Saturday, June 5, 2010

3jam tak jumpa jalan!

Terima kasih tak terhingga kepada Izzuddin Najmi sebab sudi luang masa, datang dari jauh dengan tak tahu jalan, main redah saja..akhirnya jumpa juga rumah I eh??risau juga kalau-kalau beliau tak jumpa rumah..terima kasih kepada Shah juga kerana sudi temankan Isz..

Kehadiran beliau tanpa dirancang..Isz memang dah ada dekat Shah Alam..katanya siang mandi-manda di WetWorld..percaya sebab tengok muka dia dah ‘burn’..lepas tu Shah kutip Isz di Jusco Bukit Raja, lepak di rumah beliau..tuptaptuptap tiba-tiba nak bawa I keluar rumah..I cabar carilah rumah I sampai dapat dengan syarat I kena bagi full address..okehlah I tak sekejam mana..menghantar full address kepada beliau siap dengan landmark lagi..kalau tak jumpa juga tak tahulah..

Keadaan rumah agak kelam-kabut sebab siang mumy tiba-tiba nak buat mini party untuk baby ameer yang ke-10..HAPPY BIRTHDAY TO YOU, BABY~ baby telah dibawa menonton cerita Shrek..dia boleh tak tahu 5Jun hari ulangtahunnya sampailah baby di rumah baru dia sedar..thanks to kawan-kawan baby juga sebab memeriahkan suasana..

bersama anak2 jiran di baby's mini party


Okeh, back to Izzuddin’s..rezeki beliau dan Shah sebab datang kena pada harinya; banyak makanan..banyak ke??okehlah macaroni pie, nasi goreng, dan hershey’s chocolate cake..bertambah-tambah juga Isz dan Shah makan..hehe =) selesai makan sesi temubual dengan mumyku pula..Isz terserlah keramahannya sampai mumy pun seronok borak dengan beliau..Shah jadi pendiam pula sebab tak biasa dengan mumy mungkin..jam 11malam meminta izin dari mumyku untuk keluar bersama mereka..mumy izinkan dengan syarat jangan balik lewat sangat..awal pula I balik??

Destinasi pertama; I-City a.k.a Syurga Lampu..kepada sesiapa yang belum menjejaki I-City..baik pergi sebab terasa macam dekat Wonderland pula..dihujani dengan lampu-lampu berwarna-warni pelbagai jenis bentuk..meriah beb!! Cuma disebabkan kami datang pada malam minggu..traffic jam nak masuk I-City tak payah cakaplah..tujuan pengunjung datang ke situ hanya satu; bergambar! Dan mungkin juga masuk rumah salji..tapi kami tak masuk rumah salji semalam..mungkin dah tutup..sejam bergambar akhirnya kami keluar dan memikirkan destinasi seterusnya..I pass pada Shah, Shah pass pada I..nak pergi mana?? Akhirnya Shah buat keputusan untuk pusing-pusing Shah Alam dahulu meanwhile berfikir nak pergi mana..sebelum itu ada sesuatu untuk dikongsikan..I kepenatan berjalan sebab dua mamat tersebut parked kereta jauh! Adalah around 1km..betul tak u (Isz)?? Kalau ikut kejam I mahu saja suruh mereka dukung I..hahaha~

Mulanya mereka cadangkan mahu lalu rumah hantu..mulanya I fikir rumah hantu funfair ke??rupanya rumah tu memang rumah hantu..sebuah banglo kosong tepi jalan..cerita Seekers pernah buat penggambaran di situ..I berkeras tak mahu pergi walau hanya lalu sahaja..mereka hormat permintaan saya..terima kasih~ kami teruskan perjalanan..Isz tiba-tiba mahu berjumpa rakan lamanya di Wangsa Maju..okeh shoot! Tapi semua tak tahu jalan..pusing dataran merdeka berapa kali tak jumpa bulatan Pahang..sedih sungguh padahal selalu turun KL..itulah padahnya bila tahu duduk sebelah driver saja~ hampir 3jam kami pusing-pusing di sekitar dataran merdeka.. 'roger' orang sini sana..semua direction memeningkan akhirnya rakan Isz dari Selayang sanggup turun untuk lead kami..malu2 T_T

Am dah lead..dah okeh sampai Wangsa Maju..sesat lagi gara-gara nak jemput seorang lagi rakan di Seksyen 1..hidup kami memang betul-betul atas jalan T_T tiba-tiba teringat kisah Adillah..haha~ hanya mereka-mereka sahaja yang memahami..huhuhu~ akhirnya tiba juga kami di NZ Curry House..kenapa tempat tersebut jadi pilihan??selalunya happening tau tempat tu..ramai orang..entah kenapa malam minggu ni seakan-akan kena serang Garuda pula..abaikan sekeliling hanya tumpu kepada kami berlima..rancak semua berborak sampai kedai dah nak tutup..sampai tuan kedai yang datang di meja minta kami jelaskan bil..gerak jelah..

Jam sudah menunjukkan pukul 5pagi..Am meminta izin untuk gerak balik ke Selayang..seorang lagi rakan dihantar semula ke apartmentnya..dan tinggal kami bertiga;I, Isz dan Shah..mereka menghantarku pulang ke rumah..jam ketika itu hampir pukul 6pagi..khabarnya selepas menghantar I pulang..Isz dan Shah lepak di Burger King, Shah Alam pula..sampai tertidur-tidur Isz..

Sangat terhibur melayan dua mamat tersebut walaupun masa sebenarnya banyak terbuang hanya di atas jalan T_T

3 comments:

  1. Terima Kasih tak terhingga pada awak,mumy,princesz,adk,&baby...Firstly,Happy B'day to you,Baby..Terima Kasih kerana menyediakan makanan yang sedap2(macaroni pie,nasi goreng)...AnIesz,Thanx kerana sudi teman n melayan i..AnIesz,Nice to chat with Mummy,Princesz,adk&Baby....Thanx again kat u kerna memenuhkan tangki minyak subaru i eh..hehehe...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahaha~i nak naik subaru u lagi.. =)

    ReplyDelete