Wednesday, June 2, 2010

Demam oh sakit kepala

Sudah lamaku tak mengalami demam..mungkin disebabkan kedegilanku untuk tidak memakai payung ketika hujan..balik makan bersama rakan lama..ditawar untuk tunggu sahaja di dalam kedai makan tersebut manakala beliau mengambil kereta..namun ku tetap berdegil mahu redah sahaja hujan lebat seiring dengan sambaran petir..nasib baik bahu tidak lagi terasa sakit, cuma rasa ngilu-ngilu..kalau dulu petir saja bahuku akan terasa sakit..selagi besi tak dikeluarkan dari bahu kanan ini sampai bila-bilalah macam ni T_T

Ibuku, adalah insan yang sangat risau bila I demam atau sakit..sebab I ada asthma..selalunya kalau I demam teruk mesti diserang asthma juga..seisi rumah akan berjaga-jaga kalau apa-apa jadi kepadaku..mumy akan tidur sebelahku..pernah terjadi satu ketika dulu diserang asthma jam 3pagi..kejutkan Princess malangnya dia tidur mati..miscalled mumy dan mumy lekas datang ke bilik tapi pintu pula dikunci..I dah lah tak boleh bangun..dah macam separuh mati..mumy ketuk pintu sampai nak pecah baru adikku itu bangun..terkejut tengok kakak dia~~

Mumy kata punca I demam ni
mungkin kerana hujan..dah tahu allergy hujan tapi degil tak nak pakai payung..padan muka diri sendiri..huhu~ tapi bagaimana pula sakit kepala yang teramat sangat ni?? Mungkin juga hujan..mungkin juga migrain sebab I ada history migrain tak lama dahulu..mungkin juga tekanan darah rendah..hampir satu keluarga mengalami tekanan darah rendah..darah rendah okeh, bukan darah tinggi..tapi yang pasti I sendiri pun tak pasti apa sebab sakit kepala ni?? Selagi tak jumpa doctor memang tak tahulah..hmm I hate to see doctor!!

Nak makan ubat?? Actually I ada history about taking pills ni..takut ter-overdos lagi..I hanya akan ambil ubat bila tersangat-sangat perlu sahaja..yeke aniesz??boleh percaya ke?? Hahaha~ okeh lah to be honest I ni bila stress je ambil ubat..konon nak bagi tenang tapi tak tenang juga..boleh tidur tapi bangun tak tenang juga..haish~selalu dimarahi oleh semua orang..pil dah kena rampas pun pergi beli balik..siapa yang rampas tu??dah lah mahal! Satu biji je dah berapa ringgit..wei!nak mati cepat ke aniesz makan those pills?? Tak ingat langsung orang tersayang..T_T ramai sayang saya eh?? Bila stress berani ambil ubat bukan2..bila betul2 sakit tahu pula takut..haish~

Seorang kenalan kata mungkin I kurang exercise..bukan kurang!tak buat pun..mungkin ada betul andaian beliau..cuba bangun dari katil setelah seharian terlantar..buat senaman ringan..mumy pula pesan siram air di kepala lama-lama..cuba cadangan mumy dan Alhamdulillah kurang sedikit sakit kepala..mana taknya nak dekat sejam duduk dalam shower..taknak lagi minum air akar kayu ginseng dari tabib cina..betul ke I sebut?? eww~pahit sungguh! Takpalah cuba cari alternatif lain selain makan ubat..minum air panas??yes!!itu juga terbaik..

Cuba untuk lawan sakit..enggan memberitahu HumptyDumptyku yang diriku sedang demam..walaupun ramai memaksa berbuat demikian namun ku tetap enggan kerana memikirkan dia sangat sibuk sekarang..banyak perkara dan masalah yang dia perlu fikirkan..tak mahu tambah beban dia lagi..

Tapi kepala jadi bertambah sakit pula bila anak-anak jiran datang ke rumah untuk tuition.mumy terlelap kepenatan di sofa..princess pula mood macam tak okeh..kanak2 tersebut dimarahi tak pasal2..I terasa serba salah pula melihat mereka..gagahkan diri juga untuk memantau mereka..cuba membantu mana yang termampu..nasib baik mereka faham melihat diriku sedang demam..semua duduk diam sahaja mengulangkaji pelajaran untuk paper esok..bagus kanak2~

Berdoa supaya demam dan sakit kepala cepat sembuh..banyak benda nak buat ni..

No comments:

Post a Comment