Wednesday, July 21, 2010

mangsa buli

sebaik selesai kelas jam 4petang, singgah kafe untuk minum petang bersama Noor Adillah.. I order Laksa..terpikat dengan kepekatan kuahnya..Dilla order Nasi Lemak sebab tengahari beliau tak ambil lunch..duduk makan berdua sambil menonton TV cerita melayu..agak lama tak duduk lepak di cafe sambil tengok TV..selalunya beli bawa balik bilik..lagi selesa sebab boleh duduk dan gelak sesuka hati..huhu~~
baru mula makan kelihatan Yunee dan Mimie baru tiba di kafe..mengajak mereka duduk semeja..Mimie order sama dengan I..Yunee order Soto..macam biasa bila dah nama perempuan-perempuan berkumpul pasti ada cerita ingin dikongsi..samalah istilah mengumpat..kihkihkih~
seorang demi seorang mangsa dipetik..haish! jangan contohi perbuatan perempuan-perempuan ini.. takda faedah! lagi tambah dosa! huhuhu~
selesai makan teruskan gosip lagi..yunee bangun dari tempat duduknya..beli jeruk..I pun tak pasti jeruk apa..di'offer' tapi pada mulanya I tolak sebab pernah ada sejarah semester lepas..I semput lepas makan jeruk pemberian seorang senior..kelam kabut semua orang..hahaha~
Sebaik I menjelaskan kepada Mimie kenapa I tak boleh makan jeruk..Mimie terus gelakkan I..
"muka cantik tapi semput??"..mereka tambah gelak lagi..perh!tersentuh kejap.. Dilla tambah lagi, "kalau dalam club tengah-tengah menari semput macam mana??".. mereka berganda-ganda gelak.. wuaa T_T
weyh.. I cuma tak boleh makan jeruk yang rasanya betul-betul tajam tu je..jeruk yang Yunee beli tu okeh lagi..untuk membuktikan yang I okeh I try jeruk tu..okeh je..padahal sampai bilik dah rasa mengah dah..kalau mengah mendaki sampai tingkat 3 ni lain..bila sampai bilik dah okeh dah..tapi kalau mengah sebab makan jeruk ni I dapat beza..
tak tahulah kenapa I tak boleh makan jeruk dan segala jeruk-jeruk yang adalah kat Malaysia ni..nak makan boleh tapi kena tanggung akibatnya lah..kalau tak setakat sakit dada..paling teruk batuk then tak boleh bernafas seperti biasa..sobb2 T_T sudahnya kena sedut oksigen..adui! I hate it!
haha~sebenarnya purpose entry ni nak cerita pasal I jadi mangsa buli Dilla, Yunee dan Mimie..dah terpesong pula sampai antara penyakit yang I ada..huhu~nampak je sihat walafiat..tapi dalam macam-macam penyakit..yang pelik I ada Asthma tapi I still boleh lari sini sana..still boleh wakil UiTM Johor untuk 4*100m dan Lompat Jauh ..bukan nak show off tapi nak berkongsi cerita..pelik kan??tapi at last tarik diri gara-gara nak balik rumah juga..
takpalah I tak ambil hati pun mereka gelakkan I..dah lama tak rasa happy moment macam tu dengan mereka..dalam hati; siaplah korang..akan ku cari points nak bahan korang balik! *grrrr**

2 comments: