Saturday, July 10, 2010

menggigil-gigil

kalau orang menggigil kerana kesejukan..I menggigil kerana kelaparan..tu lah berlagak taknak makan malam..sudahnya badan macam nak melayang T_T
nak kata tak lunch..Ive taken my lunch that day..I ambil kuantiti nasi luar biasa dari biasa..lauk sampai tiga!kalau bekas makanan tu besar mungkin tambah satu lauk lagi..huh!tamak!cukup tiga lauk sahaja..tuhan benci orang yang membazir!okeh tiga lauk untuk RM6.90..what??mahalnya..ayam goreng plus sayur campur-campur plus begedil..juga kerepek ubi..macam tak munasabah saja harga dibayar..dahlah tak habis!membazir!
sebab lunch dah makan banyak so I decided taknak makan malam..padahal malas nak turun cafe..jauh!bilik nun di kayangan ..cafe nun di kaki bukit..haha~kaki bukit ke??memandangkan badan dah makin berat liat sungguh mahu turun ke bawah..kalau ada sistem E-Learn maksudnya kelas online lah..pasti I jadi orang pertama yang daftar..haha~~
Sendirian di bilik memaksa diri untuk lock pintu 24hours..sampai orang datang ketuk pintu bilik pun tak dihirau..sampai terlepas orang datang jual sandwich T_T takpalah..kebosanan duduk lama-lama dalam bilik memaksa diri lagi untuk tidur awal..before tidur solat Isyak dulu!beranikan diri pergi toilet seorang diri..balik bilik pakai telekong baru berdiri atas sejadah tiba-tiba badan rasa nak tumbang..cuba gagahkan diri..lepas rukuk bangun nak tumbang lagi..bertahan lagi sampai sujud..bangun untuk duduk antara dua sujud..kali ni memang betul-betul nak tumbang!badan I terus jatuh ke kiri..perh!nasib baik tangan kiri sempat tahan kat lantai so I tak jatuh baring terus..
terpaksa membatalkan niat untuk terus sembahyang memandangkan I tak boleh bertahan..tanggal telekong duduk di sisi katil..melayan kepala yang sedang berpusing-pusing..letih memikir apa sebab jadi macam ni??cuba baring kemudian bangun semula rasa nak tumbang balik..badan dah rasa menggigil semacam..menghantar pesanan ringkas kepada Isz supaya menghubungi I jika ada kelapangan sebab I tak boleh nak tidur..cepat-cepat Isz call..mengadu kepada beliau akan situasiku..Isz kata sebab I tak makan..I argued sebab I tak skip lunch..beliau kata mungkin I tak makan on time..
im wondering kenapa I jadi macam tu..tumbang sebab tak makan??sebelum ni selalu je I tak makan malam..tak tumbang pun~mungkin betul kata Isz yang I makan tak on time..okeh! cuba buat-buat tidur..kali ni kepala I betul-betul berat..tak boleh jadi..gagahkan diri untuk bangun..berjalan ke water dispenser ambil air panas..dan buat air milo mocha..dua cawan milo mocha untuk satu malam sahaja!kalau tak cukup juga tak tahulah..okeh badan mula rasa okeh dan dapat tidur dengan nyenyak..
sebaik bangun dari tidur..kepala masih rasa pusing-pusing..mungkin kesan dari semalam..gagahkan diri lagi untuk bangun..haha~entry kali ni banyak betul guna ayat gagahkan diri..hehehe=) cepat-cepat pergi mandi..siap-siap terus pergi cafe beli lunch..kali ni ambil dua lauk sahaja..takut tak habis lagi..ayam masak merah dan sayur kailan..juga sedikit kuah masak lemak..memutuskan untuk makan di bilik sahaja..baru berapa suap makan tiba-tiba tekak rasa lain macam..nak termuntah!stop kejap makan..dah okeh sambung balik makan..again rasa nak muntah lagi..terbantut I nak habiskan makan..
what happen to me??bila tak makan badan tumbang..dah makan nak muntah pula..sedih T_T mungkin kerana perut I kosong tiba-tiba masuk makanan berat plus ada kuah lemak pula..tu buat I rasa nak muntah..mungkin~itu pendapat Isz.. Diela pula kata mungkin I tengah stress..huh??dah pula...siang ni mungkin takkan buat kerja apa-apa sebab tangan masih menggigil..nak tulis tak boleh..typing boleh..hehe~
Pengajaran di sini..do not skip your meal..makan tepat pada masanya..supaya badan tak dapat susah..orang lain pun tak susah..HATI..hee =)

No comments:

Post a Comment