Monday, June 7, 2010

Ragam HumptyDumptyku

Hampir mengamuk pada mulanya bila beliau membatalkan rancangan untuk membawaku keluar..alasannya kerana keletihan dan demam..baru cuba untuk menerima alasannya, tiba-tiba beliau menghubungiku untuk datang ke rumah..sedih bertukar kepada gembira sedikit..yelah dah lama kot tak jumpa beliau.. T_T Emakku juga sering bertanyakan khabarnya bila nak datang rumah..

Sesampai Humptydumptyku di rumah, melihatnya dari atas ke bawah..seperti yang dikhabarkan dalam telefon beliau hanya memakai shorts dan sandal Crocs, so tak boleh nak keluar jauh-jauh atau pergi ke tempat-tempat formal..ala =( takpalah asal dapat keluar bersamanya..beliau memutuskan untuk pergi MidValley sahaja..dalam fikiranku kenapa tak pergi Sunway Pyramid ke One Utama ke..lagi dekat kot! Takpalah biar beliau yang putuskan..dah bawa I keluar ni pun dah cukup baik =)

Berlaku perebutan semasa mahu membeli tiket wayang..I nak tengok Shrek, Humptydumpty nak tengok Killers..I nak juga tengok Killers tapi nak tengok Shrek dahulu..bila Humptydumptyku menonton sedutan Shrek di skrin beliau tergelak sendiri..kan dah kata Shrek best! Saja mengusik beliau seakan-akan Shrek..hahaha =p marah sungguh beliau! Okeh kami decide untuk menonton Shrek, ‘kalau sold out kita tengok Killers’ sesampai di kaunter dua-dua cerita tak boleh tengok..bukan kerana tiket ‘sold out’ tapi kerana hanya seat depan yang tinggal..lebih rela tak tengok dari kena mendongak duduk depan skrin..akhirnya akur untuk menonton Lagenda Budak Setan, yang sedang hangat diperkatakan di Facebook..

Dah dapat tiket wayang, temankan Humptydumptyku cari selipar..kedai pilihan; Tropicana Life! Macam I saja cara beliau shopping! Beli selipar saja pun ambil masa!hahaha~ Sementara menunggu masa untuk masuk ke pawagam,makan dulu! Membuat keputusan untuk makan di McDonald sahaja sebab paling dekat dengan pawagam..Meminta Humptydumpty membeli makanan manakala I jaga meja..agak sedih bila beliau tak ingat I suka makan apa..wuaa T_T kalau makan McD kalau I tak order McNugets I akan order Double Cheese Burger sahaja, sayang! Tapi selalunya Double Cheese Burger..dan tak lupa kegemaranku Fries cecah Chocolate Sundae! Nyum2~ memarahi Humptydumpty kerana tak ambil sos tomato..okeh beliau terpaksa bangun dari seat semula! Diperli pula oleh Humptydumptyku sebab makan lambat, ‘makan macam pengantin’..tidak mempedulikan kata-kata beliau..teruskan makan macam biasa~ tepat 7malam kami masuk ke pawagam..

I terima pendapat semua orang yang Lagenda Budak Setan memang best..I cuma tahu ketebalan novelnya tapi tidak pernah tahu tentang isi ceritanya..jarang sungguh nak tengok cerita melayu yang best! Tak tipu rasanya ramai juga yang menangis menonton cerita tersebut termasuk Humptydumptyku..hahaha -_- tapi beliau menafikannya..ala cover macho! Sedang semua orang khusyuk menghayati kesedihan cerita tersebut tiba-tiba ada suatu suara sumbang dari belakang pawagam..seorang perempuan tiba-tiba tergelak besar ‘kahkahkahkah’..wei apa kes?? Bukan sekali dia gelak tapi berulang kali..satu pawagam rasa macam nak ‘sepak’ saja perempuan tersebut..lucu dengan tawanya..

9malam cerita tamat..menghubungi semula Anna untuk menolak ajakan beliau dan teman lelakinya untuk lepak di PJ Hilton..terpaksa menolak kerana pada mulanya Humtydumptyku nak terus balik berehat tapi lepas beliau fikir-fikir nak join Anna, tak bawa kasut pula..takkan nak beli semata-mata?kalau I takpa lagi sebab kasut perempuan bawah RM50 senang nak cari..lelaki??jangan haraplah nak jumpa bawah RM50..Mencadangkan Humptydumpty untuk hantarku pulang sahaja sebab pada mulanya beliau kata beliau letih..tapi tiba-tiba tak mahu pulang pula..mengajakku untuk pergi I-City..hahaha~barangkali beliau cemburu malam semalamnya I diangkut oleh Isz dan Shah -_- ‘taknak pergi!’..hehehe~ okeh beliau memandu terus ke Andalas..

Menerima pesanan ringkas dari Princess mengirim Chicken Balls dan telur..nasib baik tak sampai rumah lagi..meminta Humptydumptyku membawaku ke Giant Hypermarket..ada seorang pakcik, I pun tak pasti siapa beliau..dari kami masuk ke Giant sampai keluar balik dia pandang kami atas bawah..apa yang tak kena??mungkin dia tertanya-tanya kami pasangan suami isteri ke tapi nampak muda pula..hahaha~ suka-suka buat andaian! Kebetulan pula di kawasan berdekatan ada FunFair pula..Humptydumptyku mahu singgah..okeh ikutkan sahaja..bertanyakan samada beliau mahu main..beliau tak mahu sebab takut..hahaha~ tahu pun..I ajak main di Cosmo World or Genting taknak..takut!sanggup jadi cameraman saja.. ada hati nak main permainan FunFair pula..hehe =p rasa lucu sebab jarang dengar lelaki takut main benda2 alah tu~

Jam 11 kami pulang ke rumah..Humptydumpty putuskan untuk berehat sebentar di rumahku..pening kepala katanya..melihat beliau tertidur di sofa I naik bilik sebentar untuk mandi..Princess memarahiku ‘bagilah dia air suam, hilang sikit peningnya’..okeh2..I terlupa air suam boleh kurangkan rasa pening~ selepas makan nasi goreng yang dimasak Princess, selepas melayan adik&baby..Humptydumptyku meminta izin untuk pulang sebab Isnin beliau kerja..

Terubat sedikit rindu akhirnya dapat juga jumpa Humptydumpty selepas pelbagai halangan perlu dilalui..tak tahulah bila lagi boleh jumpa beliau lagi lepas ni..



No comments:

Post a Comment