Monday, August 16, 2010

3 kali tukar train!

Sedih tak dapat buka puasa hari pertama dengan keluarga..nekad hari kedua kena usaha jugak nak sampai rumah sebelum azan Maghrib..prefer naik train sebenarnya; lagi selesa dengan seat yang empuk, sejuk, ada TV plasma, ada toilet, dan yang penting; ada cafe bila tiba-tiba sejuk dah tahap beku boleh pergi beli hot milo..
Tapi train ke KL cuma available jam 5petang..jam berapa I nak sampai rumah?akhirnya akur ambik bas saja jam 230petang..nasib baik perjalanan berjalan lancar..bas cepat ekspres cepat seperti namanya..tak buat hal..sampai KL tepat pada masa; 530petang.
sesampai Bukit Jalil dah mula kusut..kat mana nak ambik LRT?hubungi Daya..beliau kata turun-turun bas dah nampak stesen LRT..I dengan lurusnya pusing 360darjah cari mana stesen LRT..okeh belakang bas I turun tadi..satu masalah lagi nak lintas jalan..banyaknya kereta! baiklah ikut orang lain lintas jalan~~
berdiri depan kaunter LRT blur kejap nak ambik tiket ke mana nih? flashback apa Daya pesan; ambik LRT ke Masjid Jamek.dah beli tiket blur lagi bila tak tahu nak pergi platform mana.berdiri tengah-tengah antara dua escalator.hubungi Izzuddin then beliau jawab, "jangan berat mulut boleh tak?pergi tanya orang"..baiklah tapi tak pergi pun..hubungi Daya lagi.Daya kata tuju platform yang ramai orang tuju.okeh naik escalator belah kiri sebab paling ramai orang tuju..dah rasa selamat sikit bila dah naik LRT..
dah sampai Masjid Jamek macam Daya kata turun-turun terus ambik Putra LRT ke KL Central..tapi I turun-turun tak nampak pun Stesen Putra. Hubung Daya lagi buat kali ketiga.Tengok keliling ada tak Burger King.takda pun!.."nampak tak orang ramai-ramai lintas jalan tuju satu tempat?ikut diorang"..okeh nampak dan dengan lurus lagi ikutlah orang-orang tuh lintas jalan sampai diorang masuk Stesen Putra.
Dah sampai Stesen Putra pun masalah lagi.kali ni tak tahu nak naik atas ke turun.hubungi Daya lagi buat kali keempat.pasti Daya fikir kusut sungguh I.selalu jalan KL tapi tak tahu stesen-stesen LRT&Putra.tulah manja sangat nak berhantar berambik je.dah takda orang nak ambik baru menggelabah.okeh Daya suruh turun escalator.
Finally, I berjaya sampai KL Central.dah sampai KL Central dah tak kusut dah.KL Central I expert.ceh!berlagak~pernah satu hari Izzuddin suruh tunggu kat sekian-sekian entrance tapi tak jumpa!expert lah konon~dah sambung; tukar train terakhir Komuter straight to Klang.akhirnya sampai juga rumah walaupun lambat beberapa minit orang dah start buka..letih sangat sebab tak pernah dalam satu hari dalam masa 2jam je tukar sampai 3 train..

No comments:

Post a Comment