Wednesday, May 18, 2011

pantang larang makan

I do believe ramai je yang ada pantang larang makan ni. tak boleh sesuka hati makan ni makan tu. boleh makan ni makan tu tapi tak boleh exceed the limit. otherwise akan dapat side effect yang betul-betul menyeksa diri sendiri sampai boleh terbaring tak bangun-bangun.hah! melampau betul! I pun ada beberapa makanan yang kena elak. ada jugak yang still boleh makan tapi tak boleh dalam kuantiti yang banyak and tak boleh selalu! ceh mengalahkan perempuan lepas bersalin. betullah! mumy I cakap I ada pantang-pantang makan ni. kalau tersalah makan boleh pening kepala tahap terbaring je tak boleh buat pape (I lah tu orang yang dimaksudkan kat atas..heee)


TERONG

memang tak boleh makan langsung! otherwise pening kepala. lepas mumy noticed anaknya ini asyik pening lepas makan terong terus I tak makan dah. dulu selalu terliur jugak bila mumy buat terong goreng tepung tapi sekarang dah tak heran!


IKAN PATIN

sedap kan lagi-lagi masak lemak cili api.wahhhh! tapi sayang I TAK BOLEH makan langsung! ada lagi family member yang tak boleh makan ikan patin jugak but I am not sure siapa. tapi selalu jugaklah I TER-makan sebab sometimes I tak perasan tu ikan patin. dah pening kepala baru sedar. ceh kata je lah tak kenal ikan patin kan?hahahaha:p tak perasan konon!


KAMBING

ni pun sama. sedap kan daging kambing? ni bukan I sorang but satu family ada pantang makan daging kambing. boleh makan tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. dalam TIGA SUDU je maybe?heh:p tapi adik perempuan I memang tak boleh makan langsung. pernah terjadi masa Hari Raya Haji dapat daging kambing, my sister and I makan lauk kambing tak ingat dunia macam dah takkan jumpa daging kambing lepas tu. malam tu jugak kitorang terbaring atas katil tak boleh bangun. berhari jugaklah terbaring and mumy lah orang paling susah hati. lepas kejadian tu adik I terus tak sentuh daging kambing dah. I kejap je tak sentuh tapi bila tengok orang makan nak jugak tapi sikit jelah boleh. takpelah sikit pun jadilah:(


mengada-ngada tak I? macam-macam tak boleh makan kan? ada lagi actually. sayur pucuk ape entah. boyfriend I sebut pucuk paku but I am not sure. rasanya bukan tu yang mumy sebut. adalah satu pucuk ni kalau makan pun pening. lagi teh. teh memang tak elok pun kan minum banyak-banyak! angin mumy cakap. dulu masa school I tak boleh terima teh langsung. sekarang dah boleh cuma tak boleh selalu lah. semua orang pun kot.

LEMON TEA

the best drink to be served. tak pening minum sebab ada lemon! hah! tak boleh blah sebab ada lemon then boleh nak minum selalu.


later nak story pasal makanan yang I TAK MAKAN. bukan allergic ke apa. ni memang tak makan sama ada memang tak suka rasa dia, tak berminat nak makan, tak pun sebab takut nak makan. hahahaha. macam-macam lah dia ni:)

No comments:

Post a Comment