Friday, September 3, 2010

patah bahu!

okeh terpaksa terima menjelang nak raya nih semua orang pun nak balik kampung..Time tu lah budak-budak U nak balik..time tu lah budak-budak sekolah asrama nak balik..time tu lah abang-abang kakak-kakak Indon nak balik kampung halaman mereka..haish :( kat mana-mana sesak dengan orang..

moment paling menyakitkan hati I bila di KL Central! ingat nak ambik Komuter ke Klang 430pm then ayah fetch kat KTM Klang sebaik beliau habis kerja..last-last ayah terpaksa balik dulu rumah..TIGA kali komuter sampai I tak dapat naik sebab dah penuh!mungkin disebabkan sistem KTM sekarang mengasingkan coach ikut jantina tambah perempuan memang lagi ramai dari lelaki lagi menyukarkan keadaan bila tengah musim nak balik kampung nih..Komuter keempat sampai I nekad dengan beberapa perempuan lagi untuk lenjan je masuk coach lelaki..kalau nak ikut sangat coach perempuan I rasa sampai malam pun tak naik-naik..sudahnya dari 430pm tunggu 550pm baru dapat naik Komuter..


bayangkan orang sesak kat KL Central macam orang sesak kat MTV World Stage dah!


konon dah naik Komuter dah lega dah..rupanya tak! double-off pressure! sesampai Stesen Batu Tiga..lagi tiga stesen dah nak sampai Klang nih tiba-tiba dapat announcement "kepada penumpang ke destinasi Shah Alam dan berikutnya sila buat pertukaran di Platform 2"..what the *&^%$#??semua turun dah blur-blur dah..kenapa kena buat pertukaran pulak?khabarnya ada satu komuter dari Pelabuhan Klang ada masalah jadi kesian kat penumpang yang nak ke KL dah tunggu lama terpaksa korbankan kami yang dari KL nih.kiranya komuter yang kami naik tuh patah balik pergi KL lah..terpaksalah tunggu komuter satu lagi..


lagi tambah sakit hati disuruh ke seberang untuk tukar komuter..dah seberang nih tiba-tiba komuter yang nak ke Pelabuhan Klang tuh datang ke seberang pulak..kena seberang balik!!haish~semua pun dah sumpah seranah, buat penat puasa pahala jadi kurang maki hamun orang KTM! sepatutnya I boleh sampai Klang jam 530petang last-last 740pm baru sampai..terus ambik teksi ke rumah ayah sebab dah mintak ayah balik dulu..kesian tunggu lama..naik teksi pun buat masalah!okeh this time I yang create problem..sebab tak ingat nama taman ayah sampai terlajak nak pergi Puncak Alam dah..


badan dah flat enough dah..mana taknya..bawak beg galas belakang plus beg tepi..dua-dua beg dah macam isi full-pasir dah..lepas tuh naik komuter dari KL tak dapat duduk langsung! dah macam nak patah bahu dah! wuaa T_T really hate this situation! taknak jadi camni lagi..jangan sampai I benci naik Komuter lagi..jap lagi payahlah lelaki-lelaki silalah jemput dan hantar saya ke rumah ..hahaha :)


No comments:

Post a Comment