Wednesday, June 16, 2010

Home Alone

Ditinggalkan bersendirian di rumah untuk 3hari..satu keluargaku pergi berkhemah di Gombak..berkhemah-lah sangat??tidur dalam chalet..I tidak mahu turut serta sebab dah tak berminat nak pergi camping2 ni..zaman sekolah dulu yalah..khabarnya antara aktiviti yang mereka lakukan di sana sepanjang 3hari tu termasuklah Paintball, Abseiling, dan Jungle Trekking if im not mistaken..

Mula ditinggalkan bersendirian pada jam 130petang, 14Jun-Isnin..siang masih okeh sebab terang benderang lagi..petang tu I tidur saja..kepenatan tolong siapkan baju-baju Adik&Baby..mereka yang nak pergi I yang siapkan baju?haish~okeh ikhlas tolong! Berjaga semula jam 6petang untuk tonton drama ShahJihan..so far tak pernah 'miss' cerita tu..best! belum pun pukul 7petang I dah tutup semua langsir dan pasang lampu-lampu penting di rumah; lampu dapur dan lampu koridor tepi rumah..keadaan seperti biasa cuma sudah mula rasa bosan tinggal bersendirian..cuba menyibukkan diri..mandi lama-lama..nyanyi kuat-kuat..kemas bilik tapi tak tahulah apa yang I kemas..huhuhu~

Diri semakin rasa tak tenteram bila sudah lewat malam..terbayang macam-macam perkara bukan-bukan..sudahnya hampir semua lampu dibuka; lampu semua bilik tidur, lampu ruang tamu atas dan bawah, lampu wet&dry kitchen..ambik!kalau lampu garaj dan lampu balkoni bilik mumy tak rosak mesti I on juga..pasti bil elektrik melambung bulan ni..hahaha~im sorry mumy!
Dah buka lampu,dah pasang TV kuat-kuat pun jiwa masih tak tenang..menghantar pesanan ringkas kepada rakan2ku..sampai tak sedar kredit dah nak habis..alamak!perlu berhenti SMS..risau jika sesuatu kecemasan berlaku I tak boleh hubungi sesiapa..sambil tonton TV kejap2 turun bawah check keliling rumah..sering rasa tak sedap hati..boleh kurus sebab asyik turun naik tangga..huhu~dah bosan tengok TV..mungkin juga TV pun dah bosan tengok I..haha~cuba untuk tidur..tak boleh tidur!walaupun dah guling2 banyak kali..penat saja yang dapat..seorang rakan call..syukur Alhamdulillah~hilang sikit rasa takut..selesai borak entah macam mana tertidur..ingat boleh tidur nyenyak sampai pagi..tak rupanya!kejap2 bangun..sudahnya dah Subuh baru dapat tidur dengan nyenyak..

Mendapat panggilan HumptyDumpty untuk datang ke rumah..memintanya supaya datang tengahari sebab baru saja dapat tidur dengan tenang..rayu dan rayu akhirnya HumptyDumptyku menghormatiku untuk datang tengahari..lega dapat tidur lama tanpa gangguan..jam 12tengahari HumptyDumpty tiba dan membawaku lunch di luar..memilih lokasi Food Court belakang rumah sahaja.. terlupa pesanan mumy supaya memberitahunya jika ada sesiapa mahu datang rumah..okeh~menghantar pesanan ringkas kepada beliau, “…...datang rumah tau!bawa anz pergi lunch!”..pada mulanya HumptyDumpty rancang untuk gerak dari Klang jam 4petang, takut terlewat masuk kerja..entah tiba-tiba beliau nak off pula hari tu…dalam fikirannya confirm sangkut di traffic jam baik di Klang mahu di KL, baik tak payah pergi kerja terus..HumptyDumptyku terus buat plan baru, mengajakku menonton wayang..yes dia belanja!

Memutuskan untuk menonton Karate Kid di Aeon Bukit Tinggi sahaja..paling dekat dengan rumah!kali ni tak berebut lagi nak tengok cerita apa..suka~bercadang untuk beli tiket jam 8malam or something tapi sesampai di kaunter hanya tinggal seat yang betul2 depan skrin..taknak!kami decide untuk beli ticket jam 11malam saja..memikirkan apa nak buat sementara tunggu jam 11malam sebab masa tu baru jam 8malam..pusing2 satu Aeon tiba2 HumptyDumptyku mencadangkan tengok bola dahulu dan makan!okeh~kami keluar dan tuju Bidayah Restaurant,Andalas..kedai makan tu pun famous kalau ada football match..skrin lagi besar dari Hakim Restaurant,Seksyen7..kami sekeluarga selalu makan di situ..selalunya breakfast lah..hingga staff di Bidayah dah kenal adik-beradik I except I sebab tak selalu ada..Baby selalu dapat gula-gula free..amboi!

Back to the story..I order Roti Telur Bawang sebab tengahari dah makan nasi..tak lapar sangat..HumptyDumpty??Dua keping Roti Canai plus seketul ayam goreng!wah3~ sambil makan sambil tonton bola..Portugal VS Ivory Coast..tengok suku masa pertama saja sebab perlu balik ke Aeon untuk Karate Kid! Khabarnya seri 1-1..okeh~Karate Kid is the best among the best movie in 2010 I ever watched!must watch!satu pawagam asyik tergelak tengok aksi Jaden Smith yang sangat comel tu..sampai boyfriend seorang awek sebelah I hentak2 kaki gara-gara tak boleh tahan gelak!relax bang!pertama kali juga melihat HumptyDumptyku betul2 terhibur..selalunya samada beliau takda perasaan takpun beliau kritik..tapi kali ni tak!asyik gelak je..suka tengok dia~

130pagi Karate Kid selesai..HumptyDumpty ajak bersiar-siar..pening memikirkan mana nak bawa pusing-pusing sekitar Klang&Shah Alam..takdalah Yang!membawanya lalu depan Istana Klang..so haunted!banyak I dengar cerita menakutkan berlaku di istana tersebut..cerita pegawai keselamatan nampak dayang-dayang berjalan-jalan di taman Istana lah..dan banyak lagilah..refuse to share more sebab sekarang pun dah naik bulu roma..mana lah tak haunted biarkan tak berpenghuni..bila ada majlis kerabat sahaja baru berpenghuni..HumptyDumptyku mengajakku pergi I-City..dah tutuplah!kasihan beliau dari hari tu ajak nak pergi I-City..tak sampai-sampai sampai sekarang..berapa banyak 'sampai' da??memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja..ajar HumptyDumpty jalan lain untuk ke rumahku untuk sekiranya nak elak traffic jam di Klang..beliau dah tahu sebenarnya cuma mahu membiasakan beliau..Singgah sebentar di McDonald..apa kena entah HumptyDumptyku offer Fries dan Icecream..terharu kejap sebab beliau ingat apa yang I suka..tapi I kenyang lah..lagipun tengah kesejukan lagi nak makan icecream??no thanks~sempat lagi HumptyDumptyku perli sebaris ayat dari blogku, “..kalau tak Mcnugets I makan Double Cheese Burger..”..wuaa T_T pedih sungguh!huhu~

Sebaik menghantarku pulang ke rumah HumptyDumptyku gerak pulang ke rumahnya jam 4pagi..oohh!konon2 nampak macam you balik kerja lah??hahaha~I tinggal seorang kembali di rumah..tiada lagi ketakutan..mungkin kerana kepenatan..tidur nyenyak di ruang tamu sampai tengahari..sambung tidur di bilik dan finally bangun yang sebetul-betul bangun jam 3petang..pening tidur lama sangat..huhu~sangat teruja..sesuai ke ayat tu??okehlah..sangat gembira keluar bersama HumptyDumptyku..takda gaduh2, takda tarik2 muka.. it was the most happiness we’d created!
Mumyku dan lain-lain tiba di rumah jam 7petang..terus dapatkan mumyku dan berkongsi cerita masing2..ceritaku ceritamu jua..hahaha~

No comments:

Post a Comment