Saturday, November 6, 2010

kemestian yang mesti buat

pernah tak korang duduk mengelamun sorang-sorang then pikir masa-masa lepas; benda pahit manis masam yang pernah jadi, benda jahat pernah korang buat, benda lucu yang pernah jadi kat korang..??mestilah pernah kan??ahhhhh tipu kalau sapa kata tak pernah mengelamun,berangan kejap! kalau tak jugak baik check balik diri sendiri..korang manusia betul ke tak nih???hahahaha:)


semalam before tidur camtulah jugak jadi. lepas buat satu benda nih tiba-tiba tergelak sorang-sorang terus ter'refresh' balik benda-benda yang pernah buat lagi. tahu tak apa benda yang I buat tuh?? guess what!hoho:) baru semalam terperasan yang I ada habit yang mesti buatlah, jarang tak buat before letakkan kepala atas bantal yang empuk tuh, before peluk bantal 'wangi' merah I...ops!hahaha:) before selubung satu badan dengan selimut merah I tuh jugak, dan kemudian tutup mata.

***

I am sure semua orang pun ada habit yang diorang akan buat tiap kali sebelum masuk tidur. contoh macam Dilla; dia mesti main-main rambut dia before tidur.what they called that? gentel??haaa...hahahah:) gentel rambut! macam my little brother a.k.a baby Ameer; habit dia before tidur mesti nak peluk mymom dulu, usap-usap cium-cium lengan mumyto lepas tuh baru balik kat kedudukan asal then tidur.tak tahu lah buat lagi tak dia sekarang. kalau hubby I..hmm haa tahu apa dia buat. dia mesti nak guling-guling dulu.sebab selalu kalau call then tanya tengah buat apa selalunya dia akan jawab tengah guling-guling..*dalam mind dah terpikir guling-guling macam Shin Chan buat tuh ke???hahahaha:) alala comel~~


amboi gelakkan orang no.1 eh Aniesz! tak pikir apa dia buat! ceh! okehlah nak share jugak apa habit I tiap kali masuk tidur. satu kemestian lah jugak buat benda-benda nih. tapi kadang-kadang ter'miss' jugak sebab sama ada terus lompat katil dan tutup mata takpun sebab tidur bilik orang.First thing;


Letak bedak kat rambut

huh??!! apa kejadah letak bedak kat rambut? betullah.ni agak baru jugaklah buat.tips dari seorang kenalan,Eryn dan dia pun khabarnya dapat tips ni dari kenalan I jugak a.k.a BrassBand-mate; Hanis Zalikha. *Hanis!jangan blame I eh kalau salah bagi tips.I dengar pun dari classmate I.dia kata dia baca kat blog you.hahaha:) Eryn cakap letak bedak kat rambut, rambut boleh lembut.patutlah rambut Eryn giler lembut macam baby!heh:) tapi I buat tak lembut-lembut pun T_T takpa2 practices make perfect! tapi I tak letak bedak terus atas rambut tau instead I tabur atas bantal lepas tuh tepuk-tepuk.hahaha~dengan bantal-bantal pun jadi lembut nanti.haha:)

***

pasang MP3 sekuat yang mungkin

haa..ni memang wajib! actually dari zaman sekolah lagi I tak boleh tidur kalau tak dengar lagu. reason-nya dulu I nih penakut.sekarang pun penakut jugak.heh:) kalau dulu takda MP3 lagi I akan on radio kat bilik tuh sampai pagi.hoho~konon macam legalah kalau terjaga tengah malam still dengar suara orang lain (suara dalam radio).heh! macamlah kalau pencuri masuk rumah kau orang dalam radio tuh boleh keluar dan tolong!and macamlah 'hantu' taknak kacau kau sebab dengar suara orang lain jugak.aduyai~ kesian kat semua roomate especially my sister terpaksa layankan je kakak nih.heh:) tapi sekarang dah besar dah ada MP3 sendiri,tak perlu kacau orang tidur lagi.boleh on lagu dengar sorang-sorang sampai pagi! kadang-kadang dah tak sampai pagi pun.tiba-tiba rasa annoying pulak dengar suara orang melalak-lalak dalam MP3 tuh,kacau je orang tengah mimpi indah!hee..terus off!


ada lagi benda I buat tau before tidur, cuma ni antara yang jarang sangatlah 'miss'..boleh kira berapa kali tak buat. benda-benda lain yang I kadang-kadang buat??hmm..macam sapu lotion kat satu badan.ni perkara biasa untuk seorang perempuan macam I lah.heh:) sikat-sikat rambut. juga guling-guling macam hubby i mungkin..hahaha:) kesian dia jadi mangsa buli dah pulak!heee -_-

sebenarnya benda paling penting yang kena buat before tidur, yang mesti jadi kemestian. eh no. wajib buatlah! basuh kaki dan baca doa tidur! haish! Aniesz Aniesz~~ barulah tidur pun tenang.hantu pun takut nak kacau.apelah! okeh lepas ni kena ingat baca doa tidur eh Aniesz!

Selamat Pagi Malaysia! Selamat Pagi Hubby! Selamat pagi Semua! hehe:)

3 comments:

  1. hoho..ni tabiat ko ye aniesz..haha..baru jumpe blog ko ni..masih minat beckham n famili ea..haha..

    ReplyDelete
  2. anz..i ade tag u kat post i..,wat tau!!wajib..ehe

    ReplyDelete