Sunday, July 25, 2010

one handphone is better than two

rata-rata sekarang dah macam compulsory ada dua handphone..konon satu untuk celcom..satu untuk maxis..padahal diri sendiri pun pakai dua juga..huhu~pernah jumpa a girl pakai TIGA handphone..mungkin satu lagi untuk digi..ada ke record lain sampai pegang empat handphone??kalau ada let me know ok~



tak kesahlah nak pakai berapa banyak handphone pun..tapi using lebih dari satu handphone mestilah bersebab kan??macam I main reason rata-rata kawan I pakai Maxis..family pakai Celcom..so untuk mudahkan I dan jimatkan credit juga credit mereka; I pakai dua handphone..


second main reason orang pakai handphone lebih satu ni, based on my research..diorang nak buat back up! kalau travel jauh ataupun keluar rumah untuk jangka masa yang lama..yang boleh buat batery handphone makin lama makin low then mati terus..gunanya handphone satu lagi tuh as back up lah..tak mungkinlah dua-dua handphone nak mati kan??tak tahulah kalau dia gayut dua-dua handphone~tak pun satu gayut satu main game..haish!



sangat tak boleh terima bila orang ada dua handphone tapi dua-dua tak boleh guna..alasan batery takda..dua-dua pun out?? ini adalah satu pengajaran bila keluar rumah silalah charge handphone anda awal-awal..tak dua-dua satu pun jadi..at least satu mati satu lagi ada..tak lah menyusahkan diri sendiri nak contact orang lain juga menyusahkan orang lain nak contact dia especially bila parents nak contact..cuba fikir kalau ada emergency ke yang memerlukan korang balik ke rumah??kan dah susahkan semua orang~



yang si girlfriend pasti dah 'panas' bila the whole day tak dapat contact boyfriend dia..mulalah fikir negatif..dia ni keluar dengan girl lain ke??dia ni dah tak nak kat kita ke??haish~yelah dua-dua handphone call tak dapat..satu hari suntuk pulak tuh..wahai boyfriend-boyfriend sekalian silalah aware dengan perkara macam ni sebab sometimes benda simple macam ni pun boleh jadi perang besar..simple ke kalau sehari suntuk si girlfriend tak dapat contact si boyfriend??huish! sangat serius~~



kepada pemilik-pemilik handphone lebih dari satu..silalah guna handphone anda sebaik-baiknya..ada handphone bukan untuk dibiar out of batery..kalau rasa nak keluar rumah dan balik lambat atau tak nak balik terus..silalah charge handphone tuh awal-awal..paling selamat bawak je charger tuh..bukan berat pun..kalau benda simple ni pun tak boleh buat baik pakai SATU handphone je..sekurang-kurangnya ada alasan kukuh bila semua orang tak dapat contact dia..




Saturday, July 24, 2010

perempuan-perempuan masuk kebun getah

difikir jungle trekking dekat-dekat UiTM..tengok-tengok dah sampai ke hujung kampung mana entah..masuk kebun-kebun getah orang..terpaksa berjalan 8km jauhnya..ini gara-gara terpaksa menghadiri Modul Part 4 lah ni..wajib ikut program Modul ni every semester..kalau tak tak boleh grad..

selalunya Modul pelajar akan duduk di kelas dibahagikan kumpulan-kumpulan..buat aktiviti dalam kelas je..dan dengar ceramah di dewan..tapi untuk Part 4 lain pula..kena jungle trekking pula..kelam kabut semua orang..tak pasal-pasal kena balik kampung halaman semata-mata ambil kasut sukan..konon dah takda kokurikulum dah tak perlu kasut sukan..haha~bapak skema panggil kokurikulum..Ko sudah!
hari dimulakan dengan berkumpul di Dewan Sri Peria..satu-satu kumpulan dilepaskan..ada 9 checkpoints perlu dihabiskan..I was in Group 11..pada mulanya risau takda kawan yang kenal langsung..dah masuk dalam group then jumpa college-mate..hehe~Cik CT Wawa yang comel lagi ayu..Cik Azureen sepatutnya group dengan I juga tapi dia tak datang..khabarnya pergi konsert Yuna!ceh! sanggup delay modul ke semester depan..kalau I tak sanggup..

Cik Ct Wawa

cuba bayangkan berjalan sejauh 8km tapi ada 9 checkpoints je??jarak antara checkpoints bapak jauh..setiap checkpoints ada ujian-ujiannya..

Checkpoints:

Pertama: Dari DSP berjalan lalu kolej Siswa; Sempana Riau dan Taming Sari..juga lalu dua kolej Siswi; Nilam yang tak siap-siap dan Baiduri..

Kedua: Soalan tentang UiTM termasuk nama naib canselor UiTM yang baru..nama pengarah baru UiTM Segamat..nama library Shah Alam..visi dan misi UiTM..ada berapa cawangan UiTM di seluruh Malaysia..dan banyak lagi..ternyata pelajar UiTM hanya sekadar nama 'pelajar UiTM'..bila ditanya pasal UiTM semua garu kepala..'title' naib canselor pun salah!haish~

Ketiga: Main Sudoku..hahaha~jelas group I bukan dari golongan pakar matematik..main hentam je..asal kotak-kotak Sudoku tuh berisi..
Keempat: selesaikan teka-teki..teka-teki luar biasa dari kami pernah jumpa..untuk jimatkan masa kami jawab ikut logik je..salah satu teka teki yang I ingat; bila kita pegang dia mati..bila lepaskan dia hidup tapi lama-lama dia mati..apa benda tuh?? pening-pening~~lagi satu; kuda bertukar jadi ayam..tikus bertukar jadi ayam..ayam bertukar jadi apa??jawablah kalau tahu..
Kelima: ujian berpasangan..2pasangan dipilih..setiap seorang diikat tali pada tangan kemudian disimpul dengan tali pasangannya..ujiannya,setiap orang perlu lepaskan diri masing-masing tanpa tali terlepas dari tangan..faham tak??buat-buat faham jelah..yang pasti group I memang tak lepas..sampai dah berpusing-pusing badan..

Keenam: Hias 5 model menggunakan flora-flora di kawasan sekitar..I dan Cik Ct Wawa antara model yang volunteer diri..nak tunggu orang lain sampai sudah pun tak gerak kot..huhu~~setiap ahli wajib make-up..guna tanah merah okeh! T_T



behind; the two kings of 11's..dan nampak rambutku dihias-hias daun hijau..eheh~



Ketujuh: Sudoku lagi! tapi agak ringkas dan senang berbanding sebelum ni..siap sebelum masa tamat!yes! dan kena nyanyi lagu Raya untuk fasilitator..puasa pun belum!

Kelapan: Selesaikan Silang Kata..tak silap I ada 100 soalan kena selesaikan tapi kami sempat habiskan 1/4 saja sebab masa diberi cuma 3minit..

Pause! eheh~ada selingan sebentar sebelum sampai checkpoint terakhir..sedang berjalan plus perut tengah lapar..tiba-tiba kelihatan satu pokok rambutan..banyak betul buah rambutan plus merah-merah..nak petik pokok tuh milik orang..team-mates I hanya mampu menjerit saja tengok pokok rambutam tuh..dan tiba-tiba...muncul seorang makcik offer buah rambutan tuh..apa lagi berlari semua budak-budak tu..lagi semangat si satu-satunya dua jejaka dalam group I..bukan saja rambutan..makcik tu siap bagi satu plastik buah langsat!berbaloi budak-budak tu jerit..sekurang-kurangnya dah teralas perut budak-budak tu..kembali bersemangat berjalan ke checkpoint terakhir..

sempat lagi budak-budak ni melantak buah rambutan~


Kesembilan: Ujian Kerohanian aka bab agama..ada sepuluh kesemuanya..dan I tak jawab satu pun..duduk di hujung menanti jawapan dari mereka yang lain..ternyata Ilmu agama I sangat lemah..antaranya soalan yang diajukan; lawan sifat nabi (menyampaikan)??..nak dalam bahasa Arab..rukun tayamum ada berapa?maksud sifat Allah-Qidam..eh betul ke??correct me if I am wrong! dan lain-lain lagi..group I berjaya jawab 8 betul dari 10..okehlah tu..

Group kami tamatkan ekspedisi jam 1230 tengahari; seperti dijangka! terus balik bilik..perlu rehat secukupnya untuk ceramah 3jam pula..singgah Unimart beli Ribena dan dadih untuk alas perut..perut kosong tak boleh tidur~

Ceramah petang yang agak membosankan..bukan agak tapi memang bosan! nak tidur tak boleh sebab I duduk tepi..kalau duduk tengah pun penceramah boleh nampak..sudahnya ambil handphone dan on Facebook! berbalas-balas comment dengan budak-budak dalam dewan tu juga..melepaskan rasa ketidakpuashatian dengar ceramah waktu tengahari yang sepatutnya diisi dengan TIDUR! kalau penceramah dapat tahu dirinya dikata-kata pasti budak-budak ni kena panggil! silap-silap kena repeat modul! oh tidak~~


Alangkah bahagianya bila modul tamat..cepat-cepat keluar dewan pergi dining hall beli nasi ayam..tambah ayam goreng satu! haha~lapar sangat! yeah2~lepas ni dah takda apa yang boleh mengganggu hari mingguku..

Wednesday, July 21, 2010

mangsa buli

sebaik selesai kelas jam 4petang, singgah kafe untuk minum petang bersama Noor Adillah.. I order Laksa..terpikat dengan kepekatan kuahnya..Dilla order Nasi Lemak sebab tengahari beliau tak ambil lunch..duduk makan berdua sambil menonton TV cerita melayu..agak lama tak duduk lepak di cafe sambil tengok TV..selalunya beli bawa balik bilik..lagi selesa sebab boleh duduk dan gelak sesuka hati..huhu~~
baru mula makan kelihatan Yunee dan Mimie baru tiba di kafe..mengajak mereka duduk semeja..Mimie order sama dengan I..Yunee order Soto..macam biasa bila dah nama perempuan-perempuan berkumpul pasti ada cerita ingin dikongsi..samalah istilah mengumpat..kihkihkih~
seorang demi seorang mangsa dipetik..haish! jangan contohi perbuatan perempuan-perempuan ini.. takda faedah! lagi tambah dosa! huhuhu~
selesai makan teruskan gosip lagi..yunee bangun dari tempat duduknya..beli jeruk..I pun tak pasti jeruk apa..di'offer' tapi pada mulanya I tolak sebab pernah ada sejarah semester lepas..I semput lepas makan jeruk pemberian seorang senior..kelam kabut semua orang..hahaha~
Sebaik I menjelaskan kepada Mimie kenapa I tak boleh makan jeruk..Mimie terus gelakkan I..
"muka cantik tapi semput??"..mereka tambah gelak lagi..perh!tersentuh kejap.. Dilla tambah lagi, "kalau dalam club tengah-tengah menari semput macam mana??".. mereka berganda-ganda gelak.. wuaa T_T
weyh.. I cuma tak boleh makan jeruk yang rasanya betul-betul tajam tu je..jeruk yang Yunee beli tu okeh lagi..untuk membuktikan yang I okeh I try jeruk tu..okeh je..padahal sampai bilik dah rasa mengah dah..kalau mengah mendaki sampai tingkat 3 ni lain..bila sampai bilik dah okeh dah..tapi kalau mengah sebab makan jeruk ni I dapat beza..
tak tahulah kenapa I tak boleh makan jeruk dan segala jeruk-jeruk yang adalah kat Malaysia ni..nak makan boleh tapi kena tanggung akibatnya lah..kalau tak setakat sakit dada..paling teruk batuk then tak boleh bernafas seperti biasa..sobb2 T_T sudahnya kena sedut oksigen..adui! I hate it!
haha~sebenarnya purpose entry ni nak cerita pasal I jadi mangsa buli Dilla, Yunee dan Mimie..dah terpesong pula sampai antara penyakit yang I ada..huhu~nampak je sihat walafiat..tapi dalam macam-macam penyakit..yang pelik I ada Asthma tapi I still boleh lari sini sana..still boleh wakil UiTM Johor untuk 4*100m dan Lompat Jauh ..bukan nak show off tapi nak berkongsi cerita..pelik kan??tapi at last tarik diri gara-gara nak balik rumah juga..
takpalah I tak ambil hati pun mereka gelakkan I..dah lama tak rasa happy moment macam tu dengan mereka..dalam hati; siaplah korang..akan ku cari points nak bahan korang balik! *grrrr**

Tuesday, July 20, 2010

Si Mata Merah dan Si Mata Besar



rindu mereka.. Si White & Big Eyes..bukan Icez ye En. Izzuddin..hee~~

yang putih lagi suci tu White..masa awal kedatangannya White sangat putih tapi sejak dah berkawan dengan kucing-kucing di kawasan perumahan yang selalu melawatnya di rumah..White jadi kurang putih..huhu~dulu White gemok..sekarang dah slim sikit..mungkin kerana dah makin remaja dan mahu maintain slim serta nampak cantik..macam saya!hahaha~banyak kucing gemar melawat White di rumah..mungkin kerana terpukau dengan kecantikan dan kegebuan White@Si Mata Merah..hmm jealous ni.




Hampir setahun menatang White bagai minyak yang penuh..cehceh..padahal selalu buli dia..baru berapa minggu I daftar semester baru I dikhabarkan oleh Mumyto yang White dah ada teman..dalam kepalaku hanya fikir kucing sebab kucing-kucing je yang suka kat dia..balik je I ke rumah terus tuju belakang rumah..terpukau kejap melihat arnab baru merangkap teman baru White..teman ke boyfriend??hahaha~



Arnab tersebut sangat lain dari arnab-arnab yang I pernah lihat sebelum ni..bulunya lain dari biasa..matanya juga luar biasa dari biasa..first impression bila I tengok dia.. "dia pakai eyeliner!"..mumy pun tergelak..haha~yela..keliling mata dia hitam macam pakai eyeliner pula..dah lah mata besar..kalah mata Princess..hehe~so adik-adikku namakannya Big Eyes..ditanya dari mana dapat Big Eyes??seperti juga White..ada orang yang murah hati berikan pada kami sekeluarga minta kami teruskan jaga..eleh~padahal memang tak larat nak jaga kan??hahaha~


Actually, arnab paling senang nak jaga sebab kos pun kurang dan tak bising walau dia lapar macam mana sekalipun..arnab makan sayur je..kami sekeluarga memang makan sayur..so takda masalah..sayur kami sayur rabbit juga..hehe~bising pun tak bising..White dan Big Eyes ni sangat manja..lagi-lagi White yang dah lama dengan kami..panggil je White pasti datang..tapi agak sakit hati sedikit sebab White suka berlakon tak sedarkan diri..baring kaku orang fikir dia pengsan..sabar jela!!saja je nak perhatian..ceh!


Big Eyes lasak sikit..jantan la konon!pegang sikit dia lompat..Big Eyes jugalah yang ajar White lompat sini sana..lari depan belakang..chop!rabbit boleh lari ke??lebih kurang jela.tapi sangat lucu bila mereka berjalan dalam rumah..berjalan??tak kesahla..pasti mereka asyik tergelincir sebab lantai licin..hahaha~suka buli!!hmm..anyway rindu kat arnab-arnabku..lagi rindu rabbit dari boyfriend..haha~pasti hubby-ku jealous!kihkihkih~~wek!

Masih rindu akan kucing-kucingku yang mati kerana virus kucing yang merebak di kawasan perumahan setahun yang lepas..dalam kenangan; Jackpot, Cleo, dan si cantik Dolce.. juga hamster-hamsterku laki bini Kiko dan Kiki yang mati lemas gara-gara kepanasan ditinggalkan dalam kereta..bukan salah I..salah mereka yang pergi Bukit Bendera, Pulau Pinang lepas tu tinggalkan hamster dalam kereta..

Paling tak dilupakan Si Jelita Momoe a.k.a kura-kura ku merangkap haiwan peliharaanku yang pertama..terpaksa lepaskan Momoe ke Tasik Shah Alam selepas dua tahun bela..Pak Long cakap tak baik sebab tempat sebenar kura-kura kat kolam besar bukan akuarium..dia tak bebas!baik..dengan berat hati lepaskan juga..menangis-nangis I nak lepaskan Momoe..minta-minta takda lagi orang minta lepaskan arnab-arnabku..taknak!!








Sunday, July 11, 2010

The Game is Over!

Tak pernah dalam sejarah hidupku dipermainkan oleh seorang insan bernama 'lelaki'..flashback zaman ketidakmatanganku, putus cinta dengan seorang lelaki pun kerana salah faham..atau kami rasa hubungan kami tak boleh pergi jauh..so break-off jalan penyelesaian..tidak kali ni..cuba mencari cinta baru untuk lupakan kisah lama..mengharap hubungan kali ni menjadi tapi lain pula yang jadi.. T_T
DIA sendiri memintaku bersabar..diri ini terpaksa sembunyi status demi kebaikan DIA bukan untuk kebaikan diriku..
DIA sendiri memintaku untuk bertahan dengannya sementara DIA sedang menghadapi cabaran hidup..cuba untuk bertahan walaupun perit..
DIA sendiri yang merayu kepadaku untuk teruskan hubungan kami tika aku hampir-hampir 'fed up'..memintanya untuk kembali kepada status 'kawan' tapi DIA sendiri enggan..
DIA sendiri memintaku supaya memahami situasinya..rasanya aku dah cukup faham situasinya..
Sebagai balasan, memintanya untuk memahami diriku juga..hanya meminta hak supaya dilayan sebaik-baik teman wanita..juga sebaik-baik perempuan..tapi DIA buat ke???mungkin DIA rasa DIA dah lakukan semua..tapi tak 'fair' macammana aku kena hadapi masalah-masalahnya..
Hatiku sering berkata yang DIA bukan jodohku..hatinya bukan untukku tapi insan lain..aku tak percaya!!aku tetap tegas dan percaya yang DIA sentiasa pegang akan janji-janji manisnya..walaupun semakin hari ku lihat dirinya semakin berubah..aku tetap fikir positif..
Tiba 10Julai2010..beberapa minit sebelum jam 12malam..segalanya terbongkar..aku jadi tak sedap hati; kenapa 'call' dari hari semalam tak berjawab..'message' tak balas..memang Tuhan nak tunjuk malam tu yang pilihannya bukan aku tapi insan lain..memang Tuhan dah bagi petunjuk dari awal supaya aku curi-curi ambil nombor telefon gadis tersebut dari awal hubungan kami..tak pernah terfikir aku nak serang gadis tersebut..hanya ambil untuk suka-suka..bila dah jadi macam ni memaksa diriku membuat sesuatu di luar fikiranku..
Tanpa fikir panjang terus menghubungi gadis tersebut..berlakon sebagai salah seorang kenalan DIA yang konon wakil rakan-rakan lain yang juga sibuk mencarinya..tersentap diri ini bila gadis tersebut mengaku yang DIA sedang bersamanya..hatiku masih enggan terima kenyataan tersebut..terus-menerus hubungi DIA dan akhirnya DIA mengaku..
Mungkin kerana menjangkakan perkara ini akan terjadi..aku tak menangis sehingga DIA terus-menerus menghentamku baru keluar air mataku..kesal dengan apa yang berlaku..kesal dengan diriku sendiri kerana terlalu percaya janji-janji manis lelaki..takpalah perkara-perkara macam ni beri kita pengalaman..perkara-perkara macam ni buat kita jadi lebih matang..perkara-perkara macam ni buat kita lebih berhati-hati..
Apa yang penting sekarang;perlu teruskan hidup memandangkan jauh lagi perjalananku..sangat bagus bila kita ada ramai kawan sebab bila dah jadi macam ni ramai akan sokong diriku..akan ku cari keadilan untuk diriku atas sikapmu kepadaku..
To him: Atas sokongan kawan-kawan, I tak akan berdiam diri selagi I tak dapat hak yang sepatutnya I dapat..tolong bagi kerjasama kalau tak nak perkara buruk jadi..
(hope he will read this)

Saturday, July 10, 2010

menggigil-gigil

kalau orang menggigil kerana kesejukan..I menggigil kerana kelaparan..tu lah berlagak taknak makan malam..sudahnya badan macam nak melayang T_T
nak kata tak lunch..Ive taken my lunch that day..I ambil kuantiti nasi luar biasa dari biasa..lauk sampai tiga!kalau bekas makanan tu besar mungkin tambah satu lauk lagi..huh!tamak!cukup tiga lauk sahaja..tuhan benci orang yang membazir!okeh tiga lauk untuk RM6.90..what??mahalnya..ayam goreng plus sayur campur-campur plus begedil..juga kerepek ubi..macam tak munasabah saja harga dibayar..dahlah tak habis!membazir!
sebab lunch dah makan banyak so I decided taknak makan malam..padahal malas nak turun cafe..jauh!bilik nun di kayangan ..cafe nun di kaki bukit..haha~kaki bukit ke??memandangkan badan dah makin berat liat sungguh mahu turun ke bawah..kalau ada sistem E-Learn maksudnya kelas online lah..pasti I jadi orang pertama yang daftar..haha~~
Sendirian di bilik memaksa diri untuk lock pintu 24hours..sampai orang datang ketuk pintu bilik pun tak dihirau..sampai terlepas orang datang jual sandwich T_T takpalah..kebosanan duduk lama-lama dalam bilik memaksa diri lagi untuk tidur awal..before tidur solat Isyak dulu!beranikan diri pergi toilet seorang diri..balik bilik pakai telekong baru berdiri atas sejadah tiba-tiba badan rasa nak tumbang..cuba gagahkan diri..lepas rukuk bangun nak tumbang lagi..bertahan lagi sampai sujud..bangun untuk duduk antara dua sujud..kali ni memang betul-betul nak tumbang!badan I terus jatuh ke kiri..perh!nasib baik tangan kiri sempat tahan kat lantai so I tak jatuh baring terus..
terpaksa membatalkan niat untuk terus sembahyang memandangkan I tak boleh bertahan..tanggal telekong duduk di sisi katil..melayan kepala yang sedang berpusing-pusing..letih memikir apa sebab jadi macam ni??cuba baring kemudian bangun semula rasa nak tumbang balik..badan dah rasa menggigil semacam..menghantar pesanan ringkas kepada Isz supaya menghubungi I jika ada kelapangan sebab I tak boleh nak tidur..cepat-cepat Isz call..mengadu kepada beliau akan situasiku..Isz kata sebab I tak makan..I argued sebab I tak skip lunch..beliau kata mungkin I tak makan on time..
im wondering kenapa I jadi macam tu..tumbang sebab tak makan??sebelum ni selalu je I tak makan malam..tak tumbang pun~mungkin betul kata Isz yang I makan tak on time..okeh! cuba buat-buat tidur..kali ni kepala I betul-betul berat..tak boleh jadi..gagahkan diri untuk bangun..berjalan ke water dispenser ambil air panas..dan buat air milo mocha..dua cawan milo mocha untuk satu malam sahaja!kalau tak cukup juga tak tahulah..okeh badan mula rasa okeh dan dapat tidur dengan nyenyak..
sebaik bangun dari tidur..kepala masih rasa pusing-pusing..mungkin kesan dari semalam..gagahkan diri lagi untuk bangun..haha~entry kali ni banyak betul guna ayat gagahkan diri..hehehe=) cepat-cepat pergi mandi..siap-siap terus pergi cafe beli lunch..kali ni ambil dua lauk sahaja..takut tak habis lagi..ayam masak merah dan sayur kailan..juga sedikit kuah masak lemak..memutuskan untuk makan di bilik sahaja..baru berapa suap makan tiba-tiba tekak rasa lain macam..nak termuntah!stop kejap makan..dah okeh sambung balik makan..again rasa nak muntah lagi..terbantut I nak habiskan makan..
what happen to me??bila tak makan badan tumbang..dah makan nak muntah pula..sedih T_T mungkin kerana perut I kosong tiba-tiba masuk makanan berat plus ada kuah lemak pula..tu buat I rasa nak muntah..mungkin~itu pendapat Isz.. Diela pula kata mungkin I tengah stress..huh??dah pula...siang ni mungkin takkan buat kerja apa-apa sebab tangan masih menggigil..nak tulis tak boleh..typing boleh..hehe~
Pengajaran di sini..do not skip your meal..makan tepat pada masanya..supaya badan tak dapat susah..orang lain pun tak susah..HATI..hee =)

Friday, July 9, 2010

ba.wau.ra.ya.nga


baru seminggu di segamat dah rasa bosan..wuaa T_T rata-rata girlfriend I semua pergi dating..Dila pergi Kuantan..Eryn balik Pontian jumpa hubbynya juga..Daya tak balik tapi confirm pergi dating juga..tinggallah seorang diri di Kolej Si Manja Kini nie..kolej untuk perempuan-perempuan yang manja-manja sahaja..haha..annoying sungguh!


ramai suruh saya balik rumah..letih juga memikir nak balik tak..tapi finally I decided taknak balik..memikir banyak assignment nak buat..kalau balik rumah confirm tak sentuh!bawaklah banyak mana buku pun..pasti tak siap juga!buat berat beg je angkut banyak2 buku..lagi memikirkan mumyto dan adik2 pasti bosan tengok muka I..baru tak jumpa seminggu..perasaan rindu pun mungkin belum wujud lagi..mungkin yang hanya rindu kat I; White@rabbitku.. sebab I seorang saja yang rajin bagi dia makan..rajin borak-borak dengan dia..entah White faham tak???


Jumaat; hari jadi tak tentu arah..bila ada kelas hari jumaat merungut..bila dah takda kelas..kekusutan tak tahu nak buat apa..sengaja bangun lewat..bukan ada kelas nak bangun awal-awal..bukan kena buat kerja rumah pun; basuh baju or kemas rumah..tapi bila matahari dah makin terpacak dah tak boleh nak tidur lagi..mandi-mandi then pergi lunch..seorang diri!okeh!tak peduli sebab lagi peduli perut yang tengah lapar!dari lunch semalam tak makan..sengaja taknak lunch hari semalam sebab dah breakfast berat..ingatkan nak makan malam je..planned dengan boy-friends tapi last minute cancelled!so the whole day Ive just ate Chicken Nuggets and kueh apa entah nama dia..Dilla suka makan..I pun jadi suka~last-last tertidur so terlupa dah rasa lapar..

muka kebosanan..tangkap gambar sorang-sorang

lunch hari ni konon nak makan banyak tapi semua lauk tak menarik perhatian..I took ayam goreng plus sayur campur-campur plus begedil..nasi ambil banyak tapi tak habis pun..sebenarnya memang eating habit jarang habiskan makanan..huhu..lepas tuh kena marah sobsob T_T dah habis makan baru start buat assigment..mulakan subjek Costing..ada 3past semester kena siapkan..baru buat 1semester guling atas katil..lepas tu sambung balik buat second semester..lepas tu guling balik..adui..hidupku asyik guling-guling je..berat badan naik bising!tapi diri sendiri yang cari masalah!haish~


nak siapkan costing saja ambil masa berjam-jam..guling lagi banyak dari duduk fokus buat kerja..haish~maghrib je terus mandi..takut mandi lambat-lambat..takut takda orang..masuk bilik make sure lock pintu!tak layan pun orang-orang yang datang ketuk pintu..tapi menyesal sekali pergi ignore si gadis ketuk pintu yang jual sandwich..kalau tak boleh makan tengah-tengah bosan..so malam ni tak makan lagi..


nak online lama-lama pun takda mood sebab WiFi slow sangat..buka lappy update facebook update blog terus off!nak main game pun jadi malas..lepas ni guling-guling lagi..sampai tidur!tidur lagi!cepatlah esok sebab Dilla balik dah..takkan nak lama-lama dating!nak siapkan assigment sama-sama beliau..tak faham!padahal malas nak buat sorang-sorang..haha!


menanti siapalah nak call saya teman saya malam ni..hehe =)

Monday, July 5, 2010

Kota Riang Ria

Genting Highlands..a place full of joy..meminta izin dari HumptyDumptyku dulu tapi tak sempat cakap apa2 beliau sudah pun tahu..dari mana lagi kalau bukan facebook..beliau dapat tahu dari wall posted by daya..Perancangan asal antara I, Isz, Daya and Shahir..tetapi tiba2 Daya menghubungiku bahawa beliau dan shahir tidak dapat turut serta..khabarnya ada kenduri kesyukuran sempena meraikan kakak daya yang baru hamil..Alhamdulillah~berbincang dengan Isz samada mahu meneruskan perancangan ataupun tidak..Isz tetap mahu naik ke Genting..excited sungguh beliau..okeh!
Tak sempat 'book' tiket jadi kami plan untuk beli on the spot saja..berjanji untuk berjumpa Isz di KL Sentral jam 8pagi..konon nak beli tiket jam 9pagi..dalam perjalanan ke KL dapat panggilan dari Isz yang tiket tinggal jam 12 sahaja..what??jam berapa pula I nak turun dari Genting?Setibanya I di KL Sentral, kami decide untuk naik cab sahaja..itupun sebab ada lagi 2penumpang lain..2+2=4..hehe~so kami hanya bayar RM25 seorang..kalau tak RM50 seorang!sakitnya!kiranya kos sebenar naik ke Genting by cab RM100 la..actually kalau beli yang pakej lagi murah plus jimat..tiket pergi balik+tiket outdoor baru RM42 tak silap..ini adalah pengajaran kepada semua supaya 'book' tiket awal2 tak kiralah weekdays ke weekend..okeh?
Sangat teruja sesampai di Genting Theme Park Entrance..tidak mungkin akan rasa bosan naik ke Genting walau berapa banyak kali..percayalah!haha~itu kalau I lah..okeh ke kaunter beli 2tickets for adults; RM38 per person..lagi pengajaran di sini supaya buka sampul dulu dan check any offers..tak macam I dan Isz..mungkin terlalu teruja sampai tak perasan dalam sampul ada banyak offers included vouchers, discounts and free tickets!menyesal2 T_T tapi tak boleh buat apa..kami sedar pun bila dalam bas nak balik KL dah..huhu~okeh back to the story..cuaca agak baik..tak sejuk sangat macam dulu2..siap boleh berlagak pakai singlet saja..haha~terkena batang hidung sendiri..Isz lagi berlagak tak bawa sweater langsung!hehe~rambang mata kami sampai tak tahu nak mula main apa dulu..main tangkap2 gambar dulu..hehe~I love menangkap dan ditangkap gambar!padan muka sesiapa yang kene jadi cameraman I..
Tak semua permainan kami dapat main sebab sebaik tengahari hujan mula turun..antaranya ialah Solero dan Flying Dragon..ala hujan dah berhenti pun tak sempat main Solero sebab ramai sangat..lagi challenging permainan tuh lagi ramai orang nak main eh..pelik2..main paling tak mencabar; Go-Kart..nak race pun takda hati sebab paling laju pun rasanya 60km/j..haish!hujan makin lebat..makin sejuk sampai ke leher..nasib baik sweaterku tutup leher..Isz bertahan dengan tshirtnya..konon ibunya dah biasakan beliau dengan freezer masa baby2 dulu..hohahaha~tak boleh terima!
Tiba lunch hour..makan!Isz cadangkan Burger King tapi McDonald juga menjadi pilihanku..menu biasa; set Double Cheese Burger dan juga Sundae!habis makan jalan2 sekitar Genting Walk sambil window shopping..cuci mata..haha~next kami pilih untuk main Archery..dah banyak kali main pun I tak pro lagi..tapi nasib baik kali ni takdalah tersasar ke tempat Isz..tersasar pun masih di tempat sendiri..hehehe~juga melawat DinasourLand..boleh lihat banyak dinasour tipu..haha~bagi ikan makan juga..banyak ikan plus gemok2..melawat ular sakit..ular pun sakit eh?macam mana nak tahu ular tu dijangkiti selsema?I pun tak tahu..hanya yang pakar saja tahu..tengok Iguana yang comel..geram tengok dia buat muka selamba -_-
Hujan makin lebat..banyak permainan terpaksa ditutup kejap..kami putuskan untuk lepak minum Hot Chocolate di Cafe sambil borak sambil dengar lagu sambil 'usha' orang juga..haha~jalan2 di Bazaar..Isz belanja 2pasang Earings..thank you,dear!temankan Isz main tangkap Itik..kalau bertuah dapat bear..tapi tak bertuah pun..habis duit adalah..beli 2kotak rokok pun lepas..haish!takpalah takda rezeki..Isz mengajakku masuk Haunted House..mulanya takut tapi setelah dipujuk2 akhirnya ikutkan saja Isz..mungkin terlalu ghairah nak masuk Haunted House sampai tak tengok jam..tengok2 tak sempat masuk takut tertinggal bas jam 7petang..akhirnya kami buat keputusan untuk main permainan lain menggantikan tiket Haunted House tersebut..yes!hehe~on the way ke Terminal Bus isz tiba2 nak print gambar pula..tak menyempat2..sudahnya gambar tercicir tengah jalan..what??dahlah ada gambar I..I dah ketakutan..Isz asked me to think positive..Isz kata kalau orang nak buat jahat mereka perlukan full capture!nasib baik gambar yang Isz print tu half saja..lega sikit..
ngam2 kami tiba di Terminal Bus..naik2 bas ada minah Indon pula ambil seat kami..panggil saja pegawai selesaikan masalah..we won!akhirnya dapat seat kami yang sepatutnya..tertidur I dalam bas walaupun tak nyenyak..keletihan!sampai di KL Sentral sempat lagi window shopping..sempat I grab kemeja putih..tapi sekarang I da bagi pada rakan lepas tengok beliau macam nak sangat..takpalah balik KL nanti I beli lain..I pulang ke Klang dengan Komuter macam I datang while Isz was picked by his friends..
It was a wonderful day even though perancangan tak berjalan seperti dirancang..kalau pergi berempat seperti dirancang pasti lagi happening!anyway we're still enjoyed the moment..rasa macam nak ajak HumptyDumptyku pula lepas ni..kelemahan beliau main benda2 alah tu..hahaha(gelak jahat)..yes!