Monday, August 23, 2010

tetiba teringat..

entah kenapa semenjak dua menjak ni teringat dia..siapa dia??dia pernah jadi milik I one time ago..sekarang dah jadi sejarah. semua atas silap besar I.tak tahu apa yang I tak puas hati lagi sampai tersilap langkah terlajak kata..and finally we're break-off! dia orang pertama yang berani tegur I pakai macam ni pakai macam tuh behave macam ni behave macam tuh.dua tahun bersamanya adalah satu jangka masa yang agak lama okeh. dia dah cukup kenal I and I pun dah cukup kenal dia.mungkin juga kerana dah cukup kenal jodoh perkenalan kami sampai situ je??mungkin kerana dah cukup kenal kami rasa kami tak sehaluan??mungkin sebab itu juga kami terpaksa putuskan hubungan,walaupun pernah cuba untuk bersama lagi tapi gagal juga.dengar-dengar dia pun dah ada orang baru.harap-harap itulah jodohnya.tak sanggup nak dengar dia kecewa lagi macam dia kecewa dengan I dulu.I do apologize T_T berharap dia dapat kebahagiaan yang dia patut dapat.I'll always miss him~he'll be in my book always and forever~

Saturday, August 21, 2010

nak kawen,boleh??

hahaha~bila umur dah makin meningkat nih..meningkat tak semestinya tua okeh??perasaan nak naik pelamin..pakai gaun lawa-lawa atau dalam erti kata lain; KAHWIN makin menjadi-jadi..makin menjadi bila ramai rakan sebaya dah jadi bini orang dah pun..dua orang kenalan dah ada baby..bahagianya :) bila pulak turn saya??


Maka nak dijadikan cerita, dah mula pasang angan-angan nak wedding yang cam mana..nak gaun design yang camni..nak wedding cake yang camtu..huhuhu~makcik nih dah berangan terlebih dah..payah-payah -_-



first for most, mestilah cincin..love this diamond-ring; simple but nice~




lawa giler gaun nih! symbol of elegance_


nak kek camni boleh?? pastu nak roses kat keliling kek kawen saya nanti..hee ;)

bilalah boleh pakai all these things??tak lama lagi..aminnnn~doakan saya dapat jodoh yang baik, and live happily ever after..eh??hee ;)

Friday, August 20, 2010

penatnya!!!

this week is the most stressful week to me and my friends especially for Part4 DIA.we have to sit for common tests, and presentations!started with LAW presentation on Monday, followed by roleplay regarding to problems in a workplace, and the most stressful moment would be the common tests!
we've just finished Costing paper today, and 3papers will be completed by tomorrow! 8-10am Accounting Information System (AIS), 10-12pm Macroeconomics, and last would be Financial Accounting (FAR250) at
2-4pm..arghhhh!!!!



okeh tonight kena pegang buku saja.no facebook no blogging no ym!!

Monday, August 16, 2010

3 kali tukar train!

Sedih tak dapat buka puasa hari pertama dengan keluarga..nekad hari kedua kena usaha jugak nak sampai rumah sebelum azan Maghrib..prefer naik train sebenarnya; lagi selesa dengan seat yang empuk, sejuk, ada TV plasma, ada toilet, dan yang penting; ada cafe bila tiba-tiba sejuk dah tahap beku boleh pergi beli hot milo..
Tapi train ke KL cuma available jam 5petang..jam berapa I nak sampai rumah?akhirnya akur ambik bas saja jam 230petang..nasib baik perjalanan berjalan lancar..bas cepat ekspres cepat seperti namanya..tak buat hal..sampai KL tepat pada masa; 530petang.
sesampai Bukit Jalil dah mula kusut..kat mana nak ambik LRT?hubungi Daya..beliau kata turun-turun bas dah nampak stesen LRT..I dengan lurusnya pusing 360darjah cari mana stesen LRT..okeh belakang bas I turun tadi..satu masalah lagi nak lintas jalan..banyaknya kereta! baiklah ikut orang lain lintas jalan~~
berdiri depan kaunter LRT blur kejap nak ambik tiket ke mana nih? flashback apa Daya pesan; ambik LRT ke Masjid Jamek.dah beli tiket blur lagi bila tak tahu nak pergi platform mana.berdiri tengah-tengah antara dua escalator.hubungi Izzuddin then beliau jawab, "jangan berat mulut boleh tak?pergi tanya orang"..baiklah tapi tak pergi pun..hubungi Daya lagi.Daya kata tuju platform yang ramai orang tuju.okeh naik escalator belah kiri sebab paling ramai orang tuju..dah rasa selamat sikit bila dah naik LRT..
dah sampai Masjid Jamek macam Daya kata turun-turun terus ambik Putra LRT ke KL Central..tapi I turun-turun tak nampak pun Stesen Putra. Hubung Daya lagi buat kali ketiga.Tengok keliling ada tak Burger King.takda pun!.."nampak tak orang ramai-ramai lintas jalan tuju satu tempat?ikut diorang"..okeh nampak dan dengan lurus lagi ikutlah orang-orang tuh lintas jalan sampai diorang masuk Stesen Putra.
Dah sampai Stesen Putra pun masalah lagi.kali ni tak tahu nak naik atas ke turun.hubungi Daya lagi buat kali keempat.pasti Daya fikir kusut sungguh I.selalu jalan KL tapi tak tahu stesen-stesen LRT&Putra.tulah manja sangat nak berhantar berambik je.dah takda orang nak ambik baru menggelabah.okeh Daya suruh turun escalator.
Finally, I berjaya sampai KL Central.dah sampai KL Central dah tak kusut dah.KL Central I expert.ceh!berlagak~pernah satu hari Izzuddin suruh tunggu kat sekian-sekian entrance tapi tak jumpa!expert lah konon~dah sambung; tukar train terakhir Komuter straight to Klang.akhirnya sampai juga rumah walaupun lambat beberapa minit orang dah start buka..letih sangat sebab tak pernah dalam satu hari dalam masa 2jam je tukar sampai 3 train..

Friday, August 13, 2010

First Ramadhan at Muar


mula-mula macam nak sedih dah terpaksa berbuka puasa sendiri-sendiri kat UiTM tuh.dengan Dilla kata first Ramadhan bazar tak buka lagi..telefon mumy macam nak meraung dah.telefon Izzuddin terus meraung T_T tiba-tiba dapat ajakan dari Anne untuk buka puasa hari pertama kat rumah beliau di Muar.I terus kata okeh!laju je~~


Turut serta trip ke Muar; Dilla si comel, Daya budak kecik, Eryn si slim, Hal yang memang banyak hal, dan semestinya tuan rumah; Anne.Hari pertama puasa,Lagi setengah jam before 12pm kami gerak ke Muar dengan bas.pertama kali naik bas ke Muar dengan kawan-kawan pula tuh.so exciting :) kerja membuli Hal yang sangat banyak hal.Dilla si ketua pembuli.




ketua pembuli; Dilla in red dan Daya (asal pakai tudung?hahaha~saja je nak dengki Daya)


okeh lepas satu jam setengah sampai di Muar.daddy Anne jemput kami di stesen Muar.balik rumah jumpa mama Anne,solat Zohor terus cabut keluar.kami shopping selendang di Muar.serius I cakap lawa-lawa selendang kat Muar plus murah pula tuh.I je beli tiga jenis.Daya pun tiga.Eryn paling banyak borong.I siap kena perli 'you ni beli banyak-banyak macam pakai je?'..eh confirmlah pakai.kalau tak pakai kat kepala boleh buat gantung kat leher.selesai shopping selendang kami pergi Giant Muar.macam Muar je ada Giant kan?kusut budak-budak ni.takpalah beli sekali keperluan-keperluan kat kolej.dan akhir destinasi paling penting; Bazar Ramadhan.Anne bawa kami ke bazar paling besar,paling banyak gerai,paling banyak makanan,dan paling penting paling banyak orang.sesak nafas I last-last keluar bazar tak beli apa-apa pun,,



Tuan rumah; Anne bertudung pink (ayu je keluar UiTM..ceh!) dan Eryn si manis purple ;)





konon nak pakai tudung for the whole Ramadhan..kononlah tapi first day dah failed..huhu~sebelah; Hal si macam-macam hal..


Mama Anne buat Roasted Chicken.sedap plus unik cara masak dia.ayam seekor diletak atas tray then simbah dengan planta sikit, perencah kurma, kentang, tomato dan main ingredient; roti yang dah dihancur-hancur, so bila dah masak kuah dia looked-like chicken gravy.sangat likat.I nak take photo tapi takut pulak family Anne cakap apa bawak handphone kat meja makan.lagi Auntie serves mihun goreng and bubur jagung;I most like!


Malam kami study FAR250 sama-sama sebab esok pagi-pagi dah kena balik Segamat untuk kuiz.habis kuiz FAR250 pergi kelas BEL312 then terus shoot balik KL.penat gila wehh the whole day..nanti nak story-mory I balik KL sorang-sorang pulak..lagi kusut!

Saturday, August 7, 2010

jangan gaduhlah!


I tak faham betul kenapa semua masalah..eh bukan semua tapi most of the problems mesti diakhiri dengan gaduh??why..and why??itu tanda dah makin tak faham dengan sikap budak-budak sekarang yang tahu nak gaduh je T_T

tak boleh ke satu-satu masalah tuh di'settle cara baik..bak kata Izzuddin 'table-talk'..duduk satu meja selesaikan..bagi peluang kat semua orang luahkan apa yang tak puas hati..dan yang paling penting cari jalan penyelesaian..bukannya dah panas dengar sipulan-sipulan defend dirinya lepas tuh korang pun bangun nak gaduh..tak sabar betul!! kesian kat orang yang datang nak settle cara baik tuh last-last dapat sebijik!

lagi I tak faham kenapa wujudnya gaduh-gaduh ni??kerana mulut tersalah cakap pun boleh timbulkan gaduh kan??pelik-pelik..lainlah kalau engkau kacau bini orang silaplah lelaki dia nak diam..kalau lelaki dia diam..hmmm must be something wrong~~

we as human kenalah ikut peraturan hidup..jangan ingat duduk atas jalan je kena ikut peraturan jalanraya..Tuhan pun tak suka kita gaduh-gaduh ni..sebab bila gaduh akan terjadinya pecah-belah..bila dah pecah-belah maksudnya takda unite..kalau masyarakat tak unite macam mana nak bangunkan satu-satu institusi??betul tak??...entah apa I bebel ni...ye kan jelah!!

cuba jadi macam I takda pun nak gaduh-gaduh..hehe~gaduh perang mulut tuh biasalah..kalau tak takdalah I lahir as perempuan..at least perempuan-perempuan macam I takdalah sampai naik tangan kaki bila tak puas hati dengan orang..boys should be like girls!!macam band Boys like Girls..cuba tanya diorang kenapa boleh pilih nama tuh untuk band diorang..mungkin sebab diorang suka cara girls face dengan masalah-masalah hidup..hahaha~sukahati je=p contohi benda-benda macam ni takpa bukan contohi in a way of dressing or else okeh??you know what I mean~~

dah-dah tak moh gaduh-gaduh dah eh..weee ;)

PEACE NO WAR!



Friday, August 6, 2010

saya tak suka ini

mungkin bila orang baca entri ni makin ramai tak suka saya..makin ramai nak jauhkan diri dari saya..mungkin akan ada ramai yang fikir saya seorang yang sangat 'demand'..mungkin juga ada yang fikir saya berlagak 'high-class'..okeh sebelum apa-apa saya terima seadanya..


I am 22 dan dah kenal macam-macam orang macam-macam ragam..I pernah rasa putus cinta..I pernah rasa ditipu..I pernah rasa dipermainkan..but I took those experiences as a lesson..Those experiences actually built myself up..so, to GIRLS especially,boys pun boleh; just be careful! below got something that I want to share..something that I dislike perhaps hate too..something that I dont want it happens to other people..


First; I hate those yang bangga dengan perkara tak elok yang dia buat..for example; perlu ke cerita kat semua orang yang you tuh 'kaki club'??kalau setakat nak cerita kat kawan-kawan baik I think it is still okeh..ini tak baru kenal orang tuh baru jumpa sekali engkau dah cerita yang engkau 'kaki club'..adui~lagi those yang bangga dia 'drunker'..do you know what I mean??pergi hypermarket lalu kat tempat jual alcoholic drinks boleh terkinja-kinja depan tuh..what the...???pergi one event ambik gambar pegang botol arak lepas tuh post kat facebook..boleh tak I nak cakap diorang ni 'bodoh'??!!


Second; I hate orang yang berlagak banyak duit tapi tak pun sebenarnya..engkau nak bangga income engkau sebulan lebih 5k..duduk condominium..beli kereta untuk family sampai berapa-berapa bijik..wehh silaplah nak show off kalau duit rokok pun aku payung..bawak perempuan keluar pun pakai kereta orang..kata beli kereta untuk family lebih sebijik takkan biarkan diri sendiri takda transport??lepas tu pinjam kereta boyfriend perempuan yang dia bawak keluar tuh..malulah beb!! konon nak tackle memang tak dapatlah!



Third; I tak suka orang yang terlampau fikir nak enjoy..alasannya masih muda..I dont deny sometimes we need some entertainment..tapi takdalah sampai tiap-tiap hari..macam dah jadi compulsory lepas habis kerja je kena keluar lepak..lagi bengang bila kita tegur dia jawab " I lelaki takkan nak duduk rumah je"..okeh ni fokus untuk lelaki..habis kalau you dah kahwin nanti macam ni jugaklah..balik kerja terus cabut keluar or come to worst habis kerja terus tuju tempat lepak instead of balik rumah..you nak kata bila dah kahwin nanti you dah lain??kalau you dah biasakan diri macam ni I believe sampai dah kahwin pun you buat macam ni..dalam kepala fikir nak lepak je..


Forth; I tak suka those yang spend duit dia lebih dari apa yang dia ada..eh macam mana nak spend duit lebih dari own saving??jawapannya berhutanglah!haish~plan ini plan itu tapi duit tak cukup..disebabkan nak jugak semua plan dia jalan,,sanggup berhutang..bila ditegur alasan duit boleh cari yang penting kepuasan..aduhai~semua orang memang nak cari kepuasan untuk diri sendiri tapi kenalah berpada dan ikut kemampuan diri sendiri..kalau you tu Bill Gates ke Donald Trumph ke lainlah cerita..nak buat apa semua jalan..ini tak..dapat duit disalah guna lepas tuh diri sendiri sakit..serve your right!


Fifth; I tak suka orang yang banyak cakap tapi satu pun tak jalan..plan itu plan ini tapi sampai sudah tak gerak..konon plan nak pergi Singapore siap plan nak pergi berdua je..tapi sampai sekarang tak dengar pape..lagi teruk dia terus senyap! ini adalah satu pengajaran tak salah nak buat planning tapi berpada..do not be too excited! kalau rasa plan nak pergi lama lagi janganlah buat plan lebih-lebih..relax sudah! kumpul duit dulu sampai dah confirm nak pergi baru buat exact plan..ni tak kesian kat pasangan dia last-last angan-angan musnah! bak kata Izzuddin, cakap nak lebat! hahaha~dah terikut dia dah..


Sixth; I tak suka orang layan orang sekeliling dia setaraf macam dia..orang tahu you kaya..you come from rich family tapi janganlah fikir semua orang macam you..duduk rumah sewa tapi nak rumah tu complete dengan facilities..kalau duduk ramai-ramai bolehlah..ni kalau setakat duduk berdua sakitlah member sorang lagi yang tak sekaya you..lagi contoh bila satu kumpulan presentation dan memerlukan kita agih handouts kat classmates..print satu copy then photostat kan boleh..why nak kena print semua??bapak kaya!!rasanya kalau Robert Kuok pun dia akan fikir the lowest cost should be used..


Sebenarnya, banyak lagi benda nak share tapi those at above are most important points that i should share..ini supaya orang-orang di luar lebih berhati-hati dengan orang yang dekat dengan dia..tak semestinya boyfriend okeh! juga kepada orang-orang yang dia rasa dirinya dalam kategori di atas supaya perbaiki diri sendiri for your own good..okeh??


P/S: for those yang terasa dirinya dikata di atas..I am so sorry..niat cumalah nak buat you all berfikir and decide what you should do..nak improve youself or just ignore apa i bebel kat atas..its up to you..sorry again!have a nice day =) pehal tetiba nih??




Thursday, August 5, 2010

Good Morning Sunshine!


wow! hari ni saya bangun awal! padahal takda kelas pun pagi ni.. mungkin sebab last night tidur awal..gara-gara gaduh dengan hubby-ku..eh! takdalah gaduh sangat actually..tunggu dia pujuk tak pujuk-pujuk pun..sobb2 T_T pujuk jelah diri sendiri~~


okeh! lets start our day with smiles =)



Yasin untuk arwah

Hari ni turn bilik I dan bilik depan conduct baca Yasin..for those who didnt know..dah jadi tradisi UiTM tiap-tiap minggu ada Yasin Wing..setiap minggu ada dua bilik conduct..
Dah lama jugak lah tak baca Yasin..huhu~last week takda dah gerak keluar UiTM..last two weeks tak boleh baca..hehe~cuti-cuti Malaysia..hahaha~~minggu ni kena baca..dah lama tak sedekah Yasin untuk arwah nenek dan atuk tersayang Siti Khamisah dan Ismail Effendi, juga arwah pakcik; Mohd Zain dan Zainal Abidin,,serta arwah makcik; MakNgah..tak tau nama dia dan Ning Zarina..ni semua sebelah mumy..belah ayah??untuk sorang uncle juga tak tau nama..aduhai teruk betul I nama uncle aunt pun tak tau.. T_T sedekah Yasin juga untuk arwah-arwah yang tak sebut kat atas..
Lepas Yasin ada makan-makan sikit..menu malam ni Nasi Goreng Kampung..Dilla kejar makan dulu..tak senonoh!!

Tuesday, August 3, 2010

berdiri 6jam dalam hujan

Berbaloi topup Celcom RM50..eh tak..RM100 sebab yang first RM50 tersalah buat..sepatutnya register MTV dulu baru topup tapi I topup dulu baru nak register..sudahnya terpaksa beli lagi credit RM50..jadi orang kaya kejap topup RM100 in a day..fuyoo!! berbaloi lagi terpaksa balik KL semata-mata nak redeem passes MTV..topup RM50 dapat two passes..sapa nak bagi babe??kalau beli kat luar satu pass je RM125 and something..



Hari tiba 31July2010..gerak balik KL awal..konsert Sabtu..Khamis I dah gerak balik KL..thanks to Izzuddin sebab sanggup jemput kat Segamat ni..penat dia..baru balik kerja terus shoot Segamat..I tak suruh you datang ambik kan??you nak datang sendiri kan??okeh! I taknak rasa bersalah! Sementara tunggu hari Sabtu buang masa kat KL tuh..adui~



The concert started at 6pm..tapi crowd dah sampai since 4pm I guess..queue panjang dari Sunway Lagoon Entrance sampai ke Restoran Bidara,Sunway..wahai budak-budak Subang! you'all mesti tahu kan Restoran Bidara?? can't you imagine berapa panjang orang queue?? amboi,,konsert je laju! cuba kalau ada seminar kepimpinan ke pasti takda queue sepanjang tuh..orang yang datang pun boleh kira..





The performers of the day were Bunkface si budak tamanku, Sri Andalas! WonderGirls yang damn sexy..boys tak toleh sesaat pun tengok diorang menari! Tokio Hotel, si vokalis Bill Kaulitz yang sangat comel.. tak peduli walaupun tahu ramai boys tak suka dia sebab dia tak macam originally lelaki..so what?? you'all boleh nyanyi sesedap suara dia?? show me first!haha~~dan terakhir Si comel Katy Perry..tunggu dia nak perform je dah dekat satu jam sampai dah longgar lutut..mana taknya dia bawak semua props macam dalam video clip California dia tuh..takpa yang penting she's damn hot!










Benda paling penting nak share di sini; belum masuk entrance lagi the crowd dah dibanjiri hujan..bukan hujan biasa okeh..hujan lebat! nasib baik i pakai shorts and simple T-shirt..kasihan mereka yang bergaya sakan siap pakai dress macam nak pergi Night Club last-last baju basah kuyup..kasihan mereka yang make-up tebal 3inci last-last cair kena hujan..lagi kasihan mereka yang dress up macam Katy Perry siap dengan rambut biru last-last hujan tanggal jelah rambut tuh!huhu~takpa yang penting semangat ada!hahaha =p agak lewat kami diberi raincoat..dah basah kuyup satu badan baru dapat raincoat sorang satu..






Eventhough cuaca tak berapa baik the whole night tapi kemeriahan MTV World Stage tetap ada! walau sesesak 15ribu orang..walau sesejuk musim salji..tapi crowd still tunjuk response yang sangat baik..terlompat-lompat semua bila satu-satu selebriti buat show..cuma tak tahan disebabkan crowd yang sangat ramai..memang takda space nak duduk santai..6jam terpaksa berdiri dalam kesesakan orang ramai..dapat duduk pun kejap je tak boleh lama-lama tak pasal-pasal nanti kena pijak pulak!


The celebrities were superb..best!! semua lagu best!! sebab diorang bawak top songs bolehlah..one celebrity had performed about 5 songs per person if im not mistaken..memang happening! walau terpaksa berdiri 6jam sampai lutut dah macam nak tercabut dah..dalam hujan pulak tuh..sampai melecet-lecet tapak kaki Izzuddin..tapi excitement still ada..buktinya mereka bertahan sampai last celebrity si Katy Perry perform..at the end a number of big balls yang memang big lah dilepaskan dari tali dan hitted us..best sangat!





Keluar-keluar Surf Beach @Sunway Lagoon semua pun kejar Coffee House cari drinks dulu..mana taknya duduk dalam berhimpit-himpit..nak keluar beli air pun tak boleh! kalau keluar dari tempat asal confirm tak boleh balik tempat tuh..dah terpaksa duduk belakang lepas tuh tak nampak Tokio Hotel perform..haha~kenapa mesti Tokio Hotel? sebab I love them! =p masuk carpark Sunway Pyramid semua ke hulu hilir cari auto-pay machine..bertambah bengang semua orang..badan dah flat auto-pay machine pulak buat hal tak terima notes..gila weh nak bayar RM9 pakai coins!! turun bawah naik atas cari auto-pay machine yang boleh terima notes..



Bill Kaulitz @Tokio Hotel kata dia proud datang Malaysia..he doesnt expected the numbers of crowd!! Katy Perry pun cakap benda sama..eleh! semua country yang korang pergi pun korang cakap benda yang sama kan??taktik nak attract audiences!cett~~