Saturday, July 24, 2010

perempuan-perempuan masuk kebun getah

difikir jungle trekking dekat-dekat UiTM..tengok-tengok dah sampai ke hujung kampung mana entah..masuk kebun-kebun getah orang..terpaksa berjalan 8km jauhnya..ini gara-gara terpaksa menghadiri Modul Part 4 lah ni..wajib ikut program Modul ni every semester..kalau tak tak boleh grad..

selalunya Modul pelajar akan duduk di kelas dibahagikan kumpulan-kumpulan..buat aktiviti dalam kelas je..dan dengar ceramah di dewan..tapi untuk Part 4 lain pula..kena jungle trekking pula..kelam kabut semua orang..tak pasal-pasal kena balik kampung halaman semata-mata ambil kasut sukan..konon dah takda kokurikulum dah tak perlu kasut sukan..haha~bapak skema panggil kokurikulum..Ko sudah!
hari dimulakan dengan berkumpul di Dewan Sri Peria..satu-satu kumpulan dilepaskan..ada 9 checkpoints perlu dihabiskan..I was in Group 11..pada mulanya risau takda kawan yang kenal langsung..dah masuk dalam group then jumpa college-mate..hehe~Cik CT Wawa yang comel lagi ayu..Cik Azureen sepatutnya group dengan I juga tapi dia tak datang..khabarnya pergi konsert Yuna!ceh! sanggup delay modul ke semester depan..kalau I tak sanggup..

Cik Ct Wawa

cuba bayangkan berjalan sejauh 8km tapi ada 9 checkpoints je??jarak antara checkpoints bapak jauh..setiap checkpoints ada ujian-ujiannya..

Checkpoints:

Pertama: Dari DSP berjalan lalu kolej Siswa; Sempana Riau dan Taming Sari..juga lalu dua kolej Siswi; Nilam yang tak siap-siap dan Baiduri..

Kedua: Soalan tentang UiTM termasuk nama naib canselor UiTM yang baru..nama pengarah baru UiTM Segamat..nama library Shah Alam..visi dan misi UiTM..ada berapa cawangan UiTM di seluruh Malaysia..dan banyak lagi..ternyata pelajar UiTM hanya sekadar nama 'pelajar UiTM'..bila ditanya pasal UiTM semua garu kepala..'title' naib canselor pun salah!haish~

Ketiga: Main Sudoku..hahaha~jelas group I bukan dari golongan pakar matematik..main hentam je..asal kotak-kotak Sudoku tuh berisi..
Keempat: selesaikan teka-teki..teka-teki luar biasa dari kami pernah jumpa..untuk jimatkan masa kami jawab ikut logik je..salah satu teka teki yang I ingat; bila kita pegang dia mati..bila lepaskan dia hidup tapi lama-lama dia mati..apa benda tuh?? pening-pening~~lagi satu; kuda bertukar jadi ayam..tikus bertukar jadi ayam..ayam bertukar jadi apa??jawablah kalau tahu..
Kelima: ujian berpasangan..2pasangan dipilih..setiap seorang diikat tali pada tangan kemudian disimpul dengan tali pasangannya..ujiannya,setiap orang perlu lepaskan diri masing-masing tanpa tali terlepas dari tangan..faham tak??buat-buat faham jelah..yang pasti group I memang tak lepas..sampai dah berpusing-pusing badan..

Keenam: Hias 5 model menggunakan flora-flora di kawasan sekitar..I dan Cik Ct Wawa antara model yang volunteer diri..nak tunggu orang lain sampai sudah pun tak gerak kot..huhu~~setiap ahli wajib make-up..guna tanah merah okeh! T_T



behind; the two kings of 11's..dan nampak rambutku dihias-hias daun hijau..eheh~



Ketujuh: Sudoku lagi! tapi agak ringkas dan senang berbanding sebelum ni..siap sebelum masa tamat!yes! dan kena nyanyi lagu Raya untuk fasilitator..puasa pun belum!

Kelapan: Selesaikan Silang Kata..tak silap I ada 100 soalan kena selesaikan tapi kami sempat habiskan 1/4 saja sebab masa diberi cuma 3minit..

Pause! eheh~ada selingan sebentar sebelum sampai checkpoint terakhir..sedang berjalan plus perut tengah lapar..tiba-tiba kelihatan satu pokok rambutan..banyak betul buah rambutan plus merah-merah..nak petik pokok tuh milik orang..team-mates I hanya mampu menjerit saja tengok pokok rambutam tuh..dan tiba-tiba...muncul seorang makcik offer buah rambutan tuh..apa lagi berlari semua budak-budak tu..lagi semangat si satu-satunya dua jejaka dalam group I..bukan saja rambutan..makcik tu siap bagi satu plastik buah langsat!berbaloi budak-budak tu jerit..sekurang-kurangnya dah teralas perut budak-budak tu..kembali bersemangat berjalan ke checkpoint terakhir..

sempat lagi budak-budak ni melantak buah rambutan~


Kesembilan: Ujian Kerohanian aka bab agama..ada sepuluh kesemuanya..dan I tak jawab satu pun..duduk di hujung menanti jawapan dari mereka yang lain..ternyata Ilmu agama I sangat lemah..antaranya soalan yang diajukan; lawan sifat nabi (menyampaikan)??..nak dalam bahasa Arab..rukun tayamum ada berapa?maksud sifat Allah-Qidam..eh betul ke??correct me if I am wrong! dan lain-lain lagi..group I berjaya jawab 8 betul dari 10..okehlah tu..

Group kami tamatkan ekspedisi jam 1230 tengahari; seperti dijangka! terus balik bilik..perlu rehat secukupnya untuk ceramah 3jam pula..singgah Unimart beli Ribena dan dadih untuk alas perut..perut kosong tak boleh tidur~

Ceramah petang yang agak membosankan..bukan agak tapi memang bosan! nak tidur tak boleh sebab I duduk tepi..kalau duduk tengah pun penceramah boleh nampak..sudahnya ambil handphone dan on Facebook! berbalas-balas comment dengan budak-budak dalam dewan tu juga..melepaskan rasa ketidakpuashatian dengar ceramah waktu tengahari yang sepatutnya diisi dengan TIDUR! kalau penceramah dapat tahu dirinya dikata-kata pasti budak-budak ni kena panggil! silap-silap kena repeat modul! oh tidak~~


Alangkah bahagianya bila modul tamat..cepat-cepat keluar dewan pergi dining hall beli nasi ayam..tambah ayam goreng satu! haha~lapar sangat! yeah2~lepas ni dah takda apa yang boleh mengganggu hari mingguku..

No comments:

Post a Comment