Sunday, July 11, 2010

The Game is Over!

Tak pernah dalam sejarah hidupku dipermainkan oleh seorang insan bernama 'lelaki'..flashback zaman ketidakmatanganku, putus cinta dengan seorang lelaki pun kerana salah faham..atau kami rasa hubungan kami tak boleh pergi jauh..so break-off jalan penyelesaian..tidak kali ni..cuba mencari cinta baru untuk lupakan kisah lama..mengharap hubungan kali ni menjadi tapi lain pula yang jadi.. T_T
DIA sendiri memintaku bersabar..diri ini terpaksa sembunyi status demi kebaikan DIA bukan untuk kebaikan diriku..
DIA sendiri memintaku untuk bertahan dengannya sementara DIA sedang menghadapi cabaran hidup..cuba untuk bertahan walaupun perit..
DIA sendiri yang merayu kepadaku untuk teruskan hubungan kami tika aku hampir-hampir 'fed up'..memintanya untuk kembali kepada status 'kawan' tapi DIA sendiri enggan..
DIA sendiri memintaku supaya memahami situasinya..rasanya aku dah cukup faham situasinya..
Sebagai balasan, memintanya untuk memahami diriku juga..hanya meminta hak supaya dilayan sebaik-baik teman wanita..juga sebaik-baik perempuan..tapi DIA buat ke???mungkin DIA rasa DIA dah lakukan semua..tapi tak 'fair' macammana aku kena hadapi masalah-masalahnya..
Hatiku sering berkata yang DIA bukan jodohku..hatinya bukan untukku tapi insan lain..aku tak percaya!!aku tetap tegas dan percaya yang DIA sentiasa pegang akan janji-janji manisnya..walaupun semakin hari ku lihat dirinya semakin berubah..aku tetap fikir positif..
Tiba 10Julai2010..beberapa minit sebelum jam 12malam..segalanya terbongkar..aku jadi tak sedap hati; kenapa 'call' dari hari semalam tak berjawab..'message' tak balas..memang Tuhan nak tunjuk malam tu yang pilihannya bukan aku tapi insan lain..memang Tuhan dah bagi petunjuk dari awal supaya aku curi-curi ambil nombor telefon gadis tersebut dari awal hubungan kami..tak pernah terfikir aku nak serang gadis tersebut..hanya ambil untuk suka-suka..bila dah jadi macam ni memaksa diriku membuat sesuatu di luar fikiranku..
Tanpa fikir panjang terus menghubungi gadis tersebut..berlakon sebagai salah seorang kenalan DIA yang konon wakil rakan-rakan lain yang juga sibuk mencarinya..tersentap diri ini bila gadis tersebut mengaku yang DIA sedang bersamanya..hatiku masih enggan terima kenyataan tersebut..terus-menerus hubungi DIA dan akhirnya DIA mengaku..
Mungkin kerana menjangkakan perkara ini akan terjadi..aku tak menangis sehingga DIA terus-menerus menghentamku baru keluar air mataku..kesal dengan apa yang berlaku..kesal dengan diriku sendiri kerana terlalu percaya janji-janji manis lelaki..takpalah perkara-perkara macam ni beri kita pengalaman..perkara-perkara macam ni buat kita jadi lebih matang..perkara-perkara macam ni buat kita lebih berhati-hati..
Apa yang penting sekarang;perlu teruskan hidup memandangkan jauh lagi perjalananku..sangat bagus bila kita ada ramai kawan sebab bila dah jadi macam ni ramai akan sokong diriku..akan ku cari keadilan untuk diriku atas sikapmu kepadaku..
To him: Atas sokongan kawan-kawan, I tak akan berdiam diri selagi I tak dapat hak yang sepatutnya I dapat..tolong bagi kerjasama kalau tak nak perkara buruk jadi..
(hope he will read this)

No comments:

Post a Comment