Thursday, May 12, 2011

dua versi gaduh


bila bercinta..

kalau bergaduh mulalah ego masing-masing meninggi mengalahkan Gunung Everest. si G taknak call si B, si B pun ego taknak call si G. sanggup dua hari tak contact each other ( huhu..terasa jugak lah ) kalau message pun reply macam tak ikhlas

B : watpe?
G : tak wat pape
B : makan?
G : belom
( rasa nak sepak je kan..baik tak payah message.yang sender pun menyakitkan hati, yang reply pun menyakitkan hati )

kalau dapat call pun dah macam perbalahan kat parlimen. masing-masing nak tegakkan diri sendiri. dua-dua dah macam tak kenal apa itu 'full stop'..ooohh dulu masa sekolah cikgu panggil masuk perbahasan korang taknak pulak! haish. sekarang sampai dah terlebih bahas dah. lepas tuh ugut-mengugut, 'you sayang I lagi tak? kalau you rasa tak boleh go dengan I kita break off' ayat yang sama everytime gaduh. korang tak payah tipu.heh:)

bila dah kahwin..

kalau gaduh takkan ada dah taknak2 reply message ni
takkan ada dah taknak jawab-jawab call ni
takkan ada dah bahas membahas dalam phone instead..
gaduh depan-depan terus kat rumah! easy and simple! save credit handphone.heh:p
nak lagi panas, sesi baling membaling pinggan mangkuk.haha:) macam I selalu idamkan bila dah kahwin nanti.hee.gurau jelah!

tapi realitinya bila dah kahwin, takda dah gaduh lama-lama macam zaman bercinta. rasa takda hati nak bergaduh sangat pun sebab...dah duduk satu rumah lah! kau nak ego taknak reply message taknak jawab call padahal balik rumah jumpa jugak laki kau.tidur satu bilik jugak.huahahaha. nak mintak putus? kau ingat macam zaman bercinta? dah putus then sambung balik bila dah okeh? huish cerai bukan boleh buat main. cerai sekali, kalau nak balik dah kena nikah lagi sekali.kalau cerai talak tiga dapat pulak nak sambung balik.kan dah menyesal.

kalau gaduh paling terok pun cuma tak bertegur sapa untuk beberapa jam and En.Husband mengalah tidur kat ruang tamu.kalau dia mengalahlah.esok pagi confirm dah elok bila si isteri perlu laksanakan tanggungjawab siapkan baju untuk En.Husband nak pergi kerja juga serve breakfast. kesian nanti ada laki orang mati kebulur pulak.huhu:p


kesimpulannya, tak payah lah nak bergaduh serius sangat sampai taknak message taknak jawab call berhari-hari (nasihat untuk diri sendiri) takda faedah pun.kalau tengah bercinta ni memang mengundang masalah lah.nanti tak pasal-pasal pasangan kita tuh yang give up. dah melepas kau! dah dapat baik jagalah elok-elok.turunkan ego masing-masing untuk jaminan kebahagiaan.eceh!hahahaha:p


tak sabar nak tunggu kahwin. taknak gaduh-gaduh macam sekarang.






semoga jodoh kami dipercepatkan. amin:)

3 comments:

  1. sesi baling membaling pinggan mangkuk.haha:) macam I selalu idamkan bila dah kahwin nanti.
    sumpah ayat xleh blah...wakakakakaakkakaakakaka!!

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    i think all girls dream of it..
    heh:ppp

    ReplyDelete