berkhemah-lah sangat??tidur dalam chalet..I tidak mahu turut serta sebab dah tak berminat nak pergi camping2 ni..zaman sekolah dulu yalah..khabarnya antara aktiviti yang mereka lakukan di sana sepanjang 3hari tu termasuklah Paintball, Abseiling, dan Jungle Trekking if im not mistaken..

Mula ditinggalkan bersendirian pada jam 130petang, 14Jun-Isnin..siang masih okeh sebab terang benderang lagi..petang tu I tidur saja..kepenatan tolong siapkan baju-baju Adik&Baby..mereka yang nak pergi I yang siapkan baju?haish~okeh ikhlas tolong! Berjaga semula jam 6petang untuk tonton drama ShahJihan..so far tak pernah 'miss' cerita tu..best! belum pun pukul 7petang I dah tutup semua langsir dan pasang lampu-lampu penting di rumah; lampu dapur dan lampu koridor tepi rumah..keadaan seperti biasa cuma sudah mula rasa bosan tinggal bersendirian..cuba menyibukkan diri..mandi lama-lama..nyanyi kuat-kuat..kemas bilik tapi tak tahulah apa yang I kemas..huhuhu~

Diri semakin rasa tak tenteram bila sudah lewat malam..terbayang macam-macam perkara bukan-bukan..sudahnya hampir semua lampu dibuka; lampu semua bilik tidur, lampu ruang tamu atas dan bawah, lampu wet&dry kitchen..ambik!kalau lampu garaj dan lampu balkoni bilik mumy tak rosak mesti I on juga..pasti bil elektrik melambung bulan ni..hahaha~im sorry mumy!
Dah buka lampu,dah pasang TV kuat-kuat pun jiwa masih tak tenang..menghantar pesanan ringkas kepada rakan2ku..sampai tak sedar kredit dah nak habis..alamak!perlu berhenti SMS..risau jika sesuatu kecemasan berlaku I tak boleh hubungi sesiapa..sambil tonton TV kejap2 turun bawah check keliling rumah..sering rasa tak sedap hati..boleh kurus sebab asyik turun naik tangga..huhu~dah bosan tengok TV..mungkin juga TV pun dah bosan tengok I..haha~cuba untuk tidur..tak boleh tidur!walaupun dah guling2 banyak kali..penat saja yang dapat..seorang rakan call..syukur Alhamdulillah~hilang sikit rasa takut..selesai borak entah macam mana tertidur..ingat boleh tidur nyenyak sampai pagi..tak rupanya!kejap2 bangun..sudahnya dah Subuh baru dapat tidur dengan nyenyak..

Mendapat panggilan HumptyDumpty untuk datang ke rumah..memintanya supaya datang tengahari sebab baru saja dapat tidur dengan tenang..rayu dan rayu akhirnya HumptyDumptyku menghormatiku untuk datang tengahari..lega dapat tidur lama tanpa gangguan..jam 12tengahari HumptyDumpty tiba dan membawaku lunch di luar..memilih lokasi Food Court belakang rumah sahaja.. terlupa pesanan mumy supaya memberitahunya jika ada sesiapa mahu datang rumah..okeh~menghantar pesanan ringkas kepada beliau, “…...datang rumah tau!bawa anz pergi lunch!”..pada mulanya HumptyDumpty rancang untuk gerak dari Klang jam 4petang, takut terlewat masuk kerja..entah tiba-tiba beliau nak off pula hari tu…dalam fikirannya confirm sangkut di traffic jam baik di Klang mahu di KL, baik tak payah pergi kerja terus..HumptyDumptyku terus buat plan baru, mengajakku menonton wayang..yes dia belanja!

Memutuskan untuk menonton Karate Kid di Aeon Bukit Tinggi sahaja..paling dekat dengan rumah!kali ni tak berebut lagi nak tengok cerita apa..suka~bercadang untuk beli tiket jam 8malam or something tapi sesampai di kaunter hanya tinggal seat yang betul2 depan skrin..taknak!kami decide untuk beli ticket jam 11malam saja..memikirkan apa nak buat sementara tunggu jam 11malam sebab masa tu baru jam 8malam..pusing2 satu Aeon tiba2 HumptyDumptyku mencadangkan tengok bola dahulu dan makan!okeh~kami keluar dan tuju Bidayah Restaurant,Andalas..kedai makan tu pun famous kalau ada football match..skrin lagi besar dari Hakim Restaurant,Seksyen7..kami sekeluarga selalu makan di situ..selalunya breakfast lah..hingga staff di Bidayah dah kenal adik-beradik I except I sebab tak selalu ada..Baby selalu dapat gula-gula free..amboi!

Back to the story..I order Roti Telur Bawang sebab tengahari dah makan nasi..tak lapar sangat..HumptyDumpty??Dua keping Roti Canai plus seketul ayam goreng!wah3~ sambil makan sambil tonton bola..Portugal VS Ivory Coast..tengok suku masa pertama saja sebab perlu balik ke Aeon untuk Karate Kid! Khabarnya seri 1-1..okeh~Karate Kid is the best among the best movie in 2010 I ever watched!must watch!satu pawagam asyik tergelak tengok aksi Jaden Smith yang sangat comel tu..sampai boyfriend seorang awek sebelah I hentak2 kaki gara-gara tak boleh tahan gelak!relax bang!pertama kali juga melihat HumptyDumptyku betul2 terhibur..selalunya samada beliau takda perasaan takpun beliau kritik..tapi kali ni tak!asyik gelak je..suka tengok dia~

130pagi Karate Kid selesai..HumptyDumpty ajak bersiar-siar..pening memikirkan mana nak bawa pusing-pusing sekitar Klang&Shah Alam..takdalah Yang!membawanya lalu depan Istana Klang..so haunted!banyak I dengar cerita menakutkan berlaku di istana tersebut..cerita pegawai keselamatan nampak dayang-dayang berjalan-jalan di taman Istana lah..dan banyak lagilah..refuse to share more sebab sekarang pun dah naik bulu roma..mana lah tak haunted biarkan tak berpenghuni..bila ada majlis kerabat sahaja baru berpenghuni..HumptyDumptyku mengajakku pergi I-City..dah tutuplah!kasihan beliau dari hari tu ajak nak pergi I-City..tak sampai-sampai sampai sekarang..berapa banyak 'sampai' da??memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja..ajar HumptyDumpty jalan lain untuk ke rumahku untuk sekiranya nak elak traffic jam di Klang..beliau dah tahu sebenarnya cuma mahu membiasakan beliau..Singgah sebentar di McDonald..apa kena entah HumptyDumptyku offer Fries dan Icecream..terharu kejap sebab beliau ingat apa yang I suka..tapi I kenyang lah..lagipun tengah kesejukan lagi nak makan icecream??no thanks~sempat lagi HumptyDumptyku perli sebaris ayat dari blogku, “..kalau tak Mcnugets I makan Double Cheese Burger..”..wuaa T_T pedih sungguh!huhu~

Sebaik menghantarku pulang ke rumah HumptyDumptyku gerak pulang ke rumahnya jam 4pagi..oohh!konon2 nampak macam you balik kerja lah??hahaha~I tinggal seorang kembali di rumah..tiada lagi ketakutan..mungkin kerana kepenatan..tidur nyenyak di ruang tamu sampai tengahari..sambung tidur di bilik dan finally bangun yang sebetul-betul bangun jam 3petang..pening tidur lama sangat..huhu~sangat teruja..sesuai ke ayat tu??okehlah..sangat gembira keluar bersama HumptyDumptyku..takda gaduh2, takda tarik2 muka.. it was the most happiness we’d created!
Mumyku dan lain-lain tiba di rumah jam 7petang..terus dapatkan mumyku dan berkongsi cerita masing2..ceritaku ceritamu jua..hahaha~

Saturday, June 12, 2010

Kegilaan bola bermula!


Kegilaan Fifa World Cup kembali lagi..bukan pemain sahaja yang excited malah penonton2nya juga..ada 64 match bakal dihabiskan untuk Fifa World Cup ni..tak mungkin I akan tengok semua match..kalau mumy tauke bank pun boleh bankrup sebab kami adik-beradik prefer tonton bola beramai-ramai dekat kedai mamak atau mana-mana tempat yang ada skrin besar..dah lepak kedai makan sah-sahlah order makan..minuman tak sah kalau tak order dua..antara geng-geng yang mungkin akan sentiasa bersama tonton bola; I, abang, dan hubby Princess..Princess pun ikut juga sebab hubby dia ada walaupun sebenarnya beliau tak minat bola langsung!

First match of the first day; South Africa VS Mexico..merancang-rancang dengan Abang dan Irfan mengenai lokasi untuk lepak..sedang berbincang dapat panggilan dari Khairul Syiran meminta pertolongan untuk ambil beliau di Stesen bas Shah Alam..khabarnya beliau dari Ipoh..bersetuju sebab alang-alang kami di luar dan waktu anggaran beliau sampai Shah Alam pun first match dah selesai..jam 9malam beredar keluar rumah..mendapat 100% keizinan mumy memandangkan beliau faham tentang minat anak2nya terhadap bola sepak..I dengan Abang je pun..bertegas taknak adik&baby turut serta kami..takut banyak hal..memujuk dan menghantar mereka ke rumah Datin Ros..biar mereka main di sana..okeh tinggal 4orang sahaja kami termasuk hubby princess~

Pusing2 Shah Alam mencari mana yang sediakan skrin besar..pusing punya pusing..akhirnya Hakim Restaurant,Seksyen 7 juga jadi pilihan;meriah!dah memang biasa tengok bola di situ..nasib baik masih terdapat seat yang okeh;tengah2 betul2 menghadap skrin besar..terlupa bawa cermin mata bila sedar tak berapa jelas penglihatan terhadap skrin tersebut..nasib baik Princess bawa cermin matanya..pinjam kejap!hee~menghubungi Nik Aiman untuk mangajak beliau tonton bersama di Hakim tapi beliau sudah pun berada di Bandar Utama..takpalah..South Africa VS Mexico..I seorang saja antara kami bertiga(tak termasuk Princess) yang sokong Mexico..bertanyakan Abang dan Irfan, “kenapa u’all nak South Africa menang?”.. “sebab dia tuan rumah malulah kalau kalah first game ni”..itulah jawapan mereka..begitu juga Isz yang sokong South Africa..setiap kali ada trial untuk gol atau dah memang gol ke pasti berbalas SMS dengan beliau..Pengakhirannya 1-1..hahaha~fair!

10pm:Hakim Restaurant; bersama Abang,Princess dan Irfan(tiada dalam gambar)


Selesai first game menghubungi Khairul Syiran bertanyakan lokasi beliau..beliau masih tak sampai KL..dah pusing2 satu Shah Alam..siap singgah rumah Irfan untuk tumpang toilet lagi..jam menunjukkan pukul 1pagi..mulanya mencadangkan Abang&Irfan untuk tonton second match France VS Uruguay di Hartamas tapi Irfan dah mengajak rakannya untuk lepak di Bidara Restaurant,Subang pula..shoot ke Subang dengan kelajuan 120km/j..cukup sampai had tu je Irfan!..dahlah bawa MYVI saja..nak tukar bawa Grandis tapi semua macam keberatan sebab takut nak keluarkan duit banyak2 untuk petrol..haish!saving semua orang pun!meminta maaf kepada Khairul Syiran sebab tak dapat ambil beliau.adik2 I nak cepat..takut tak dapat seat..

Sesampai di Bidara Restaurant, nasib baik tak ramai lagi..order makanan kerana mula lapar..tiba2 Irfan ajak shisha pula..wow!ada geng baru..abang juga nak turut serta.wow lagi!princess dah ke‘bengang’an sebab beliau sangat anti-perokok walau hanya shisha..letih kami memujuk dan menerangkan Princess yang shisha tak bahaya pun..beliau tetap merajuk dan buat muka..menyuruh Irfan memujuk sayangnya sampai berjaya..pujuk punya pujuk akhirnya berjaya juga..rupanya Princess mahu disuap..ceh!mengada-ngada sungguh..mula2 I suap lepas tuh dah hubby dia pula take over..Princess sahaja makan tiga jenis makanan pagi itu;Nasi Goreng Padprik, burger, dan Nasi Goreng USA(I punya yang tak habis)..layan sahaja kerenah beliau..Game agak kurang seronok sebab takda gol sampai sudah!walau Henry dah masuk 20minit last pun takda gol juga..penonton2 pulang dengan rasa kecewa lagi2 siapa2 yang pakai jersi France tu!perh~baru first game France..semangat betul?!bila semua bangun dari seat baru perasan ramai juga dari kalangan penonton yang balik dari Club terus datang lepak tengok bola..sebab ramai pakai dress&heels(ramai Chinese)..Irfan&Abang belum,mungkin juga tak boleh jadi geng club dengan I sebab nanti Princess pasti marah hubbynya lagi~tapi Princess pernah meluahkan kat I yang beliau teringin nak masuk Club tapi disebabkan keadaan&status beliau sekarang..terpaksa lupakan..Princess seakan-akan dah terbuka pintu hati untuk berubah 100% dan perlu jaga status sebagai bakal Isteri orang..I respect her!

2am:Shisha At Bidara Restaurant..marah sungguh Princess sampai taknak makan&minum


Selesai game, France-0 Uruguay-0..kami terus pulang..masing2 dah flat..mana taknya duduk saja di kedai makan berjam-jam..sampai rumah jam 5pagi..wash up dan tukar baju..terus tidur!begitu juga yang lain..Irfan tidur di rumah kami sahaja..tak larat nak drive pulang mungkin..haha~malam ini ada game Argentina VS Nigeria..mungkin duduk di rumah sahaja..perlu kumpulkan tenaga untuk game England VS USA..our favourite team;England..berfikir2 sama ada mahu ajak daddyku juga atau tak..hmm~

Tuesday, June 8, 2010

Siapa bayi ini??


Comel tak bayi ini??debab sungguh..hahaha~ I dah simpan gambar ini bertahun-tahun..seingat I my mom kata ini gambar I masa bayi dahulu..tiba-tiba suatu hari gambar ini hilang dari album gambarku..tak sedar lagi sebab dah lama tak buka album..sampailah satu masa baru ku sedar gambarku ini ada pada simpanan adik lelakiku; abang!aik??kenapa ada kat kamu pula???

Membawa gambarku ini kepada Abang dan bertanyakan kenapa gambar ini diletak dalam frame miliknya?? “Ni gambar Ahnaf la!”..tidak puas hati lalu berjumpa mumyku meminta kepastian.. “bukan dulu you kata ni gambar I ke?”..Abang masih menegakkan yang itu gambarnya..my mom kata kemungkinan itu gambar Abang sebab masa I bayi tilam dalam gambar tu takda lagi..haish~ I tak puas hati..buat apa I simpan gambar ni bertahun-tahun kalau tak sebab I yakin ni gambar I..meminta mumy ingat kembali..

Melihat kami masih berebut-rebut menuntut hak masing-masing..my mom pula jadi keliru siapa sebenar pemilik gambar tersebut..sekarang ni gambar tersebut disimpan sahaja dalam frame sebab mumy sendiri tak yakin itu gambar siapa..itulah bila dah nama adik-beradik..paras rupa masa kecil sama je sampai emak sendiri pun tak cam kecuali Princess berbeza dari yang lain; ada tanda lahir terletak manis di pipinya..

Tetap berkeras yang itu gambar I..sebab kata hati kuat mengatakan itu adalah I..hahaha =p

Monday, June 7, 2010

Ragam HumptyDumptyku

Hampir mengamuk pada mulanya bila beliau membatalkan rancangan untuk membawaku keluar..alasannya kerana keletihan dan demam..baru cuba untuk menerima alasannya, tiba-tiba beliau menghubungiku untuk datang ke rumah..sedih bertukar kepada gembira sedikit..yelah dah lama kot tak jumpa beliau.. T_T Emakku juga sering bertanyakan khabarnya bila nak datang rumah..

Sesampai Humptydumptyku di rumah, melihatnya dari atas ke bawah..seperti yang dikhabarkan dalam telefon beliau hanya memakai shorts dan sandal Crocs, so tak boleh nak keluar jauh-jauh atau pergi ke tempat-tempat formal..ala =( takpalah asal dapat keluar bersamanya..beliau memutuskan untuk pergi MidValley sahaja..dalam fikiranku kenapa tak pergi Sunway Pyramid ke One Utama ke..lagi dekat kot! Takpalah biar beliau yang putuskan..dah bawa I keluar ni pun dah cukup baik =)

Berlaku perebutan semasa mahu membeli tiket wayang..I nak tengok Shrek, Humptydumpty nak tengok Killers..I nak juga tengok Killers tapi nak tengok Shrek dahulu..bila Humptydumptyku menonton sedutan Shrek di skrin beliau tergelak sendiri..kan dah kata Shrek best! Saja mengusik beliau seakan-akan Shrek..hahaha =p marah sungguh beliau! Okeh kami decide untuk menonton Shrek, ‘kalau sold out kita tengok Killers’ sesampai di kaunter dua-dua cerita tak boleh tengok..bukan kerana tiket ‘sold out’ tapi kerana hanya seat depan yang tinggal..lebih rela tak tengok dari kena mendongak duduk depan skrin..akhirnya akur untuk menonton Lagenda Budak Setan, yang sedang hangat diperkatakan di Facebook..

Dah dapat tiket wayang, temankan Humptydumptyku cari selipar..kedai pilihan; Tropicana Life! Macam I saja cara beliau shopping! Beli selipar saja pun ambil masa!hahaha~ Sementara menunggu masa untuk masuk ke pawagam,makan dulu! Membuat keputusan untuk makan di McDonald sahaja sebab paling dekat dengan pawagam..Meminta Humptydumpty membeli makanan manakala I jaga meja..agak sedih bila beliau tak ingat I suka makan apa..wuaa T_T kalau makan McD kalau I tak order McNugets I akan order Double Cheese Burger sahaja, sayang! Tapi selalunya Double Cheese Burger..dan tak lupa kegemaranku Fries cecah Chocolate Sundae! Nyum2~ memarahi Humptydumpty kerana tak ambil sos tomato..okeh beliau terpaksa bangun dari seat semula! Diperli pula oleh Humptydumptyku sebab makan lambat, ‘makan macam pengantin’..tidak mempedulikan kata-kata beliau..teruskan makan macam biasa~ tepat 7malam kami masuk ke pawagam..

I terima pendapat semua orang yang Lagenda Budak Setan memang best..I cuma tahu ketebalan novelnya tapi tidak pernah tahu tentang isi ceritanya..jarang sungguh nak tengok cerita melayu yang best! Tak tipu rasanya ramai juga yang menangis menonton cerita tersebut termasuk Humptydumptyku..hahaha -_- tapi beliau menafikannya..ala cover macho! Sedang semua orang khusyuk menghayati kesedihan cerita tersebut tiba-tiba ada suatu suara sumbang dari belakang pawagam..seorang perempuan tiba-tiba tergelak besar ‘kahkahkahkah’..wei apa kes?? Bukan sekali dia gelak tapi berulang kali..satu pawagam rasa macam nak ‘sepak’ saja perempuan tersebut..lucu dengan tawanya..

9malam cerita tamat..menghubungi semula Anna untuk menolak ajakan beliau dan teman lelakinya untuk lepak di PJ Hilton..terpaksa menolak kerana pada mulanya Humtydumptyku nak terus balik berehat tapi lepas beliau fikir-fikir nak join Anna, tak bawa kasut pula..takkan nak beli semata-mata?kalau I takpa lagi sebab kasut perempuan bawah RM50 senang nak cari..lelaki??jangan haraplah nak jumpa bawah RM50..Mencadangkan Humptydumpty untuk hantarku pulang sahaja sebab pada mulanya beliau kata beliau letih..tapi tiba-tiba tak mahu pulang pula..mengajakku untuk pergi I-City..hahaha~barangkali beliau cemburu malam semalamnya I diangkut oleh Isz dan Shah -_- ‘taknak pergi!’..hehehe~ okeh beliau memandu terus ke Andalas..

Menerima pesanan ringkas dari Princess mengirim Chicken Balls dan telur..nasib baik tak sampai rumah lagi..meminta Humptydumptyku membawaku ke Giant Hypermarket..ada seorang pakcik, I pun tak pasti siapa beliau..dari kami masuk ke Giant sampai keluar balik dia pandang kami atas bawah..apa yang tak kena??mungkin dia tertanya-tanya kami pasangan suami isteri ke tapi nampak muda pula..hahaha~ suka-suka buat andaian! Kebetulan pula di kawasan berdekatan ada FunFair pula..Humptydumptyku mahu singgah..okeh ikutkan sahaja..bertanyakan samada beliau mahu main..beliau tak mahu sebab takut..hahaha~ tahu pun..I ajak main di Cosmo World or Genting taknak..takut!sanggup jadi cameraman saja.. ada hati nak main permainan FunFair pula..hehe =p rasa lucu sebab jarang dengar lelaki takut main benda2 alah tu~

Jam 11 kami pulang ke rumah..Humptydumpty putuskan untuk berehat sebentar di rumahku..pening kepala katanya..melihat beliau tertidur di sofa I naik bilik sebentar untuk mandi..Princess memarahiku ‘bagilah dia air suam, hilang sikit peningnya’..okeh2..I terlupa air suam boleh kurangkan rasa pening~ selepas makan nasi goreng yang dimasak Princess, selepas melayan adik&baby..Humptydumptyku meminta izin untuk pulang sebab Isnin beliau kerja..

Terubat sedikit rindu akhirnya dapat juga jumpa Humptydumpty selepas pelbagai halangan perlu dilalui..tak tahulah bila lagi boleh jumpa beliau lagi lepas ni..



Saturday, June 5, 2010

3jam tak jumpa jalan!

Terima kasih tak terhingga kepada Izzuddin Najmi sebab sudi luang masa, datang dari jauh dengan tak tahu jalan, main redah saja..akhirnya jumpa juga rumah I eh??risau juga kalau-kalau beliau tak jumpa rumah..terima kasih kepada Shah juga kerana sudi temankan Isz..

Kehadiran beliau tanpa dirancang..Isz memang dah ada dekat Shah Alam..katanya siang mandi-manda di WetWorld..percaya sebab tengok muka dia dah ‘burn’..lepas tu Shah kutip Isz di Jusco Bukit Raja, lepak di rumah beliau..tuptaptuptap tiba-tiba nak bawa I keluar rumah..I cabar carilah rumah I sampai dapat dengan syarat I kena bagi full address..okehlah I tak sekejam mana..menghantar full address kepada beliau siap dengan landmark lagi..kalau tak jumpa juga tak tahulah..

Keadaan rumah agak kelam-kabut sebab siang mumy tiba-tiba nak buat mini party untuk baby ameer yang ke-10..HAPPY BIRTHDAY TO YOU, BABY~ baby telah dibawa menonton cerita Shrek..dia boleh tak tahu 5Jun hari ulangtahunnya sampailah baby di rumah baru dia sedar..thanks to kawan-kawan baby juga sebab memeriahkan suasana..

bersama anak2 jiran di baby's mini party


Okeh, back to Izzuddin’s..rezeki beliau dan Shah sebab datang kena pada harinya; banyak makanan..banyak ke??okehlah macaroni pie, nasi goreng, dan hershey’s chocolate cake..bertambah-tambah juga Isz dan Shah makan..hehe =) selesai makan sesi temubual dengan mumyku pula..Isz terserlah keramahannya sampai mumy pun seronok borak dengan beliau..Shah jadi pendiam pula sebab tak biasa dengan mumy mungkin..jam 11malam meminta izin dari mumyku untuk keluar bersama mereka..mumy izinkan dengan syarat jangan balik lewat sangat..awal pula I balik??

Destinasi pertama; I-City a.k.a Syurga Lampu..kepada sesiapa yang belum menjejaki I-City..baik pergi sebab terasa macam dekat Wonderland pula..dihujani dengan lampu-lampu berwarna-warni pelbagai jenis bentuk..meriah beb!! Cuma disebabkan kami datang pada malam minggu..traffic jam nak masuk I-City tak payah cakaplah..tujuan pengunjung datang ke situ hanya satu; bergambar! Dan mungkin juga masuk rumah salji..tapi kami tak masuk rumah salji semalam..mungkin dah tutup..sejam bergambar akhirnya kami keluar dan memikirkan destinasi seterusnya..I pass pada Shah, Shah pass pada I..nak pergi mana?? Akhirnya Shah buat keputusan untuk pusing-pusing Shah Alam dahulu meanwhile berfikir nak pergi mana..sebelum itu ada sesuatu untuk dikongsikan..I kepenatan berjalan sebab dua mamat tersebut parked kereta jauh! Adalah around 1km..betul tak u (Isz)?? Kalau ikut kejam I mahu saja suruh mereka dukung I..hahaha~

Mulanya mereka cadangkan mahu lalu rumah hantu..mulanya I fikir rumah hantu funfair ke??rupanya rumah tu memang rumah hantu..sebuah banglo kosong tepi jalan..cerita Seekers pernah buat penggambaran di situ..I berkeras tak mahu pergi walau hanya lalu sahaja..mereka hormat permintaan saya..terima kasih~ kami teruskan perjalanan..Isz tiba-tiba mahu berjumpa rakan lamanya di Wangsa Maju..okeh shoot! Tapi semua tak tahu jalan..pusing dataran merdeka berapa kali tak jumpa bulatan Pahang..sedih sungguh padahal selalu turun KL..itulah padahnya bila tahu duduk sebelah driver saja~ hampir 3jam kami pusing-pusing di sekitar dataran merdeka.. 'roger' orang sini sana..semua direction memeningkan akhirnya rakan Isz dari Selayang sanggup turun untuk lead kami..malu2 T_T

Am dah lead..dah okeh sampai Wangsa Maju..sesat lagi gara-gara nak jemput seorang lagi rakan di Seksyen 1..hidup kami memang betul-betul atas jalan T_T tiba-tiba teringat kisah Adillah..haha~ hanya mereka-mereka sahaja yang memahami..huhuhu~ akhirnya tiba juga kami di NZ Curry House..kenapa tempat tersebut jadi pilihan??selalunya happening tau tempat tu..ramai orang..entah kenapa malam minggu ni seakan-akan kena serang Garuda pula..abaikan sekeliling hanya tumpu kepada kami berlima..rancak semua berborak sampai kedai dah nak tutup..sampai tuan kedai yang datang di meja minta kami jelaskan bil..gerak jelah..

Jam sudah menunjukkan pukul 5pagi..Am meminta izin untuk gerak balik ke Selayang..seorang lagi rakan dihantar semula ke apartmentnya..dan tinggal kami bertiga;I, Isz dan Shah..mereka menghantarku pulang ke rumah..jam ketika itu hampir pukul 6pagi..khabarnya selepas menghantar I pulang..Isz dan Shah lepak di Burger King, Shah Alam pula..sampai tertidur-tidur Isz..

Sangat terhibur melayan dua mamat tersebut walaupun masa sebenarnya banyak terbuang hanya di atas jalan T_T

Wednesday, June 2, 2010

Demam oh sakit kepala

Sudah lamaku tak mengalami demam..mungkin disebabkan kedegilanku untuk tidak memakai payung ketika hujan..balik makan bersama rakan lama..ditawar untuk tunggu sahaja di dalam kedai makan tersebut manakala beliau mengambil kereta..namun ku tetap berdegil mahu redah sahaja hujan lebat seiring dengan sambaran petir..nasib baik bahu tidak lagi terasa sakit, cuma rasa ngilu-ngilu..kalau dulu petir saja bahuku akan terasa sakit..selagi besi tak dikeluarkan dari bahu kanan ini sampai bila-bilalah macam ni T_T

Ibuku, adalah insan yang sangat risau bila I demam atau sakit..sebab I ada asthma..selalunya kalau I demam teruk mesti diserang asthma juga..seisi rumah akan berjaga-jaga kalau apa-apa jadi kepadaku..mumy akan tidur sebelahku..pernah terjadi satu ketika dulu diserang asthma jam 3pagi..kejutkan Princess malangnya dia tidur mati..miscalled mumy dan mumy lekas datang ke bilik tapi pintu pula dikunci..I dah lah tak boleh bangun..dah macam separuh mati..mumy ketuk pintu sampai nak pecah baru adikku itu bangun..terkejut tengok kakak dia~~

Mumy kata punca I demam ni
mungkin kerana hujan..dah tahu allergy hujan tapi degil tak nak pakai payung..padan muka diri sendiri..huhu~ tapi bagaimana pula sakit kepala yang teramat sangat ni?? Mungkin juga hujan..mungkin juga migrain sebab I ada history migrain tak lama dahulu..mungkin juga tekanan darah rendah..hampir satu keluarga mengalami tekanan darah rendah..darah rendah okeh, bukan darah tinggi..tapi yang pasti I sendiri pun tak pasti apa sebab sakit kepala ni?? Selagi tak jumpa doctor memang tak tahulah..hmm I hate to see doctor!!

Nak makan ubat?? Actually I ada history about taking pills ni..takut ter-overdos lagi..I hanya akan ambil ubat bila tersangat-sangat perlu sahaja..yeke aniesz??boleh percaya ke?? Hahaha~ okeh lah to be honest I ni bila stress je ambil ubat..konon nak bagi tenang tapi tak tenang juga..boleh tidur tapi bangun tak tenang juga..haish~selalu dimarahi oleh semua orang..pil dah kena rampas pun pergi beli balik..siapa yang rampas tu??dah lah mahal! Satu biji je dah berapa ringgit..wei!nak mati cepat ke aniesz makan those pills?? Tak ingat langsung orang tersayang..T_T ramai sayang saya eh?? Bila stress berani ambil ubat bukan2..bila betul2 sakit tahu pula takut..haish~

Seorang kenalan kata mungkin I kurang exercise..bukan kurang!tak buat pun..mungkin ada betul andaian beliau..cuba bangun dari katil setelah seharian terlantar..buat senaman ringan..mumy pula pesan siram air di kepala lama-lama..cuba cadangan mumy dan Alhamdulillah kurang sedikit sakit kepala..mana taknya nak dekat sejam duduk dalam shower..taknak lagi minum air akar kayu ginseng dari tabib cina..betul ke I sebut?? eww~pahit sungguh! Takpalah cuba cari alternatif lain selain makan ubat..minum air panas??yes!!itu juga terbaik..

Cuba untuk lawan sakit..enggan memberitahu HumptyDumptyku yang diriku sedang demam..walaupun ramai memaksa berbuat demikian namun ku tetap enggan kerana memikirkan dia sangat sibuk sekarang..banyak perkara dan masalah yang dia perlu fikirkan..tak mahu tambah beban dia lagi..

Tapi kepala jadi bertambah sakit pula bila anak-anak jiran datang ke rumah untuk tuition.mumy terlelap kepenatan di sofa..princess pula mood macam tak okeh..kanak2 tersebut dimarahi tak pasal2..I terasa serba salah pula melihat mereka..gagahkan diri juga untuk memantau mereka..cuba membantu mana yang termampu..nasib baik mereka faham melihat diriku sedang demam..semua duduk diam sahaja mengulangkaji pelajaran untuk paper esok..bagus kanak2~

Berdoa supaya demam dan sakit kepala cepat sembuh..banyak benda nak buat ni..